Showing posts with label sjcam. Show all posts
Showing posts with label sjcam. Show all posts

Friday, August 12, 2016

Dual Charger dan Rechargeable Bateri SJCAM SJ4000 SJ5000 murah !

Hampir 2 tahun aku guna sport cam SJCAM aku ni. Merata gak aku bawa tapi belum lagi kategori Hardcore User. Pakai macam tu je. Tapi memandangkan jangka hayat dah lama, jadi sekarang ni dah timbul masalah bateri "bateri kong". Biasa lah tu mana-mana barang elektronik memang akan mengalami masalah bateri. Macam bateri telefon la jugak lama-lama akan kong jugak. Sama ada lambat atau cepat je. Aku beli dulu pun tak terfikir pun masalah bateri ni. Bukan sebab masalah bateri buat aku tak beli. Yalah terlupa nak beli bateri spare. Lagipun kalau tengah syok-syok merakam tetiba bateri habis. Kan dah rugi. Kalau ada backup atau spare tu boleh swap terus.  

Sekarang baru lah hegeh-hegeh nak cari spare bateri. Takpe la belum terlambat lagi. Search punya search aku jumpa brand Xcsource dalam Lazada. Xcsource Dual Charger + Batteries for SJ4000 (Dua tempat cas dan + dua biji bateri) dengan harga yang berpatutan. Wow serius bagi aku murah. SJCAM aku SJ5000 bukan SJ4000 tetapi berani pulak aku beli bateri yang untuk SJ4000. Kenapa ? 


Okeh, sebelum beli aku kaji selidik dan baca details bateri dalam lazada. Sebenarnya bateri ni sesuai untuk SJ4000 / SJ5000. Tu yang berani beli tu. Kalau tak mention tak brani aku beli. Kang beli-beli tak muat pulak. Tapi kenapa aku pilih brand Xcsource bateri ni ? Padahal banyak lagi yang lain yang aku jumpa. Kenapa ? 
Korang perati bateri atas ni. Masa aku survey hari tu, aku prasan ada perbezaan bateri Xcsource dengan bateri asal SJCAM. Kapasiti mAH Xcsource lebih tinggi dari SJCAM asal. 

Xcsource - 3.7V 1100mAh 4.1.Wh Li-ion
SJCAM - 3.7V 900mAh 3.33Wh Li-ion (gambar bawah)

Lebih 200mAh tu.. Kalau ikutkan teori logik aku Xcsource bateri lebih tahan lama. Jadi ini lah pilihan aku. Kalau tengok harga pun lebih kurang je. 
SJCAM - 3.7V 900mAh 3.33Wh Li-ion (bateri asal)
Ni la rupanya bila cas dua-dua bateri. Menjimat masa dari nak cas satu-satu. Beli dual chargers dapat skali 2 bateri.. Memang berbaloi.. Sapa-sapa yang guna Sport Camera yang tengah mencari bateri spare ni, korang google atau atau cari kat lazada. 

Ni harga yang aku dapat dari Lazada. Shipping free lagi.. dari HK lagi tu.. 
Shipped by 'AS-Poslaju-HK' to:

Pastikan korang google dulu harga sebelum membeli. Okeh, selamat menggoogle.. Kalau dapat lagi murah dari ni angkat je. 

Sunday, July 26, 2015

SJCAM SJ5000 WIFI | Action Camera REVIEW

SJCAM SJ5000 WIFI | Action Camera
SJCAM SJ5000 WIFI | Action Camera
Akhirnya dapat jugak sambar sebiji camera ni. Walaupun sebenarnya aku berkenan kat GOPRO tapi nak beli GOPRO tak mampu. So kena cari yang mampu milik. Atas misi pencarian dengan Pakcik google, aku bertemu dengan SJCAM. Semakin digoogle semakin banyak pulak camera jenis ni dijumpai, berbagai-bagai jenama dan model sampai naik pening nak pilih jenama apa. Bukan kata nak memilih tapi pasal banyak yang klon. Jenama saja buat aku pening, ada MaxGear, SJCAM, FIST, Sunsky dan lain-lain lagi. Belum masuk model pulak, SJ4000, SJ5000, SJ5000+, SJ6000. Arghh pening!! 
Berbulan-bulan aku riki camera ni, sampai pernah jumpa harga yang paling murah bawah RM200. Macam pelik pun ada, muskyil pun ada. Takkan murah gitu. Ni yang buat aku risau takut kualiti macam mana pulak kan.. Riki punya riki, akhirnya aku nekad untuk beli SJCAM SJ5000 WIFI. Antara kenapa aku pilih yang ni. 

1. Brand - SJCAM (nampak logo bawah lens tu) Tak semua model SJ ada logo ni. Perhati betul-betul dan bandingkan harga dengan yang tak ada SJCAM. Camera nampak sama tapi tak serupa.
2. Model SJ5000 WIFI 
SJ5000 ni 14Megapixel camera, Display skrin 2", dan ada WIFI ( sync terus dengan henpon) Hanya download App "SJCAM" saja. 
3. Harga
Mula-mula aku fikirkan pasal harga, nak cari yang murah-murah je. Tapi bila terlalu murah tu aku tengok macam ada benda yang tak kena. Kalau berduit tu aku cadangkan baik beli GOPRO terus. SJCAM 5000 WIFI ni aku dapat harga murah dari dealer. Murah sangat tu taklah, mahal sangat pun tak jugak. Korang boleh google bandingkan harga, model sama tapi tiada logo SJCAM. Pasti nampak perbezaannya. Yang aku beli ni pun aku tak gerenti kesahihannya tapi kalau ada masalah masih boleh cari SJCAM waranty berbanding yang takde logo langsung. 

Antara testimonial gambar & video yang aku capture masa raya. 

Gambar (tiada edit cuma dikecikkan saiz saja untuk upload blog)



Video bawah ni (Memang tak edit langsung pasal tak jumpa software edit lagi) haha.. Kena upload kat youtube dulu baru boleh share. Hehe.. Masa ni aku tengah bakar | ayam masak dalam buluh.
Nampaknya youtube dah compress video aku. Nampak macam kurang clear. Kalau preview dari komputer memang sangat clear dan mantap.  Try tengok video bawah ni pulak. 
Korang boleh play ke tak aku pun tak sure. Upload jela, kalau nasib baik boleh la korang tengok hasilnya. Kalau tak boleh tengok, aku cuma cakap aku puas hati la dengan SJCAM SJ5000 setakat ni.  Belum test lagi untuk kegunaan lasak. Nanti-nanti aku test aku upload lagi. Chow dulu..