Saturday, November 26, 2016

Taurus Energy Drink | Kekalkan tenaga tahap maksima !

Rabu lepas aku ke Berjaya Times Square ada Laser Tag Gathering. Apa Laser Tag tu?? Wahh partama kali nak main ni, pernah dengar pasal game Laser Tag ni tapi tak pernah cuba lagi. Dengar kata game macam dalam Counter Strike. Cuma pakai Laser je, tembak-tembak tak sakit pun. Best-best.. Bila aku dapat invitation ni, apa lagi aku terus ON la... Serius aku teruja nak main, kena plak timing game lepas waktu kerja. Boleh la pergi.

Habis kerja aku balik rumah dulu hantar wife aku, ambik anak-anak settlekan hal rumah dulu sebelum ke Times Square. Letih sikit la tapi teringin punya pasal aku redahkan je. Settle je semua hal rumah, aku terus kuar. Aku singgah beli air dulu sebelum pergi main. Kang sampai sana tiba-tiba letih rugi je. Biasanya kalau aku ada aktiviti luar macam futsal ke pergi gym, aku akan sambar setin 2 minuman tenaga (energy drinks). Kasi booster sikit. 

Aku singgah di 7 Eleven (7E) berdekatan dengan rumah. Masa nak pilih tu aku terbelek Taurus Energy Drinks. Macam tak pernah cuba lagi sebelum ni. Nampak gambar TAURUS tu macam gempak je. RM4 setin. Sambar 2 tin. Nak cuba dulu. Yang penting ada logo HALAL.
Sampai-sampai Times Square, semua dah tak sabar nak perang !! Pergghh aku pun. Baru pakai Vest Laser Tag aku dah rasa aura SWAT dah. Hek Eleh berangan pulak. Biasa la tu beb. Aku memang minat SWAT ke NAVY ni. Tak mampu jadi macam dorang tu, imagine je mampu la. Okeh ada 3 game semuanya. Apa apa briefing dulu.. Sambil briefing aku teguk dulu Taurus Energy Drinks. Wow ! Sedap pulak air ni. Aku rasa tak manis sangat !! Memang minuman tenaga jenis ni la yang aku dok cari. Aku tak suka manis-manis sangat ni. Kalau manis sangat tekak aku akan rasa kering. Kena minum air masak skali. Baru rasa sekali aku terus tangkap cintan. Seteguk demi seteguk abis setin sebelum perang. 

Lepas 3 game !


Puas hati ko ! Serius tak puas, aku nak main lagi. Berpeluh-peluh harungi 3 game tapi tenaga masih tetap di tahap maksima. Bayangkan balik kerja petang pastu bla bla bla, lepas Maghrib je terus mula game pertama sampai game ketiga. Jam dah dekat pukul 10 malam tapi masih menten bertenaga. Ko ghasa ? Sambil teguk tin kedua. Aku dah tak risau sangat minum lebih pasal aku rasa tak manis sangat. Aku kan tengah diet, kena cari Energy Drinks yang kurang manis. 


Pasni turun gym ke futsal ke atau long distance driving pasti aku bekal Taurus ni. Lagipun senang je nak dapatkan minuman Taurus Energy Drink ni. Singgah je 7 Eleven. 7 Eleven kan ada di merata-rata tempat sekarang ni. Apa susah. 



Balik dari Times Square tu aku terus usha page facebook Taurus. Rupa-rupanya Taurus ada buat promosi kat 7E. RM1 je setin !! Perghh boleh borong kalau gini. Kalau korang nak tau korang lanjut boleh like Facebook Taurus. Kalau ada info pasal promosi pasti dorang akan UP kat page lagi. Okeh yang penting kekalkan tenaga di tahap maksima. Terbaek !! 

Credit photo to Taurus Facebook Page.

No comments:

Post a Comment