Thursday, November 17, 2016

Akif ambil bahagian dalam MPAJ KIDS ECO-CHALLENGE 2016

Cuti sekolah dah nak mula, ramai yang dah plan nak pergi bercuti la, balik kampung la dan sebagainya. Aku ? Belum plan lagi nak pergi bercuti. Al maklum la cuti pun tinggal ciput je. Berkira-kira la nak ambik cuti risau ada emergency. Tak ambik cuti pun boleh plan aktiviti lain untuk anak. Daripada anak-anak dok mengadap telefon ke, mengadap tab ke komputer, baik aku ajak buat aktiviti luar biasa sikit. Aku dah plan satu ! 

MPAJ KIDS ECO-CHALLENGE 2016 | KIDS Obstacles ! 
Wow budak-budak pun ada obstacles challenge ? Haaa tudia calling seawal 5 tahun hingga 13 tahun tu.. So ni la bakal menjadi aktiviti pertama Akif nanti. Aku dah register untuk Akif kategori 5-7 tahun (easy kids) bak kat pepatah "melentur buluh biar dari rebungnya".. pepatah yang tak pernah patah bagi aku. Nak mendidik ke membentuk seseorang tu biar dari kecilnya. Kalau dah besar bukan tak boleh bentuk tapi liat la sikit. Haha.. Mana tau besar-besar nanti Akif mampu masuk Ironman Triathlon ke.. 

Jadi begitu la kisahnya.. sapa nak join, masih lagi Open ! [Register] Kita jumpa di sana nanti. 

MPAJ KIDS ECO-CHALLENGE 2016
4 Disember 2016
7 pagi - 12 tengahari
Trek MTB Bukit Indah Ampang (TEKAS)

No comments:

Post a Comment