Sunday, September 9, 2018

Pengalaman menerokai Farm In The City Malaysia

Assalamualaikum, apa khabar korang semua, doa-doa korang semua sihat semuanya. Bertemu lagi dalam Blog Daus Redscarz. Lama tak berupdate blog ni. Okeh, kali ni aku nak share sikit pengalaman kami satu keluarga terokai Farm in The City, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ni. Sebenarnya ni kali ke-2 kami datang ke sini. Banyak perubahan dari yang mula-mula kami pergi dulu dengan yang sekarang. 
Okeh untuk makluman korang, Farm in The City ni merupakan sebuah ladang ternakan (petting zoo) dan peliharaan haiwan-haiwan. Senang cakap macam Zoo la. Tapi kat Farm in The City ni semua haiwan-haiwan jinak. Boleh main-main dengan haiwan, boleh bagi makan haiwan-haiwan ni. Tempat paling best bawa anak-anak kecil jalan-jalan. Memang satu pengalaman menarik dan unik. 

Terdapat lebih kurang 17 station yang korang patut singgah dalam Farm in The City ni. Jom kita tengok, antaranya.

1. Turtle & Tortoise Farm
Melangkah masuk ke dalam kawasan habitat kura-kura dan penyu. Kat sini ada beberapa ekor kura-kura yang mana dikategorikan sebagai kura-kura paling susah dijumpai dan hampir pupus populasi di dunia. Antaranya Star Tortoises dari India, Leapard tortoise, Radiated Tortoise.. Kami juga berpeluang melihat kura-kura gergasi... 

2. Free-Flight Bird Aviary
Free-Flight Bird Aviary ni sangkar burung yang besar. Pelbagai spesis burung dalam ni. Kita masuk dalam sangkar dorang. Kita boleh bagi feed kat burung-burung ni. Jinak sangat burung-burung ni. Tadah tangan letak makanan, datang sekor-sekor makan kat tangan. Kena yang paruh tajam sakit gak haha... 

3. Savannah
Kat stesen Savannah ni paling happening skali. Akif, Aliah dengan Aisy kemain lagi. Bagi makan rusa, kambing, kambing biri-biri.. Jinaknya rusa ni.


Yang menarik perhatian kali ni, ada haiwan baru kat sini. The Alpaca. Skali tengok macam LLama. Rupanya bukan llama, ini dipanggil Alpaca. Berasal dari Amerika Selatan. Duduk di kawasan iklim sejuk, akan tetapi bila tiba di Malaysia. Iklim kurang sesuai dengan mereka. Kalau korang pergi kat Farm In The City nanti, korang perati di stesen Alpaca ni nampak macam ada aircond atau kipas. Haaa ingat manusia je pakai aircond haha. Haiwan pun kena aircond.
The ALPACA
4. Pet Village
Bermain dengan arnab. Terdapat 2 jenis arnab kat sini, arnab biasa dengan Guinea Pig. Yang Guinea Pig ni yang kecik sikit dari arnab biasa. Korang boleh bagi makan, belai-belai arnab ni.. 

 5. Longkang Fishing
Haa port ni paling lama. Longkang Fishing !!  Nama je longkang tapi bukan macam longkang tepi jalan tu. Longkang ni special dengan panjangnya lebih kurang 20 meter siap dengan air ikan-ikan kecil. Nostalgia kecil-kecil dulu memancing dan menangkap ikan kat longkang-longkang. Okeh kenapa singgah tempat ni paling lama ? 
Tengoklah gelagak Aisy sibuk menangkap ikan. Lama oii kat sini Akif dan Aisy tangkap ikan. Disediakan peralatan untuk tangkap ikan. Sampai basah-basah seluar. Haa korang yang nak pergi nanti jangan lupa bawa baju spare. Untuk budak-budak je la. 

 6. Fish Feeding at Moon's Lake
Moon's Lake Fish Feeding
Moon's Lake Fish Feeding. Bagi makan ikan pulak. Beribu-ribu ikan Koi kat dalam kolam. Bukan ikan je kat kolam, segala spesis itik pun ada. Macam-macam rupa dan warna itik-itik ni. Yang paling cantik skali tentu la Swan. 

7. Kampung Mahmood
Okeh, sebelum terlupa, di Farm in the City ada persembahan di Kampung Mahmood. Persembahan burung-burung Kakatoo secara berjadual. Seronok tengok gelagat burung-burung buat show.. Make sure korang jangan terlepas bird show ni. 
Banyak lagi station menarik di Farm in The City. Jungle Walk, Twilight Creatures, Exhibition Hall, Pony Ride... 

Korang boleh tonton di Vlog Farm In The City kami di DAUS REDSCARZ CHANNEL
Vlog Farm in The City
Okeh itu saja yang aku nak share pengalaman unik kami di Farm in The City. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari www.fitc.com.my


Last but not least, paling orang nak tau kalau nak pergi ke sini. Berapa harga tiket Farm in The City. Okeh, ni list harga Normal Rate dengan Rate pemegang MyKad.



Normal rate: Dewasa RM55 
Kanak-kanak atau warga emas RM45

Pemegang Mykad: Dewasa RM37 
Kanak-kanak atau warga emas RM30

Pakej keluarga: RM125 (2 dewasa dan 2 kanak-kanak) beserta cenderamata dan baucer diskaun.

Untuk perhatian:
  • Harga untuk kanak-kanak ni bagi mereka yang berumur 11 tahun ke bawah. Kalau dah umur 12 tahun tu dah kira harga dewasa. 
  • Bagi kanak-kanak yang mempunyai ketinggian bawah dari 90cm, masuk adalah PERCUMA. 
  • Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.
Jangan lupa subscribe Daus Redscarz Channel untuk Vlog akan datang. 

2 comments:

  1. Longkang fishing tu mmg port feveret bebudak... ank2 aku pun sangkut kat situ lama...

    ReplyDelete
  2. 💰Get free 250$ on Ysense trusted network without investment

    📢 Join Crypto quantum leap world's famous online Crypto course

    🦷 Read Secret teeth care tips
    About
    Teeth whitening,
    Teeth decay,
    Teethsche,

    ReplyDelete