Sunday, January 1, 2017

Pengalaman pertama dapatkan rawatan resdung !

Masalah hidung sumbat yang melanda aku masih belum kebah. Terkadang sampai sesak nafas dibuatnya. Selsema tak, demam pun tak tiba-tiba sumbat. Kena bernafas ikut mulut ? Huhu aku tak reti sangat nafas ikut mulut ni. Tak sampai-sampai rasanya. Tak puas !. Sampai 2,3 kali dapat rawatan klinik dan hospital. Yang aku dapat cuma ubat, ubat dan ubat. Doktor cakap "Cuba ubat ni dulu tengok macam mana ?" "Cuba yang ni dulu, kalau tak ok datang balik." Hmm cuba je la kan. Takkan nak lawan cakap doktor. Macam-macam jenis ubat aku makan. Dari yang dos rendah sampai dos yang power pun sama je rasa. Tak kebah pun. Yang paling menyeksakan bila tiba malam. Memang hanya aku je tau prasaan tu. Mengucap dan berisgtifar je aku. Cuak aku! 

Dah ikhtiar makan ubat pun masih lagi belum sembuh aku cuba rawatan lain. Rawatan pertama aku cuba Rawatan Resdung. Pertama kali aku buat rawatan resdung. Aku bukannya resdung pun tapi cuba la kan. 


Member ofis rekemen jiran dia, katanya pernah buat rawatan dengan Abg ni sebelum ni. So aku contact abg ni dan buat appointment. Dia buat rawatan resdung ni kat rumah dia di Putrajaya. 


Maka pergilah aku ke rumah abg ni. Appoimtment malam so aku ajak Lan Careno temankan aku malam tu. Risau kang pengsan sapa nak drive. 


Rawatan Resdung di Putrajaya. 

Perghhh... seksa jugak wat rawatan ni. Aku ingatkan semudah ABC. Aku ni pun beriya je nak buat rawatan ni. Ingatkan semudah itu lendir tu meleleh gitu. Rupanya kena sedut serbuk dulu. Fuhhh sebelum sedut tu aku tanya dulu "Sakit ker ? " Abg tu jawab "Rasa pedih sikit" Allah aku punya cuak tiba-tiba rasa macam tak nak buat. Tapi dah sampai takkan nak balik. Bila sedut je.... Arghhh berair mata aku ! Terasa lain macam dalam hidung aku.. Pedih ada, sakit ada, sumbat pun ada.. Nak je aku hembus tapi tak terdaya. Macam-macam benda aku fikir. Dalam 10 minit gak aku menahan, pedih dah kurang lendir mula keluar tapi tak banyak. 

Next step ! Dalam hati aku ada pulak next step ! Abg tu masukkan cotton buds ke dalam kedua belah rongga hidung aku. Dua-dua dah dicalit serbuk tadi. Dimasuk sampai ke dalam kot. Sambil diurut muka aku. Masa ni ransangan blah dalam pulak. Aku disuruh tunduk je sambil pegang tong tu. Nak ludah ke bersin ke, buang je dalam tong tu. Ntah brapa minit kemudian terasa lendir mula keluar dari rongga hidung. Sehingga sampai satu masa abg tu suruh aku hembus keluar. Perghh banyak gak. Tapi abg tu cakap kalau ada resdung lagi banyak. Yang aku punya ni tak banyak. Sebab bukan resdung. Ikutkan ada lagi next step atau ulangan tapi aku tak nak dah. Cukup la seksa rasanya.. 

Setel semua, abg tu bagitau hidung memang akan terasa sumbat buat sementara waktu sebab kesan dari rawatan tu. Kena pantang makan pedas dan jangan minum ais. Hari ni masuk 2 malam masih ada on off sumbat. Nak tengok berkesan tak rawatan ni atas aku. Ubat semua tak makan, aku pantang makan pedas dan tolak ais. Jadi tengok dulu besok lusa apa kisahnya. Sambil tu dok google apa lagi rawatan alternatif yang lain. 


Antara yang aku nak cuba:-

1. Urut tradisional - masih mencari sekitar cheras, kl, selangor, putrajaya mana yang dekat.
2. Berenang - ada disyorkan..
3. Rawatan Sonotron 

Kalau ada alternatif lain korang boleh komen kat bawah ni. Bantu aku.. 


***Apapun entri aku ni bukan nak menakutkan korang buat rawatan resdung. Mungkin aku kot yang agak penakut. Tak biasa lagi, seeloknya aku buat siang hari tu. Kalau sumbat pun tak nerves sangat kalau siang. Malam tu yang buat aku terlebih cuak.

11 comments:

  1. Dulu mak saya resdung teruk, sampai mengadap doktor pakar. Dah cuba bermacam rawatan, telan macam-macam ubatan dan hampir nak kena operate. Alhamdulillah sekarang dah makin sihat dan jarang kena serangan resdung. Kalau tak kadang-kadang sampai kena ambil mc sebab sakit sangat.

    ReplyDelete
  2. Tak perlu makan banyak ubat... Cubalah SUPPLEMENT SNE...Ramai yang telah mencubanya...bukan sahaja menyembuhkan resdung malah semua penyakit. Untuk maklumat lanjut Sila WhatsApp 0177870618.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Assalamualaikum.ni khalid.sy dh lama hidung resdung..

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Boleh saya dapatkan contact number orang yg buat rawatan tu tak?

    ReplyDelete
  4. aduhhh ngeri lak rasa, saya jenis ada resdung juga..tak boleh sangat nak makan seafood gatal yang amat,kadang tu naik bengkak,merah dan gatal2 satu badan..tapi mujurlah lepas konsisten amalkan set resdung memang alhamdullilah beransur baik dan dah tak de lagi bersin pepagi sekarang dah boleh makan seafood happy rasa.

    ReplyDelete
  5. Wah.. ..rawatan tu hampir sama dengan rawatan yg saya buat.. .Malah lebih rengkas lagi.... Cuma saya rawat perlu ambil masa sehingga satu jam sebab perlu paatikan semua ibu resdung yang patut keluar, akan dikeluarkan habis. . Iaitu untuk sesi tersebut...

    Seeloknya kena buat 3 kali barulah segala lendir resdung tu keluar semaksimanya... Sebab itu abg tu suruh buat 3 kali. .

    Rawatan resdung seperti ini biasanya memuaskan hati sebab kesannya akan diperolehi dalam tempoh tak sampai 24 jam. .

    Rawatlah resdung sebelum terlambat...majoriti rakyat Malaysia mengidap resdung.. .Tanda²nya muka berminyak, gatal² di ruangan muka, telinga, hidung, rambut gugur, migrain, mata semakin kabur, pendengaran semakin kurang dan ramai yang tak perasan bau nafasnya semakin teruk....

    Share info ini. ...
    0106503546 Hj Ghazali KL & Bangi

    ReplyDelete