Wednesday, May 15, 2019

YouTube telah melancarkan Tab Story untuk Creators

Assalamualaikum w.b.t
Welcome to Daus Redscarz Blog... (Jeng Jeng Jeng)

Yo Guys, aku baru dapat info terbaru dari group komuniti youtube Malaysia. Kepada youtuber mahupun creators, YouTube kini  telah melancarkan satu tab baru dalam aplikasi YouTube mereka iaitu Tab Story | Tab Stories. Seperti mana yang kita sedia maklum Tab story ni dah ada di Instagram, Facebook mahupun di Whatsapp. Jadi sekarang YouTube sendiri telah lancarkan Tab Stories mereka. 

Story YouTube length berdurasi 30 saat. Boleh edit frame, edit background, edit text dan lain-lain. Stories ini boleh ditonton oleh Subscribers mahupun non-subscribers kita. 

Walauapapun, haa ni yang tak best ni, Tab Stories ni hanya boleh digunakan apabila creators mencapai satu tahap kelayakan yang ditetapkan oleh YouTube. Buat masa ni, untuk menggunakan tab stories ni, creators harus mempunyai 10K Subscribers dan ke atas. Jika ada creators yang baru melepasi 10K Subscribers, tab story ni akan mengambil masa 4 minggu untuk diaktifkan dalam aplikasi YouTube secara automatik.  

Tutorial menggunakan Tab Stories YouTube

Okeh guys, aku dah cuba try test menggunakan Tab Stories ni pada Aplikasi Mobile YouTube. Memang ada wujud story ni sebab aku punya channel Daus Redscarz ngam-ngam lepas. Mula-mula Klik pada button Upload video tu. Kuar la 4 icon berbeza. Kat bottom gambar ni.
4 icon tersebut iaitu Upload video, Live video, Story dan Post status. Okeh kita pilih Story. Macam biasa la, rekod video dan bla bla bla edit bagai dan kemudian bila dah post story tu nanti. Korang akan nampak tab stories akan berada di tengah tab community dan tab channels. (gambar bawah ni)
Okeh lepas tu kita klik pada tab stories, kuar la story kita macam kat gambar bawah ni. 
Story ini pun cobaan.. Aku dah post satu story, ada nampak icon mata tu tak ? Haa tu la bilangan orang yang view story kita. Dan pada stories kita pun dorang boleh tinggalkan komen. 
Ni contoh latest view dari Stories. Ada 17 mata melihat, cumanya kita tak pasti la sapa yang tengok. Sebab tekan icon mata tu tak kuar apa apa pun. YouTube Stories akan simpan video selama 7 hari. Kenapa ? Bagi peluang untuk creators dan fan respon pada video. Lebih kurang engaggement la dengan viewers. Pada aku ini merupakan satu platform yang positif untuk meningkatkan lagi Subscriber kita pada masa akan datang.  

Okeh guys tu saja info terkini. Buat masa ni aku tau boleh guna mobile YouTube App saja, guna Desktop tak jumpa. Jangan lupa SUBSCRIBE, tonton video dan Stories dari Daus Redscarz Channel.

Assalamualaikum...

4 comments:

  1. Nice. Tapi jauh lagi nK capai tu. Subs baru ada 3k

    ReplyDelete
  2. inilah yang mek tanya hari tu en aus. tapi masa tu tak release di malaysia lagi. tapi di luar negara dah ada. story kat youtube la pulok nanti

    ReplyDelete