Wednesday, April 12, 2017

Merasa gak masuk suratkhabar KOSMO !

Fuhh merasa gak masuk suratkhabar KOSMO haha walaupun sekadar selit-selit je. Artikel oleh saudara Adham Shadan dalam kempen "Doodle your Moment" baru-baru ni di Shell Damansara. 
Pepagi 1 April dapat whatsapp dari member. Skrinshot keratan akhbar. Ingatkan April fool, tapi betul-betul punya. Maka bergigih-gigih la aku pergi cari kedai jual suratkhabar. Excited hehe..

Macam mana boleh masuk artikel ni ? Sebenarnya hari tu ada contest conteng-conteng doodle kat casing telefon. 3 lukisan kreatif dan menarik akan menang Voucher Parkson. Jadi aku lah antara 3 pemenangnya. Begitu la kisahnya. Nanti aku kerat masuk frame. Haha..

Tak sangka sebenarnya boleh menang. Harapan tak setinggi mana pun aku letak. Ini dinamakan rezeki. Syukur Alhamdulillah. Dengan voucher yang aku dapat ni, aku hadiahkan(separuh hehehe) kat wife sempena birthday (1 April)......

Credit kepada Adham Shadan-KOSMO

2 comments: