Tuesday, December 27, 2016

Konvoi HONDA CIVIC 2H1M ke Pulau Pinang bersama Honda Malaysia

Ride The Dream Civic ! Fuhh tak sangka impian menjadi kenyataan. Dapat invitation Trip 2 hari 1 malam Konvoi bersama Honda Malaysia ke Pulau Pinang dan yang paling best naik Honda Civic baru ! Wow.. Alhamdulillah ! Sebelum Honda Civic launching lagi aku dah usha kereta ni. Beberapa bulan lepas tu hari-hari aku nampak kat jalan. Serius aku berkenan. Tak sangka pulak dapat ride the dream car. Tak dapat beli lagi tapi dapat rasa dulu pun dah teruja. 

Sebenarnya, pertama kali aku join konvoi ni. Harap yang baik-baik saja. Antara tujuan konvoi ni, Honda Malaysia nak memperkenalkan Civic terbaru generasi ke-10 dan antara revolusi Civic terbaek pernah dikeluarkan dalam kategori Civic sebelum ni. Lagi satu, bagi peluang merasai travel dan perjalanan jauh menaiki Civic. Best ke tak ? Aku ceritakan pengalaman aku kat bawah nanti. Okeh, seawal jam 9.00 pagi kami berkumpul di Onde-onde Citta Mall untuk pendaftaran dan sesi taklimat sebelum memulakan konvoi. Banyak benda baru yang aku tak pernah tau pasal kereta ni. Haha, lagipun segmen kereta aku segmen B jadi banyak sekali perbezaan dengan Honda Civic yang segmen C ni. Civic ni kategori segmen C tapi featuring segmen D pulak tu.. Haha jangan blur ya pasal segmen-segmen ni. Boleh baca sini untuk info segmen ni [Klasifikasi Segmen kereta di Malaysia


Sesi group photo sebelum konvoi berlepas. 15 travel blogger dan media yang berpeluang memandu Honda Civic baru. 5 buah kereta Honda Civic untuk test drive dengan 3 varian yang berbeza. Civic 1.8S , Civic 1.5L VTEC Turbocharged dan Civic 1.5L VTEC Turbocharged Premium. 
 Tepat jam 10.00 pagi Flag up konvoi berlepas ke Pulau Pinang. Bismillah.. 
Satu kereta 3 orang ( Aku, Lan Careno & Seraphsam) Kami pilih untuk drive Honda 1.5L VTEC Turbocharged. Aku volunteer drive dulu. Serius aku sangat excited nak drive. Kenapa ? Kereta idaman ni beb. Smart giler weh.. Dalam sangat luas, segalanya kat dalam pakai button je, push start button, electrostatic switch, aircond button, skrin audia besar dan lain-lain. Mantap sekali.. Okeh, macam biasa sebelum drive, kena betulkan seat dulu. Terkial-kial cari akan pedal nak ejas seat. Jakun sungguh mula-mula haha.. Rupa-rupanya main push button je. Nak ke depan ke, ke belakang ke tekan je. Ada 8 way driver power seatTune je ikut keselesaan. Senang giler. 

Okeh, aku mula drive dari Citta Mall, PJ sampai ke Pit Stop pertama, RNR Tanjung Malim. Sebelum Lan Careno ambil alih. Tak terasa weh, sedar tak sedar drive dekat sejam lebih sebelum pit stop. Masuk highway Lebuhraya Utara Selatan tekan je. Sampai pitstop tukar driver pulak. 
Destinasi kami seterusnya, isi perut dulu. Okeh, konvoi singgah sebentar makan tengahari di Restoran Sri Tanjung Tualang, Tanjung Tualang Perak. Restoran yang famous kat Perak dengan makanan seafood. 
Alhamdulillah, kenyang bak ang.. Sedap-sedap menu yang dihidangkan. Antaranya menu dihidangkan Butter Prawn, Siakap Sweet Sour, Sotong goreng tepung, pucuk paku goreng belacan dan lain-lain.. Terbaekk ! Fevret aku semestinya udang ! Ingat udang sila ingat aku.. 
Selesai makan tengahari kami teruskan konvoi ke destinasi seterusnya. Perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Ada apa kat sana ? Okeh next aktiviti kat sana nanti ada pertunjukkan GYMKANA ? Apa ke benda gymkana ni? Haha aku mula-mula pun tak tau, lepas tu aku google. Owh !! Tiba-tiba 😱😱  seramnya.. Mungkinkah tengok saja dari luar atau kena naik skali ? Haha tiba-tiba nebesss giler..
Setiba di perkarangan tempat letak kereta Stadium Batu Kawan @ Stadium Negeri Pulau Pinang, kami terus di brief oleh crew-crew Honda Malaysia berkenaan dengan aktiviti Gymkana ni. Selalu tengok aksi-aksi ni dalam TV je, tak sangka pulak hari tu kena merasai sendiri. 
Salah satu tujuan utama demo ni nak tunjukkan kat kami tentang teknologi Vehicles Stability Assist (VSA). Apa VSA ni ? Okeh dengan adanya VSA ni pemandu dapat mengawal kereta yang dipandu membelok mengikut arah yang dikehendaki apabila kecemasan. Mengawal oversteering dan understeering meningkatkan keupayaan kereta ketika membelok. Ia lebih stabil. By default, VSA dalam kereta ni dah memang dalam keadaan VSA On. Memang terasa perbezaan antara VSA On dengan VSA Off. Kalau Off kereta makan jalan, rasa terbabas. Pergghh kalau aku biar ON je la, tak yah nak off-off sangat. 
Nah layan... aksi menarik dari Crew Honda. Pemandu professional katakan. Rileks je...


Bila aku masuk dalam. Muka cam ganas tapi cuak giler doh.... tak pernah-pernah buat gymkana ni. Tapi mula-mula je, pastu ok je. Haha rasa macam nak lagi.. 
Bila photographer jerit "free styles" begini la jadinya. Haha.. Budak lepas operate kaki tu pun boleh lompat. Selesai aktiviti di Stadium Batu Kawan, destinasi seterusnya ke Botanica Mansion, Balik Pulau, Pulau Pinang untuk makan malam. Konvoi bertolak dari sini kira-kira jam 6.00 petang. 
Konvoi menyusuri Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Hebat photographer ni, pandai cari angle menarik.. 
Sejam kemudian kami tiba di Botanica Mansion, Balik Pulau. Terus dijamu menikmati "welcome drink".. sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.. 
Botanica Mansion merupakan sebuah rumah ladang yang dibaikpulih menjadi restoran. Makan buffet dan stall konsep. Famous Assam Pedas, Penang Char Kuey Teow, Popia dan banyak lagi. 

Dalam pukul 8.30 malam kami bertolak ke G Hotel Kelawai, Georgetown untuk check in. Perjalanan agak mencabar ketika meredah pasar malam Batu Feringghi. Hari sabtu malam minggu, ramai pelancong dan pengunjung ke situ. Aliran trafik pun perlahan. Apa yang menarik bila dalam situasi begini, kita aktifkan fungsi Brake Hold. Apa fungsi Brake Hold ni? Okeh, katakanlah tengah pandu kereta dalam jem, kejap berhenti kejap jalan, pada kedudukan kereta berhenti sepenuhnya maka dengan secara automatik kereta akan brek. Kita tak perlu pijak brek dah. Lepas je kaki yang pijak brek tu. Bila dah bergerak hanya tekan minyak je. Dah la auto kan, pastu tak perlu pulak tekan brek.. Wahh jimat tenaga gini.. 
Sampai di G Hotel Kelawai dalam 9.30 malam. G Hotel Kelawai menjadi tempat penginapan kami. Smart giler dalam bilik siap ada office table. Hotel 4.5 star gitu !  Setelah seharian konvoi akhirnya masa untuk berehat. ZZzzzzzz...

Hari ke-2 Konvoi Civic bersama Honda Malaysia

Bangun seawal 6.30 pagi,  Semangatnya, bersiap-siap untuk breakfast dan check out. Dalam jam 8.30 pagi check out hotel. Aktiviti hari kedua bermula dengan konvoi ke Escape Adventure Extreme Park, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Lokasi tak jauh sangat dari Hotel. Bertolak tepat jam 9.00 pagi. Sampai kat lokasi dalam masa lebih kurang setengah jam je. 
Tak tau pulak aku ada Extreme Park kat sini. Perghh menarik sangat ni. Aku plak memang suka aktiviti lasak ni. Kenapa aku tak tau sebelum ni? Haha takpe kita layan dulu.. Jom gayut!! Kena main puas-puas ni sebab aktiviti last kat Penang sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur. 
Sebelum beredar Crew Honda menunjukkan kelebihan Honda Civic baru. "Remote Engine Start".. 
Wow boleh start enjin dengan remote je. Yela, tengahari panas terik, parking kereta pulak kawasan tak berbumbung. Kompom panas dalam kereta. Dengan Remote Engine Start ni, boleh start enjin dari jauh dan secara automatik aircond turut on. Fuhh hebat-hebat. Masuk kereta dah sejuk. Jangan risau walaupun enjin dah dihidupkan, orang lain tak boleh masuk selagi pemilik atau pemegang kunci belum masuk. Honda menitikberatkan soal keselamatan pemandu atau pemilik kereta ni. 

Dalam pukul 1.30 petang, konvoi berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Apapun singgah makan tengahari dulu di Restoran Prawn Village Bukit Tambun. Jam dah menunjukkan dekat pukul 3.00 petang patut rasa lapar... Lunch kami makan seafood lagi.. Aumm seafood memang fevret so tak kisah pun. Aku rasa kali ni aku makan banyak mungkin tenaga banyak abis masa kat escape adventure tadi hihi..
Blruppp, kenyangnya.. Makanan sedap-sedap kat sini. Sampai licin kali ni haha.. 

Okeylah, masa untuk balik KL dah. Lebih kurang jam 4.00 petang, konvoi kami meneruskan perjalanan balik KL. Satu lagi pengalaman yang mendugakan apabila konvoi kami turut terlibat dalam kesesakan jalan sepanjang highway menuju KL. Musim cuti sekolah kan. Apapun dengan kelebihan dan fungsi pada Honda Civic baru, aku yakin pemandu dan penumpang masih dalam keaadan yang selesa. 

Alhamdullillah, jam 9.30 malam kami tiba di Onde-onde Citta Mall, PJ. Lega rasanya dah sampai.. Apapun, pengalaman luar biasa pernah aku join. Sebenarnya macam tak puas lagi berjalan haha. Terima kasih Honda Malaysia bagi peluang berkonvoi memperkenalkan Honda Civic baru, penginapan, makan-makan serta aktiviti beriadah semua. Kredit photo jugak kepada photographer Honda Malaysia. Terima kasih...

Apa yang menarik tentang Honda Civic baru 2016 ni? Banyak lagi Featuring menarik tentang Honda Civic ni... Boleh baca sini. [Honda Civic baru 2016]

1 comment: