Tuesday, January 21, 2014

Iranian Cuisine | Taktaz Restaurant

Petang ahad aku dan family aku keluar nak pergi lunch, masing-masing dah buntu nak makan ape? Tomyam? Nasi Ayam? Goreng-goreng? Alahai jemu sudah, lagipun pukul 2-3 petang susah nak cari pot goreng-goreng yang buka. Fastfood banyak la, tapi jemu jugak. Tiba-tiba terlintas di fikiran nak makan nasi arab. Wife aku pun excited jugak. Google punya google area cheras jumpa la nasi arab BARADA, aku pernah je makan kat situ tapi teringat plak nasi arab SAEDAH kat seri kembangan. Tempat favourite aku. Memang terbaik dan kena dengan tekak aku. So kami redah ke seri kembangan.. Dengan dukacitanya kedai tu dah tutup di ganti dengan Maybank branch! Sedeh seyh. Hampir give up aku, aku pusing-pusing gak area situ kot-kot la ada kedai lain. 
Memang rezeki jugak la hari tu, jumpa kedai nasi Arab | Iranian Cuisine| Taktaz Restaurant . Tak pernah try pun iranian ni. So apa lagi try la..
Antara main menu dalam Taktaz restaurant. Kalau sebelum ni panggil Kabsa, Mendy, Mohdud kat sini panggil Shank. Lain sikit panggilannya.

Yang aku order ni Necklamb Shank murah sikit RM18++ .
Isi lamb lembut, nasi perghhh selembut-lembutnya. Sedap jugak resepi iranian ni. Kalau biasa kedai arab lain takde kuah-kuah, yang ni skali kuah. Puas hati makan.
Ini lamb kebab with bread | macam roti nan tapi nipis lembut dan garing. Rm15++
Famous rupanya Taktaz Restaurant ni. Idok ler tau. Masuk suratkhabar tu. Iranian Delights la, Variasi kebab, Nasi Hijau la. Tak mampu nak rasa semua, lenkali la try.
Okeh korang kalau rasa nak try, ni lokasinya.
Taktaz Restaurant
B-G-3 Block B
Persiaran Serdang Perdana,
Taman Serdang Perdana,
Seri Kembangan, Selangor

Kalau susah sangat alamat ni, korang cari Apartment yang betul-betul depan South City Seri Kembangan. Haa kat situ la lokasinya.

3 comments:

  1. wow..lama tak mkn nasi arab..:)

    ReplyDelete
  2. weee...mcm sedap je! terus rasa lapar plak!huhu..

    ReplyDelete
  3. oooo... situ... penah nmpak tp x penah singgah... nk try la nnti...

    ReplyDelete