Tuesday, September 6, 2016

Koleksi Buku Cerita dan Komik | Aliah & Akif

Kalau ke shopping mall mesti kami akan singgah di Popular atau MPH Bookstore. Aliah dan Akif kalau jumpa bookstore ni dah macam library dah dibuatnya. Teruja lain macam. Tak pe la lagi pun tengok orang kat Popular macam ok je. Ramai budak-budak baca buku kat sana. Dah kalau minat membaca tu biar la tapi dorang minat baca buku kartun, lawak, cerita seram. Buku yang ada kaitan dengan pelajaran ? Macam kurang sikit.. ermm nak paksa pun tak boleh.. 
Khusuk betul membaca...
Ni antara gelagat Aliah dan Akif di Popular. (gambar candid) 
So ni antara koleksi-koleksi buku yang dibeli dari Popular atau MPH Bookstore.. Setiap kali pergi ada je di bawa balik. Bukan borong semua tapi senaskah dua je. 
Cerita Hantu
Macam-macam la cerita hantu ni ! Satu dunia ada. Versi Eropah, Asia, Korea, United Kingdom, Amerika Syarikat. Ada banyak lagi kat bookstore cuma belum beli lagi. Beriya baca buku ni tapi bila dah baca buku ni, nak pergi tandas pun takut, nak masuk bilik pun takut. Hahaha hmm.. 
Lawak Kampus
Aku rasa macam ada lagi buku Lawak Kampus yang lain. Tapi tinggal senaskah ni je dalam koleksi. Takpe la nanti cari.
Plant vs Zombie 2
Pun ada ! Mentang-mentang dok main game dia, terus meronta-ronta nak beli buku ni..
Penyerang Hendap | Ular Sawa vs Buaya
Dendam Serigala Mutan
Ah, Ada Hantu Di Pangsapuri !
Cerita hantu lagi.. Hmm berani sangat dorang ni. 
BOBOIBOY | SFERA KUASA 
Adaptasi dari Filem Boboiboy : The Movie
Dan komik terlaris di pasaran. Boboiboy !! Lama gak mencari komik Boboiboy ni. Merata cari kat Popular tapi semuanya habis. Akhirnya terjumpa jugak di Popular Leisuremall Cheras. Give up dah sebenarnya, masa tu pergi Popular tak plan nak cari pun. Tiba-tiba di satu sudut tu penuh satu rak komik Boboiboy ni. Teruja Akif nampak komik tu. Laju je sambar ! Stok baru sampai la tu agaknya. Ok la tu dapat gak akhirnya.. 

Nak kata baca buku tak kurang berfaedah pun itu yang Aliah dan Akif suka. Nak buat macam mana. Imaginasi budak-budak kan. Mungkin ini antara satu galakan bagi dorang minat membaca. Pelan-pelan nanti alih ke buku berkaitan dengan pelajaran ke... why not ?

No comments:

Post a Comment