Saturday, December 8, 2012

Mesyuarat Kejohanan Sepak Takraw Anjuran CIA

Aktiviti sukan berstatus kejohanan yang pertama dianjurkan oleh AJK Sukan Taman Cheras Intan (CIA). Kejohanan tertutup antara blok blok KLMN je. Salah satu tujuan kejohanan ialah untuk mengeratkan siratulrahim antara penduuduk-penduduk taman, mengadakan aktiviti-aktiviti sekeluarga bersama-sama. Yelah kalau waktu kerja masing-masing sibuk. Sebelum ni penduduk-penduduk memang dah giat aktif dalam sukan sepak takraw, badminton dan ping pong kat taman ni cuma tak semua join. Dua hari lepas berlangsung satu mesyuarat untuk menetapkan tarikh kejohanan. Bukan sepak takraw je, ada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak juga diadakan.1 januari 2013 tarikh yang ditetapkan. So ada banyak hari lagi.
Nak anjurkan kejohanan macam ni kena lah ada la persiapan kan, bukan ada orang sponser pun. So ada pembahagian tugas-tugas dibahagi-bahagi kepada ahli-ahli ajk. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Kita hanya mampu merancang. Majulah sukan untuk CIA. Terbaeklah Geng Libas.

1 comment: