Monday, May 19, 2014

Kedai gunting mamak takde style?? | Rambut Akif dah panjang

Sapa cakap kedai gunting rambut mamak takde style? Mungkin ada tempat-tempat tertentu je kot. Semalam aku bawa Akif pergi potong rambut kat satu kedai gunting rambut mamak area Nanding. Aku memang la tak brapa konfiden sebab dah selalu dengar mamak potong rambut satu fesyen je. Tapi dah panjang sangat rambut Akif so try jela. Budak-budak potong rambut pendek tak kisah sangat.
Akif ni memang geli sikit bab potong rambut ni.
Sabar ye Akif, kejap je tu...
Haa sibuk kau Akif nak tengok kat cermin. Aku nerves je risau dia potong tak lawa. Makin lama aku tengok mamak tu potong makin.................











ada Style lah.....Tudia sapa cakap mamak takde style... Rambut pacak kot dia buat. Sampai aku sendiri terus terjebak potong rambut kat situ. Aku tambah menu lagi, massage kepala ..huhu mantapp...
Amboii siap teleng-teleng lagi.
Akif senyum sampai nampak gigi.. Suka la tu..Haha.. Kalau sapa-sapa nak try boleh gi kat pekan nanding deret kedai sebelum Pasaraya CS. Kedai gunting mamak ada satu je situ...

Sunday, May 18, 2014

Ceramah Israk Mikraj 1435H | Ustaz Harryanto Rizal Rokman | Audio

Ceramah Khas Israk Mikraj 1435H | Ustaz Harryanto Rizal Rokman
Tarikh 14 Mei 2014
Tempat Dataran Cheras Intan Blok KLMN

Aku tak lepaskan peluang hadir ke ceramah ni minggu lepas. Ceramah buat dalam taman aku memang rezeki la. Cuma rumah tak mengadap dataran. Kalau tak, aku duduk tepi balkoni rumah je dengar ceramah. Sambil minum kopi. Serius memang mantap la Ustaz Harryanto ni. Penerangan beliau sangat jelas dan teliti. Puas hati dengar dia berceramah.
Sekitar Majlis Ilmu. Ramai jugak yang datang. Bukan penduduk sini saja malah orang dari luar pun datang.
Antara AJK Surau dan Persatuan Penduduk yang terlibat menjayakan Majlis Ilmu ni. Setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka kerana keprihatinan mereka menyalurkan Ilmu Agama berbentuk Ceramah. Semoga saluran sebegini tidak terhenti di sini saja. 

Jom dengar Ceramah Israk Mikraj yang aku rakam malam tu. [Audio]
Dengar jangan tak dengar... Terbaek!!
Kalau tak boleh play boleh terus ke laman Youtube[Klik Sini]
Gambar Kenang-kenangan bersama Al-Fadil Ustaz Harryanto Rizal Rokman.

Saturday, May 17, 2014

Filem Animasi Super Squad | Tayangan Perdana Khas Blogger

Jemputan Khas Tayangan Perdana Filem Animasi Super Squad.  
Cineleisure Cinema E-Curve, Damansara
 
Bestnyaaa, hari ni bawa family tengok wayang. Sure Akif dan Aliah suka. Aliah pun dah sihat. So hari ni boleh jalan-jalan sambil tengok wayang kat E-Curve. OK nak breakfast jap.
Sapa yang pergi jumpa di sana petang ni ya...

Terima kasih kepada Pengarah Program BroFramestone yang sudi menjemput aku.