Wednesday, May 25, 2016

Resepi Tepus, Tuhau, Tipuk@Tipu Goreng Belacan

Tengok tajuk pun dah pening. Resepi apakah ini. Kalau yang tak tau tu mesti blur kejap. Tapi kalau nak tau ni lah sejenis tumbuhan yang hidup subur di Sabah & Sarawak. Nama tumbuhan ni kalau dalam bahasa bidayuh ialah Tipu (sebutan tipuk), bahasa iban atau melayu sarawak dipanggil Tepus dan kalau di Sabah dipanggil Tuhau. Macam-macam nama. 
Resepi Tepus, Tuhau, Tipuk@Tipu Goreng Belacan
Ini lah rupa dia, seakan-akan pohon lengkuas. Sama kan ! Tapi yang ni memang lain. Dulu kecik-kecik aku cari kat tepi-tepi rumah je. Rumah aku dekat dengan hutan memang banyak la benda ni. Sekarang ni kalau nak cari tak sempat. So beli je la jawabnya. 
Resepi Tepus, Tuhau, Tipuk@Tipu Goreng Belacan
Tepus atau tipuk ni terlebih dahulu dibuang kulit. Ambil bahagian dalam je. Ambik yang bahagian paling lembut skali. Kalau keras tak leh makan. Kena kopek sampai isi dalam putih tu. 

Simple je resepi ni. Bahan-bahan pun mudah. 

2 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 cawan ikan bilis atau udang kering
1/2 camca teh belacan
6 biji cili padi (ikut suka)
Nak tambah cili merah lagi menarik.

Tumbuk semuanya.. 
Resepi Tepus, Tuhau, Tipuk@Tipu Goreng Belacan
Lepas tumbuk tu, tumis la, minyak sedang-sedang la, ikut kuantiti bahan-bahan. Banyak bahan, lebih la minyaknya. Goreng sampai naik bau. Kacau-kacau dulu baru masukkan tepus @ tipu tadi. Kalau perlu garam masukkan secubit. Gaul-gaulkan.. Sampai lembut isinya boleh lah angkat. 
Resepi Tepus, Tuhau, Tipuk@Tipu Goreng Belacan
Inilah dia hasil masakan aku. Tepus, Tuhau, Tipuk@Tipu Goreng Belacan. Terbaekk...
Ulam sambal belacan Sarawak
Selain dari goreng belacan Tepus, Tuhau, Tipuk@Tipu ni boleh dibuat ulam-ulaman. Dimakan mentah pun boleh, direbus dengan air panas dulu pun boleh. 
Makan dengan nasi panas-panas, tambah pulak dengan goreng pulak ikan masin tenggiri. Bertambah-tambah nasi. Terliur beb. Apapun selamat mencuba. Tapi benda ni kat Sarawak banyak la. 

Nah ada lebihan, siap bawa bekal pergi ofis... 



3 comments: