Assalamualaikum w.b.t Welcome to Daus Redscarz Blog.. (Jeng jeng jeng) Tusan Cliff runtuh ? Tusan Cliff Collapse ? Tengah usha-usha analytic Youtube channel aku, tiba-tiba terperasan view Video Tusan Cliff aku lain macam je naik. Takde la mencanak tapi macam tiba-tiba macam video tu diterjah. Terus aku search kat twitter Tusan Cliff. Kenapa twitter ? Sebab twitter sumber paling pantas.
Aku baru taip Tusan dah kuar Tusan runtuh.. Alamak biar betul !!! Aku baru pergi ke sana tahun lepas. (Oktober 2019) Alahai sedihnya..
Terus aku google dan google kesahihan nya.. Memang sah Tusan Cliff dah runtuh.. Huhu aku baru bercadang nak datang lagi pada masa akan datang. Runtuhnya Tusan Cliff ni maka runtuhlah salah satu tempat perlancongan di Sarawak terutamanya di Miri Sarawak.
Kredit gambar Tusan Cliff sumber dari UTUSAN BORNEO
Tiada lagi Tusan Cliff. Tiada lagi permata di Miri, Sarawak. Apakah punca Tusan Cliff ni runtuh ??? Apapun tersimpan kenangan semasa di Tusan Beach.
Satu-satunya video kenangan di Tusan Beach Miri Sarawak dalam Channel Daus Redscarz. Tusan Cliff Collapse Tusan Cliff Runtuh
Yo Guys, aku baru dapat info terbaru dari group komuniti youtube Malaysia. Kepada youtuber mahupun creators, YouTube kini telah melancarkan satu tab baru dalam aplikasi YouTube mereka iaitu Tab Story | Tab Stories. Seperti mana yang kita sedia maklum Tab story ni dah ada di Instagram, Facebook mahupun di Whatsapp. Jadi sekarang YouTube sendiri telah lancarkan Tab Stories mereka.
Story YouTube length berdurasi 30 saat. Boleh edit frame, edit background, edit text dan lain-lain. Stories ini boleh ditonton oleh Subscribers mahupun non-subscribers kita.
Walauapapun, haa ni yang tak best ni, Tab Stories ni hanya boleh digunakan apabila creators mencapai satu tahap kelayakan yang ditetapkan oleh YouTube. Buat masa ni, untuk menggunakan tab stories ni, creators harus mempunyai 10K Subscribers dan ke atas. Jika ada creators yang baru melepasi 10K Subscribers, tab story ni akan mengambil masa 4 minggu untuk diaktifkan dalam aplikasi YouTube secara automatik.
Tutorial menggunakan Tab Stories YouTube Okeh guys, aku dah cuba try test menggunakan Tab Stories ni pada Aplikasi Mobile YouTube. Memang ada wujud story ni sebab aku punya channel Daus Redscarz ngam-ngam lepas. Mula-mula Klik pada button Upload video tu. Kuar la 4 icon berbeza. Kat bottom gambar ni.
4 icon tersebut iaitu Upload video, Live video, Story dan Post status. Okeh kita pilih Story. Macam biasa la, rekod video dan bla bla bla edit bagai dan kemudian bila dah post story tu nanti. Korang akan nampak tab stories akan berada di tengah tab community dan tab channels. (gambar bawah ni)
Okeh lepas tu kita klik pada tab stories, kuar la story kita macam kat gambar bawah ni.
Story ini pun cobaan.. Aku dah post satu story, ada nampak icon mata tu tak ? Haa tu la bilangan orang yang view story kita. Dan pada stories kita pun dorang boleh tinggalkan komen.
Ni contoh latest view dari Stories. Ada 17 mata melihat, cumanya kita tak pasti la sapa yang tengok. Sebab tekan icon mata tu tak kuar apa apa pun. YouTube Stories akan simpan video selama 7 hari. Kenapa ? Bagi peluang untuk creators dan fan respon pada video. Lebih kurang engaggement la dengan viewers. Pada aku ini merupakan satu platform yang positif untuk meningkatkan lagi Subscriber kita pada masa akan datang.
Okeh guys tu saja info terkini. Buat masa ni aku tau boleh guna mobile YouTube App saja, guna Desktop tak jumpa. Jangan lupa SUBSCRIBE, tonton video dan Stories dari Daus Redscarz Channel. Assalamualaikum...
Assalamualaikum guys, okeh aku nak share sikit pasal Smartphone OPPO A3s yang baru aku UNBOXing beberapa hari lepas. Oppo A3s ni baru keluar lebih kurang pertengahan 2018. Kalau ikutkan masih baru lagi la walaupun dah beberapa bulan di pasaran. Aku sebenarnya nak suprisekan Aliah. Jadi alang-alang dah dapat phone baik aku unboxing skali, dapat la 2 video skali untuk content youtube Daus Redscarz.
Antara spesifikasi Smartphone OPPO A3s yang aku punya ni,
2GB RAM Qualcomm Snapdragon 450, 16GB Storage, Battery 4230mAh. Jom tonton video unboxing Oppo A3s Smartphone bersama Daus Redscarz Channel.
Okeh juga tonton video suprisekan Aliah. Hadiah untuk Aliah Oppo A3s.
Okeh, kenapa aku kat mampu milik, harga sekitar RM599 dah boleh dapat smartphone yang canggih. Ketahanan bateri 4320maH tu.. Skrin besar pulak tu. Nak main game best, nak tengok youtube pun best. Sebenarnya Oppo A3s ada versi yang 32GB, 3GB Ram. Yang ni harga mahal sikit dalam RM799 kalau tak silap.
Apapun korang tonton la video kami di Youtube Channel atau klik link di sini. DAUS REDSCARZ CHANNEL dan jangan lupa SUBSCRIBE channel kami untuk video-video menarik akan datang.
Salam guys, siapa sini kaki wayang ?? Ada ? Guys, hari ni aku nak share kat korang semua the latest technology, evolusi menonton wayang di pawagam. Korang yang kaki wayang dan bukan kaki wayang lepas ni pasti teruja dengan evolusi baru ni. Bermula dari Silent Film ke Digital Movie kemudian 3D Movie kini terbaru iaitu 4DX Movie.
Apa itu 4DX ? 4DX bakal memberi pengalaman baru kepada penonton merasai aksi-aksi gegaran dan getaran dengan menggabungkan beberapa effect semasa menonton movie. Terdapat 20 effect berbeza, paling utama, tempat duduk berteknologi tinggi yang mampu bergerak-gerak seolah-olah kita naik roller coaster. Beberapa effect lain seperti, tiupan angin, water splash, rain drop, thunderstorm, lightning, snow, bubble, dan macam-macam lagi, seakan akan kita yang beraksi dalam movie tu.
4DX Movie ini diperkenalkan oleh Golden Screen Cinemas (GSC) yang merupakan 4DX yang pertama di Klang Valley. Kedua di Malaysia, yang pertama di GSC Paradigm Mall JB, Johor Bahru. Aku antara orang pertama yang menonton movie di 4DX ni dan movie pertama ditayangkan ialah BUMBLEBEE.
Jom tonton vlog, Apa itu 4DX dan pengalaman aku menyaksikan tayangan pertama 4DX Bumblebee di GSC 1 Utama. Daus Redscarz Channel
Pada 27 December 2018 berlangsung Launching 4DX di GSC 1 Utama.
Koh Mei Lee, Chief Executive Officer, Golden Screen Cinemas says "After introducing 4DX nearly a year ago at GSC Paradigm JB, we are proud and excited to announce that we are finally bringing this game-changing cinema offering to movie-goers in the Klang Valley, who have been anticipating its availability. " Pengalaman aku sendiri yang menonton 4DX, memang puas hati. Gegaran dan getaran dalam movie dapat rasa. Aksi-aksi dalam Bumblebee movie memang banyak, semua effect dapat rasa. Kalau tengah aksi tu korang jangan pegang popcorn ok, kang bersembur kat penonton sebelah haha. Paling tak tahan, air pancut dari atas, boleh kebasahan oii.. Aku tak tau la kalau tengok 4DX Aquaman. Movie tu dalam air je kan. Silap silap macam kena pili bomba nanti haha (just kidding)
Korang sila terjah 4DX cinema ni, memang padu, memang puas hati. Tak boleh digambarkan dengan kata-kata bak kata pengacara majlis. Kena rasa sendiri beb baru feel. Sekarang ni ada kat GSC Paradigm Mall JB & terbaru GSC 1 Utama saja. Apapun, menyusul tahun 2019 nanti dua buah lagi akan dibuka, GSC IOI City Mall, Putrajaya & GSC Southkey, Johor Bahru. Orang Putrajaya mesti syokk ni..
Sedikit info tentang 4DX 4DX pertama di dunia dilancarkan di Seoul, Korea pada 2009 4DX Features Motion seat Heave (Up & Down) Roll (Left & Right) Pitch ( Foward & Back) Sway + Twist (Move Side to Side) Tickler Vibration Face Air Water Scent Bubble Fog Wind Rain Strobe Snow Rainstorm Warm Air Okeh guys itu saja sharing dari aku kali ni. Hope ada peluang lagi untuk sharing or review movies pada akan datang. Korang jangan lupa SUBSCRIBE channel youtube aku, video tentang vlog, parenting, family games, unboxing, food tasting & banyak lagi. Jumpa lagi.
Assalamualaikum, apa khabar korang semua, doa-doa korang semua sihat semuanya. Bertemu lagi dalam Blog Daus Redscarz. Lama tak berupdate blog ni. Okeh, kali ni aku nak share sikit pengalaman kami satu keluarga terokai Farm in The City, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ni. Sebenarnya ni kali ke-2 kami datang ke sini. Banyak perubahan dari yang mula-mula kami pergi dulu dengan yang sekarang.
Okeh untuk makluman korang, Farm in The City ni merupakan sebuah ladang ternakan (petting zoo) dan peliharaan haiwan-haiwan. Senang cakap macam Zoo la. Tapi kat Farm in The City ni semua haiwan-haiwan jinak. Boleh main-main dengan haiwan, boleh bagi makan haiwan-haiwan ni. Tempat paling best bawa anak-anak kecil jalan-jalan. Memang satu pengalaman menarik dan unik.
Terdapat lebih kurang 17 station yang korang patut singgah dalam Farm in The City ni. Jom kita tengok, antaranya.
1. Turtle & Tortoise Farm
Melangkah masuk ke dalam kawasan habitat kura-kura dan penyu. Kat sini ada beberapa ekor kura-kura yang mana dikategorikan sebagai kura-kura paling susah dijumpai dan hampir pupus populasi di dunia. Antaranya Star Tortoises dari India, Leapard tortoise, Radiated Tortoise.. Kami juga berpeluang melihat kura-kura gergasi...
2. Free-Flight Bird Aviary
Free-Flight Bird Aviary ni sangkar burung yang besar. Pelbagai spesis burung dalam ni. Kita masuk dalam sangkar dorang. Kita boleh bagi feed kat burung-burung ni. Jinak sangat burung-burung ni. Tadah tangan letak makanan, datang sekor-sekor makan kat tangan. Kena yang paruh tajam sakit gak haha...
3. Savannah
Kat stesen Savannah ni paling happening skali. Akif, Aliah dengan Aisy kemain lagi. Bagi makan rusa, kambing, kambing biri-biri.. Jinaknya rusa ni.
Yang menarik perhatian kali ni, ada haiwan baru kat sini. The Alpaca. Skali tengok macam LLama. Rupanya bukan llama, ini dipanggil Alpaca. Berasal dari Amerika Selatan. Duduk di kawasan iklim sejuk, akan tetapi bila tiba di Malaysia. Iklim kurang sesuai dengan mereka. Kalau korang pergi kat Farm In The City nanti, korang perati di stesen Alpaca ni nampak macam ada aircond atau kipas. Haaa ingat manusia je pakai aircond haha. Haiwan pun kena aircond.
The ALPACA
4. Pet Village
Bermain dengan arnab. Terdapat 2 jenis arnab kat sini, arnab biasa dengan Guinea Pig. Yang Guinea Pig ni yang kecik sikit dari arnab biasa. Korang boleh bagi makan, belai-belai arnab ni..
5. Longkang Fishing
Haa port ni paling lama. Longkang Fishing !! Nama je longkang tapi bukan macam longkang tepi jalan tu. Longkang ni special dengan panjangnya lebih kurang 20 meter siap dengan air ikan-ikan kecil. Nostalgia kecil-kecil dulu memancing dan menangkap ikan kat longkang-longkang. Okeh kenapa singgah tempat ni paling lama ?
Tengoklah gelagak Aisy sibuk menangkap ikan. Lama oii kat sini Akif dan Aisy tangkap ikan. Disediakan peralatan untuk tangkap ikan. Sampai basah-basah seluar. Haa korang yang nak pergi nanti jangan lupa bawa baju spare. Untuk budak-budak je la.
6. Fish Feeding at Moon's Lake
Moon's Lake Fish Feeding
Moon's Lake Fish Feeding. Bagi makan ikan pulak. Beribu-ribu ikan Koi kat dalam kolam. Bukan ikan je kat kolam, segala spesis itik pun ada. Macam-macam rupa dan warna itik-itik ni. Yang paling cantik skali tentu la Swan.
7. Kampung Mahmood
Okeh, sebelum terlupa, di Farm in the City ada persembahan di Kampung Mahmood. Persembahan burung-burung Kakatoo secara berjadual. Seronok tengok gelagat burung-burung buat show.. Make sure korang jangan terlepas bird show ni.
Banyak lagi station menarik di Farm in The City. Jungle Walk, Twilight Creatures, Exhibition Hall, Pony Ride...
Okeh itu saja yang aku nak share pengalaman unik kami di Farm in The City. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari www.fitc.com.my
Last but not least, paling orang nak tau kalau nak pergi ke sini. Berapa harga tiket Farm in The City. Okeh, ni list harga Normal Rate dengan Rate pemegang MyKad.
Normal rate: Dewasa RM55
Kanak-kanak atau warga emas RM45
Pemegang Mykad: Dewasa RM37
Kanak-kanak atau warga emas RM30
Pakej keluarga: RM125 (2 dewasa dan 2 kanak-kanak) beserta cenderamata dan baucer diskaun.
Untuk perhatian:
Harga untuk kanak-kanak ni bagi mereka yang berumur 11 tahun ke bawah. Kalau dah umur 12 tahun tu dah kira harga dewasa.
Bagi kanak-kanak yang mempunyai ketinggian bawah dari 90cm, masuk adalah PERCUMA.
Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba. Samyang Mala | dikenali juga Ramen Korea 4X Spicy. Dah lama aku tunggu kemunculannya. Kenapa dengan Samyang Mala ni ?
Padahal dah ada lama kat pasaran. Sebenarnya aku tunggu yang ada logo Halal tu. Bukan apa, dah ramai yang tanya bila nak buat Samyang Ramen Mala Challenge. Dengan ada logo halal ni baru la makan dengan yakin. Nah tengok komen-komen mereka dalam youtube Daus Redscarz Channel. 6 bulan lepas lagi dorang suruh review or buat challenge.
