Monday, September 10, 2018

Galeri gambar Teambuilding Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya | Indoor & Outdoor Strategy Games

Galeri gambar aktiviti-aktiviti semasa Teambuilding di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. 

1. Monkey Walk
Kami beradu bermain monkey walk dengan mata bertutup. Permainan ni menguji kepercayaan kita kepada yang memberi arahan. Susah oo dengan mata berbalut pastu dengar member bagi arahan ke kiri, ke kanan ke depan dan belakang. X-Team menang 


Main Giant Dice (Dadu Gergasi)
Yang ni setiap member dalam team tu kena ikat tali pada kaki kecuali seorang tukang baling dadu. Pembaling dadu akan menentukan pasukan mara ke hadapan atau berundur ke belakang. Dapat nombor genap mara ke depan dapat nombor ganjil berundur ke belakang. X-Team tewas. 


3.Mengimbang bola pingpong atas paip
Kali ni semua kami bergabung. Permainan ni betul-betul menguji minda dan mental. Sorang kena pegang satu tali dan bagaimana nak bawa bola pingpong atas paip tu mengelilingi dewan. Cukup mencabar weh.. Dah la kena imbang lepas tu nak kena fikir macam mana nak keluar dengan pintu yang kecik tu. Penat oiii samapi keluar peluh jantan haha.. Kami berjaya menghabiskan pusingan namun jika mengikut pada syarat asalnya kami gagal. 

4. Mengeluarkan bola ping pong dalam batang paip tanpa sentuhan.
Okeh nampak senang tapi tak sangka ia ambil masa jugak untuk completekan task ni. Caranya hanya masukkan air dalam batang paip dan bila penuh bola ping pong akan keluar dengan sendirinya. Cabaran sebenar kat batang paip tu ada lubang kecil merata-rata tempat. Ahli dalam pasukan kena tutup lubang-lubang tu supaya air boleh penuh. Tak disangka-sangka saat hampir penuh bocor pulak.. Haha.. 


Nampak mudah tapi beberapa kali juga bocor haha.. Tak cukup jari. Nama pun permainan strategi. 

Galeri gambar Teambuilding Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya | Indoor & Outdoor Strategy Games.

No comments:

Post a Comment