Monday, December 5, 2016

Pengalaman bermain Laser Tag di Laser Battle KL @ Berjaya Times Square

Susah betul aku nak mula citer ni. Taip-taip delete, taip lagi delete. Huh pening pening. Macam ni la, senang cerita aku nak cakap aku gi main laser tag. Haa kan senang ! Laser tag tu amenda ? Game tembak-tembak ala paintball gak. Ala-ala tembak-menembak je sama, senjata totally lain lain. Ni pakai laser kalau kena tembak tak sakit macam kena tembak paintball tu. Cara main semua lain-lain. Rules lain-lain.

Kat mana aku main Laser Tag @ Laser Battle KL ni ? Korang tau Times Square kan, korang naik tingkat 7 ( lif yang ada cinema) pasti jumpa Laser Battle ni. Tak tau sila waze. Hehe..
Kami dibahagi jadi 2 group. Team A dan Team B. Apapun sebelum game ada briefing dulu. First time nak main ni kena concerntrate dengar. 
Yang paling penting macam mana nak score point. Tembak-tembak saja takde point rugi la. Ok setiap yang pemain dibekal Vest dan Gun. Kat vest ada beberapa part untuk dilaser. Setiap part tu la ada point-point berlainan. Aku lupa la pulak brapa point-point ni. Yang aku ingat tuju bahu dapat 50 point dan tuju perut dapat 200 point. So aim perut la gamaknya, baru dapat markah tinggi.
Nampak tak keterujaan kami ! Tak sabar nak berentap ! 

Antara scene-scene dalam laser battle ! 
Haa ni la full mark ! 200 point !! 
I can see you ! Ini bukan hide and seek ! Tapi run for your life, haha..
Kalau sapa-sapa yang terkena tembakan atau laser ni apa jadi pulak? Haaa, gun automatik freeze dalam masa 6 saat. Gun automatik tak function. Berlintang pukang la menarikan diri haha... Nampak macam kejap je 6 saat  tu tapi dalam battle perghh terasa lama giler. Berdebor bai..
Selesai setiap game semua pakat tengok point masing-masing. Haha first game aku no 3 tuuu dari 20 pemain.. Game 2 makin merosot dan last game lagi teruk. Pahal ? Haa ada sebab bawah ni. Mungkin ada logiknya.. 

Game Rules First game, dalam battle room lampu dinyalakan dan ada friendly fire. 
Second game, lampu tutup dan friendly fire. 
Third game, lampu tutup dan ada friendly fire like PRO. Dah la gelap pastu kalau kena tembak dah freeze 6 saat. Baru on balik kena tembak dengan member pulak. Freeze lagi.. Hmm sampai ke sudah tak dapat point. 

Maka selepas tamat 3 game, Team A terpaksa mengaku kalah dengan Team B kikiki... Kalah dapat medal gak. 
Naib Juara - Team A
Juara - Team B
Selesai berlaser battle, isi perut dulu.. nomnomnom...
Serius satu pengalaman baru dalam beraktiviti lasak ni. Tak perlu pergi outdoor untuk aktiviti lasak ni. Dalam ni pun dah cukup bermandi peluh. Terbaek ! Ada masa akan datang pasti repeat lagi. 

Dah abis 3 game masih lagi tak puas ! Dasat betul stamina.. Hahaaa ini rahsianya minumlah minuman tenaga | Taurus Energy Drinks !!! Aummmmm..


Kredit Photo kepada Taurus Energy Drinks Facebook Page !

No comments:

Post a Comment