Harap dorang bertabah tunggu Samyang Mala Challenge dari Daus Redscarz. Aku pun tunggu gak sampai ada logo halal ni. Kalau tak kuar memang aku tak buat. Selain tu ramai yang tanya dalam youtube "halal ke ramen samyang ni ?" Okeh, baru ni kat pameran MIHAS 2018 (Malaysia International Halal Showcase) Ramen Samyang turut dipamerkan. JAKIM mengesahkan yang ramen-ramen samyang ni halal. Kalau ikutkan pengesahan JAKIM ni dari tahun 2016 lagi kata halal. Tapi masih ramai yang tanya halal ke tak. Mungkin sebab logo halal tu dari Halal Korea. Memang halal korea tu sah.
Okeh aku pun ambil maklum gak sebelum buat sesuatu tu. Risau kena kecam. Jom tengok video ChallengeSamyang Ramen Mala 4x Spicy ni.
Memang berasap oiii Samyang Mala ni. Memang patut dorang kata 4x lebih pedas. Yang Original, 2x spicy semua aku dah makan. Yang ni lagi pedas. Agak-agak aku boleh abiskan tak ? Haha korang layan video tu ok. Banyak lagi video challenge dari Daus Redscarz Channelkorang boleh klik sini. Jangan lupa SUBSCRIBE ok. Kalau sudi Sharelah video tu..
Kat mana nak beli Samyang Ramen Mala 4X Spicy Ramen ada logo Halal ? Buat masa ni kalau nak cari ramen mala ni ada jual online. Kalau nak cari kat kedai memang susah sikit. Kalau ada kompom yang takde logo halal tu lagi. Soalan-soalan lazim Samyang Ramen ni. Kat mana nak beli Samyang Ramen ni ? Halal ke samyang ramen ni ? Ramen mala ada logo halal ? Semua dah ada jawapan kat atas ni.
Assalamualaikum, selamat datang ke Blog Daus Redscarz. Harap pembaca semua sihat-sihat hendakya. Okeh cerita kali ni pasal MAGGI GORENG PEDAS GILER. Trending sekarang ni. Pedas sangat ke MAGGI Pedas Giler tu ? Ceritanya bermula begini, hari tu aku jalan-jalan beli barang kat hypermarket terjumpa la Maggi pedas giler ni. First time aku tengok maggi ni, mesti baru kuar ni. Ada 2 perisa, maggi pedas giler ayam bakar dengan maggi pedas giler tom yummz. Aku sebagai penggemar makanan pedas ni pantang tengok makanan pedas ni. Terus aku sambar 2 bungkus maggi pedas giler ni. Aku beli maggi ni sebab nak tau pedas ke tak pedas maggi ni. Agak-agak boleh lawan Ramen Samyang Korea ke tak.. Macam biasa makan sambil merakam diri sendiri makan haha. Nama pun challenge kan. Kenikmatannya hilang sikit sebab asyik tengok kemera je haha.. Pedas ke tak Maggi Pedas Giler ni ?? Layan dulu video ni... abaikan muka tu..
Kalau tak boleh play dari sini boleh click terus link bawah ni. Link Youtube : DAUS REDSCARZ CHANNEL Apapun aku share sikit review aku pasal MAGGI GORENG PEDAS GILER. Tahap kepedasan: Aku bagi dalam range 6/10. Pedas dia aku masih boleh makan tak minum air. Penggemar makanan pedas masih boleh ganti ramen samyang dengan maggi pedas giler. Harga : RM2.99-RM3.99 (bergantung pada kedai/hypermarket) Paling murah aku jumpa RM2.99. Kalau harga lebih dari RM4.00 tu mahal dah tu. Harga berpatutan dan murah dari Ramen Samyang. Jadi kalau teringin makan pedas ni boleh la beli Maggi Pedas Giler. Jimat sikit haha.. Rasa Perisa Ayam Bakar/Tom Yummz : Bagi aku dua-dua sedap. Yang tom yam ketara la rasa tom yam nya.. Tak puas hati : Aku tak puas hati sebab mee kecik, kalau terlambat buang air mee jadi lembik sikit. Tu je. Apapun korang try la nanti. Jangan lupa SUBSCRIBE DAUS REDSCARZ CHANNEL. Insya Allah ada banyak video-video baru akan datang. Maggi Pedas Giler Akif vs Aliah.
Sebut laksa je, Kuala Kangsar (kualer) antara yang terkenal dengan makanan laksa ni. Laksa kualer kome.. Aku sendiri dah experience banyak tempat kalau nak pekena laksa kat kualer ni.. Antara yang aku pernah pergi dan citer dalam blog, Laksa Lubuk Merbau Kuala Kangsar dan Laksa Pak Ngah Kuala Kangsar. Yang lain aku macam kat Lori Laksa Zimbo, kat pusat penjaja bawah lembah tu aku belum cerita lagi.
Jadi kali ni aku nak cerita Laksa Deris Telur Goreng Kuala Kangsar. Fuhh dah berkurun aku peram dalam draft tak setel-setel lagi mengarang haha. Terletak sekitar Sayong Kuala Kangsar, tak jauh dari Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah Kuala Kangsar.
Tudiaa, ini la Laksa Deris Telur Goreng (telur dadar) Kuala Kangsar. Fuhhh mantap gak ada kelainan, aku yang bukan peminat tegar laksa ni pun boleh abiskan sepinggan laksa ni. Kuah pun kaw, itu yang aku suka. Perghh terliur pulak tengok Laksa ni.. rasa macam nak repeat je.
Sekitar kawasan kedai Laksa Deris Telur Goreng Kuala Kangsar.
Kedai sangat simple dan klasik. Tengok dari luar macam takde orang tapi masuk dalam ramai orang rupanya haha.
Lempeng Pisang Laksa Deris Kuala Kangsar
Apa yang menarik lagi kat kedai Laksa Deris Telur Goreng Kuala Kangsar ni, ada lempeng pisang. Perghh lempeng pisang ni memang laku abis. Brapa kali pergi asyik abis je. Asal lambat je abis, asal abis je mesti lambat sampai la tu haha.. Antara Lempeng Pisang sedap di Kuala Kangsar ni. Tebal padat dengan isi kelapanya lagi..
Tudiaaaa memang terangkat la. Makan pulak panas-panas kat sana. Korang tau kenapa laku abis, bukan sebab sedap je, harga baru RM1 je sekeping ni. Lambat melepas la yop..
Minuman signature kat Laksa Deris ni, Air cincau gula hitam special..
Okeh macam biasa, possing dulu sebelum makan. Bhahaha.. Jemput makan ya semua.. Okeh kalau rasa teringin nak cuba korang boleh waze Laksa Deris Telur Goreng Kuala Kangsar ni. Atau korang tengok video bawah ni. Aku ada buat short vlog dalam Channel Youtube aku kalau nak pergi makan laksa deris ni.
Waktu operasi aku lupa nak tanya. Tapi kalau tutup tu sebelum Maghrib la. Kalau lambat-lambat nak datang, risau abis je. Selain laksa dan lempeng pisang ada Char Kuey Teow. Tunggu nanti nak aku try Char Kuey Teow tu pulak. Okeh selamat mencuba..
Hello guys, apa khabar ? Hari ni aku nak share video youtube kami iaitu video Bean Boozled Challenge. Okeh first of all, kalau korang nak tau bean boozled ni adalah candy atau gula-gula yang direka dengan pelbagai perasa. Semestinya ada yang sedap dan ada yang tak sedap. Dan yang tak sedap tu memang kaw-kaw tak sedap !!
Google image
Ada Dead fish, can dog food, booger, rotten egg dan lain-lain lagi.. Perghhh memang rasa nak termuntah kalau terkena..
Nah video Bean Boozled Challenge kami.. layan..
Jangan lupa subscribe Daus Redscarz Channel, LIKE, Korang boleh komen dan kalau sudi SHARE la video kami.. Terima kasih..