Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Friday, December 16, 2016

Akif Danish dalam Top 5 | MPAJ KIDS Eco-Challenge 2016 !

Aktiviti cuti sekolah dimulakan dengan MPAJ KIDS Eco-Challenge 2016 yang berlangsung di Trek MTB Bukit Indah Ampang. Aktiviti lasak untuk budak-budak. Mencari pengalaman, membentuk kekuatan dan keyakinan diri. 


Akif Danish masuk kategori Easy Kids | D024
Seawal 7.30 pagi kami sampai di lokasi. Ingatkan dah lambat, rupanya lambat lagi. Mula ikut kategori dulu la. Heheh.. Ada banyak kategori A B C D E. kategori D lambat lagi la gamaknya. Ok la boleh warming up la dulu. 
Saringan pertama
Oleh kerana Easy kids terlalu ramai maka di buat pulaknya saringan. Adoi la, ada pulak saringan. Kalau menang kena lari 2 kali la jawabnya. Sian budak-budak lari 2 kali. Penat kot.

Alhamdulilah saringan dapat no 2. Masuk pusingan akhir. 
Pusingan Akhir
Alhamdulillah Akif Danish berjaya menamatkan lari akhir mendapat tempat ke 4 secara keseluruhan. Kalau kategori lelaki Akif dapat no 3. Tapi disebabkan Easy kids tiada kategori lelaki dan perempuan maka di kira la sapa sampai dulu. 
Menerima medal dari salah seorang pegawai MPAJ
Medal Finisher & Medal tempat ke 4
Podium 1 sampai 5
Yang paling RARE tempat pertama @ juara Easy Kids ni budak perempuan. LOL.. Kesian budak lelaki kena tapau abis. Haha..
Katanya ada hadiah tempat pertama sampai ke-5 dan aku sedia maklum hadiah tempat pertama sampai ke-3 dapat duit. Tapi takkan tempat ke-4 dan ke-5 dapat medal je. Ni yang buat aku rasa terkilan. Bagi la saguhati ke goodies ke, ini bagi medal je. Baik takyah naik podium. Dah la easy kids takde buat kategori budak lelaki dan budak perempuan. Tak adil bagi budak perempuan tempat ke-2 dan ke-3 lagi tu. Anak aku boleh anjak ke kedudukan ke-3. Huhu Dah la kena lari 2 kali. 

Apa pun selesai la sudah MPAJ KIDS Eco-Challenge 2016. Selesai la sudah aktiviti pertama cuti sekolah Akif Danish. Pengalaman berguna buat Akif untuk join aktiviti-aktiviti lasa akan datang. Biar beraktiviti luar dari terperap je dalam rumah main gadget. Cergas sikit minda. Haha... Next !

Saksikan video Akif Danish dalam aksi akhir di [Youtube Daus Redscarz] Qualiti video sampai 1080p HD.

Thursday, September 8, 2016

[VIDEO] Bean Boozled Challenge Malaysia | Aliah dan Akif

Seperti dijanjikan.. Ni la video Aliah dan Akif buat Bean Boozled Challenge. Rakaman dibuat di dataran Suria KLCC. Sambil riadah rakam video ni. Zasss..... Suara babah garang sikit. Abaikan haha...


Bean Boozled Challenge Malaysia
Serius lawak tengok aksi dorang ni. Nak tergelak je masa rakam haha.. Apapun jangan lupa Subscribe Youtube aku untuk video-video menarik akan datang. Link ada kat bawah ni.

Link Youtube : DAUSREDSCARZ

Bila Aliah dan Akif mula terjebak dengan Bean Boozled ! Baca sini.[KLIK]

Wednesday, September 7, 2016

Bean Boozled Challenge Malaysia | Aliah dan Akif terjebak !

Dari mana ntah datang permainan ni pun aku tak pasti, yang pasti kat youtube aku tengok Mat Salleh mula dulu. Dan benda ni dah lama dah pun kat youtube. Berlambak-lambak dah video. Hmm terjebak la kat Aliah dan Akif nak main benda ni. BEAN BOOZLED Jelly Beans !! Dare to compare. Setiap Jelly beans ni ada perasa lain-lain yang yang pasti luar biasa. Contohnya perasa Stinky Socks (stoking busuk), Baby Wipe (tisu bayi), Rotten Egg (telur busuk) dan lain-lain ada kat bawah ni. 

Rules permainannya
Ada 2 Jelly Beans warna yang sama tapi perasanya lain-lain. Contohnya ada 2 Jelly Beans warna biru. Satu perasanya Toothpaste dan satu lagi Berry Blue. Jadi dorang akan pilih random. Kalau bernasib baik dapat la sedap.. Kalau tak bernasib baik dapat la yang tak sedap dan busuk. Gitu la kiranya.. Ikut nasib la. Sebab tu la dipanggil Bean Boozled Challenge !
Inilah kotak Bean Boozled tu. Kotak kecik je tapi harga sekotak boleh tahan jugak. 
Kat belakang kotak tu ada tunjuk pair-pair untuk Jelly Beans tu. Korang tengok la betapa menakutkan dan mengelikan perasa-perasa tersebut. Booger ! Canned Dog Food ! Lawn Clippings ! Huh macam-macam la, tapi jangan risau ini semua perasa rekaan semata-mata. Bukan ambik stoking rendam pastu buat jelly. Haha... tapi rasanya sebijik kaw !! Mana tahan, boleh muntah ooo..
Bean Boozled close up ! Sumber Google Image 
Kemain Aliah dan Akif nak sangat Bean Boozled ni. Jenuh mencari, akhirnya jumpa kat Candylicious KLCC. Nasib baik sempat, masa ni Candylicious KLCC tengah buat clearance stock sebab nak pindah tempat lain. Ke mana ? Aku lupa dia cakap kat mana. Dapat pulak diskaun 40%. Fuhh lega ada diskaun.. Boleh beli lebih sikit. 

Lepas beli terus pergi ke dataran Suria KLCC buat rakaman Bean Boozled Challenge ! Video dah ada. Tunggu next entri. Nak tergelak tengok gelagat Aliah dan Akif bila buat challenge ni. Kena pulak yang busuk.. Haha.. Tunggu...

Tuesday, September 6, 2016

Koleksi Buku Cerita dan Komik | Aliah & Akif

Kalau ke shopping mall mesti kami akan singgah di Popular atau MPH Bookstore. Aliah dan Akif kalau jumpa bookstore ni dah macam library dah dibuatnya. Teruja lain macam. Tak pe la lagi pun tengok orang kat Popular macam ok je. Ramai budak-budak baca buku kat sana. Dah kalau minat membaca tu biar la tapi dorang minat baca buku kartun, lawak, cerita seram. Buku yang ada kaitan dengan pelajaran ? Macam kurang sikit.. ermm nak paksa pun tak boleh.. 
Khusuk betul membaca...
Ni antara gelagat Aliah dan Akif di Popular. (gambar candid) 
So ni antara koleksi-koleksi buku yang dibeli dari Popular atau MPH Bookstore.. Setiap kali pergi ada je di bawa balik. Bukan borong semua tapi senaskah dua je. 
Cerita Hantu
Macam-macam la cerita hantu ni ! Satu dunia ada. Versi Eropah, Asia, Korea, United Kingdom, Amerika Syarikat. Ada banyak lagi kat bookstore cuma belum beli lagi. Beriya baca buku ni tapi bila dah baca buku ni, nak pergi tandas pun takut, nak masuk bilik pun takut. Hahaha hmm.. 
Lawak Kampus
Aku rasa macam ada lagi buku Lawak Kampus yang lain. Tapi tinggal senaskah ni je dalam koleksi. Takpe la nanti cari.
Plant vs Zombie 2
Pun ada ! Mentang-mentang dok main game dia, terus meronta-ronta nak beli buku ni..
Penyerang Hendap | Ular Sawa vs Buaya
Dendam Serigala Mutan
Ah, Ada Hantu Di Pangsapuri !
Cerita hantu lagi.. Hmm berani sangat dorang ni. 
BOBOIBOY | SFERA KUASA 
Adaptasi dari Filem Boboiboy : The Movie
Dan komik terlaris di pasaran. Boboiboy !! Lama gak mencari komik Boboiboy ni. Merata cari kat Popular tapi semuanya habis. Akhirnya terjumpa jugak di Popular Leisuremall Cheras. Give up dah sebenarnya, masa tu pergi Popular tak plan nak cari pun. Tiba-tiba di satu sudut tu penuh satu rak komik Boboiboy ni. Teruja Akif nampak komik tu. Laju je sambar ! Stok baru sampai la tu agaknya. Ok la tu dapat gak akhirnya.. 

Nak kata baca buku tak kurang berfaedah pun itu yang Aliah dan Akif suka. Nak buat macam mana. Imaginasi budak-budak kan. Mungkin ini antara satu galakan bagi dorang minat membaca. Pelan-pelan nanti alih ke buku berkaitan dengan pelajaran ke... why not ?

Tuesday, January 12, 2016

Bila Abang Ngah masuk Tahun 1

Hari pertama masuk sekolah. Abang Ngah brani dan semangat lain macam. Konfiden pun ada. Walaupun aku tau Abang Ngah ni boleh handle sendiri tapi aku tetap pantau dari jauh. Dari rumah sampai ke sekolah aku usha Abang Ngah.
Akif Danish
Sekadar hiasan
Meh nak cerita apa yang Abang Ngah dah buat hari pertama sekolah. First skali masa perhimpunan, yang lain masih gendong beg. Beg Abang Ngah mana? Dah simpan dalam kelas katanya. Wow tau pulak dia kelas dia kat mana. Time-time gini mana ada murid tahun 1 brani nak naik hantar beg bagai. 

Okeh lepas perhimpunan kedengaran pulak suara ABANG NGAH menjerit bertanya kepada seorang guru. "Saya kelas apa cikgu". Sebab tahun 1 ada 3 kelas (Cemerlang, Dinamik dan Wawasan). Cikgu tu jawab "belum lagi tau." 

Masa rehat pulak kat Kantin.
Dengan cool je dia pergi berbaris untuk beli makanan. Aku usha je gelagat dia. Makanan pertama dibeli oleh Abang Ngah... Nasi Lemak!!... Ok la tu memang favourite dia pun. Tengah-tengah makan tu dia bangun bawa pinggan dia. Aku tanya la "Bang ngah nak pergi mana?" Slamber je cakap "Nak tambah sambal".. Amboiiii kemain lagi. Buat cam rumah lak dia... kikikiki 

Dan yang paling best skali.. Hari pertama jeng jeng jeng..........................................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tudiaaaaa.... Win betul la, hari pertama kasut sekolah yang putih suci dah jadi gini. Haha tapi itulah anak lelaki. Takpe la kita sapu pemutih kasut dulu. Tunggu hujung minggu baru basuh. 

Saturday, October 3, 2015

Pameran Dinosaur di Giant Cheras Batu 9

Balik kerja tadi Akif dan Aliah ajak aku pegi Giant Cheras Batu 9. Sebabkan esok cuti so aku cakap, Jom!!. Yeaaa!! Seronok dorang tiba-tiba. Apa yang seronok sangat ntah. Padahal dah slalu pegi Giant tu. Biasa je. Aku ikut je la. Rupa-rupanya ada pameran Dinosaur | Dinosaur Sculpture Art Exhibition
Patut la seronok dorang ni. Akif ni memang minat Dinosaur. Mengulang je tengok movie Jurassic Park dengan Jurassic World. 
Akif, Aliah & Aisy 
Kena bayar la masuk, budak-budak Rm4. Dewasa Rm6. Boleh la nak seronok-seronok bawa budak-budak. Kecik je dalam tu, ada 5,6 dinosaurs dalam tu. So masuk la aku, Akif dan Aliah dalam tu. Mama jaga Aisy kat luar. Hehe
Wahhh takutnyerr.. 
Sampai sini, Akif terus jerit "Spinosaurus".. Terkejut daddy. Koh3.. Aku pun tergagap gagap nak sebut. Akif suka sangat dengan Spinosaurus ni. 
Siap ada tayangan Dinosaur 3D. Kena bergilir-gilir guna spek 3D. Syok tengok telatah dorang ni. Dinosaur nak terkeluar la. Haha..
Aumm!! .. mana lebih menakutkan.. haha..

Macam tak caya lak tempat kecik macam Giant Cheras Batu 9 boleh buat pameran ni. Katanya pameran ni bermula hari ni. 2-4 Oktober 2015. Yang dok berdekatan boleh la bawa anak-anak main dengan Dinosaur.. #Ehhh.. haha..

Thursday, February 26, 2015

Birthday Akif di Secret Recipes

23/2/2015 Birthday Akif ke-6. "Selamat hari lahir Muhammad Akif Danish". Semoga Akif menjadi anak yang soleh. Tahun ni takde buat makan-makan macam tahun-tahun lepas. Celebrate ringan-ringan je. Bawa la Akif potong kek yang dah dipotong haha.. Bawa Akif pergi Secret Recipes, Aeon Big Mahkota Cheras.. Jom tengok gelagat birthday boy...
Akif Danish 6 Tahun
Dah masuk 6 tahun dah anak babah ni... Kejap je masa berlalu.. Akif dah masuk PRA sekolah tahun. Tahun depan darjah 1. 
Minta lilin sebatang kat Secret Recipes. Buat syarat je nak bagi Akif seronok. Hehe ada gak tiup lilin kan..
Ni apa nama kek ni eh? Aku bukan lupa tapi kek main ambik je.. Kek buah eh.. Haha
Chocolate Indulgence 
Akif dan Aliah memang suka kek ni. Nyum nyum nyumm!!! Dah bawa Akif gi tiup lilin baru la tenang rasa hati. Yela kan bebudak ni kalau tau birthday dia, pertanyaan yang mula-mula dorang akan tanya ialah mana hadiah, mana kek la bagai la. Akif tak tanya hadiah dia tapi Akif cakap kek Akif takde ke. Alahai. Malam tu jugak bawa cari kek, so secret recipes la jalan selamat nak cari kek. Hehe.. Alhamdulillah seronok tengok Akif happy.. 

Wednesday, February 4, 2015

Akif susah nak makan !

Alahai sian la Akif ni. Nak suruh makan cukup payah, hidang la ayam goreng ker, pizza ker, makanan sedap-sedap ke, yang dia nak nasi dan kuah je. Makan apa pun susah kadang siap hidu dulu. Apa yang Akif suka makan nasi dan kuah tomyam. Tom yam tom yam tom yam.. Itu la favourite dia. Hmm kalau dah tu yang boleh masuk tekak dia nak buat cam mana. Cuma buatkan tomyam kurang pedas la untuk dia. Makan pedas-pedas selalu bukan elok sangat. Pedih perut nanti.
  
Lagi makanan yang Akif suka, nasi lemak & roti canai. Kalau roti canai ni senang je cari, tengah malam pun boleh cari. Tapi kalau nasi lemak ni payah sikit. Kalau pesan awal-awal boleh la cari, dah memalam cari memang payah la, kat rumah kalau time makan, kita ni perut dah bergendang, Akif relax je. Siap kena paksa lagi. Lauk-lauk tolak kat babah dia, dia makan kuah je. Mana tak babah dia membesar dengan jayanya. kekekeke.

Thursday, November 27, 2014

Pesta Sukan PASTI As-Syakirin 2014

Berakhir sudah program dari sekolah PASTI As-syakirin taman seri raya tahun 2014. Ni kira acara penutup bagi tahun ni. Pesta sukan PASTI 2014 dirasmikan oleh YB Dr. Che Rosli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat. Budak-budak semua semangat kesukan betul pagi ni. Siap ada acara perbarisan pulak. 
Tu Akif.. no 5 dari bendera hijau tu. Sempat lagi pandang camera. Hehe... Renyihh aje.
Ada terbahagi ikut rumah rupanya. Akif rumah hijau. Macam mana nak beza?? Ada reben lekat kat baju.
Ibu bapa, penjaga yang hadir memberi sokongan kepada anak masing-masing. Alhamdulillah sambutan ramai dan meriah.
Kelihatan YB. Dr. Che Rosli, memerhati anak-anak PASTI dalam acara susun puzzle. Rumit jugak puzzle ni. Nak siapkan lebih 5 minit gak.
Akif dalam acara isi air dalam botol. Fuuhh lajunyer anak babah ni lari. Rumah hijau johan acara ni.
Risau je aku tengok, kang termasuk sponge dalam botol. hehe..

Acara keretapi pulak. Aku tak tau nama permainan ni tapi yang orang depan tu kena tutup mata. Sapa sampai ke garisan penamat dia menang. Barisan takleh putus putus..
Acara kemuncak penutupan, penyampaian hadiah kepada pemenang. Akif and the gang dapat hadiah saguhati dari sekolah PASTI. Sebelum penyampaian hadiah macam biasa ada pertandingan atau acara ibu bapa. Aku? Haha orang paling setia turut serta. Nak tengok acara apa tunggu next entri. Gambar tengah nk susun.. Bye!! 

Thursday, October 2, 2014

Karnival BACATHON Sekolah Kebangsaan Bukit Raya 2014

Berakhir sudah Karnival Bacathon Sekolah Kebangsaan Bukit Raya (SKBR). Fuhh boleh tahan seronok pergi karnival ni. Macam-macam ada. Dua hari berturut-turut aku gi karnival ni. Sabtu pun ada jugak cuma tak rasmi lagi. Seronok bawa budak-budak main.
Ni antara permainan-permainan atau aktiviti yang ada kat Karnival Bacathon SKBR


Possing dulu sebelum beraktiviti.. Sambutan meriah dengan kedatangan murid-murid dan ibu bapa. Kupon abis awal tu. 

Day 1 aktiviti, target shooting a.k.a Memanah. Akif main ni, aku tukang pegang je. Aku pun tak pernah memanah ni. Nak main ramai pulak budak berbaris. Hehe. 
Amboi Akif, Ada gaya tu..

 

Aliah main basikal cobra.. kenapa panggil basikal Cobra aku pun tak tau, mungkin sebab tayar depan besar kot. Cobra kan kepala besar.

Day 2 Karnival Bacathon. Hari ni Hari Perasmian, ibu bapa dan murid dah datang seawal 8.00 pagi lagi. Meriah meriah,  Hari ni Akif dan Aliah nak main macam-macam. Giant Bubble, masuk rumah hantu, mini zoo, sand art..
Apapun kita breakfast dulu. Kropok lekor je.Jadi la, tengok makan lain dah macam makan tengahari je. Abaikan lah..
Possing aje Akif & Aliah ni.


Haa, ini la permainan Water Ball tu... Ada cerita di entri Water Ball nanti...

Masuk rumah hantu .. Yang ni sangat kelakar. Akif menjerit-jerit ketakutan.. Wakakka.. Keluar je dari rumah hantu boleh plak Akif cakap "Macam nak tumbuk je hantu tu".. Amboii tadi bukan main takut lagi. Kohkhokhohkoh..

Mini Zoo ? Takde la pulak! Ntah kenapa? Haiwan-haiwan lari agaknya.. Kupon dah beli untuk mini zoo, nak refund tak boleh. Hurm.. Maka cari la benda lain untuk perabih kupon tu. Maka terjumpa Sand Art. Belasah jelah. Janji kupon abis digunakan. Nak main battle field macam permainan orang dewasa pulak. Ok la tu janji dapat teman anak-anak.