Showing posts with label youtuber. Show all posts
Showing posts with label youtuber. Show all posts

Tuesday, January 1, 2019

Smartphone Oppo A3s Malaysia harga mampu milik

Assalamualaikum guys, okeh aku nak share sikit pasal Smartphone OPPO A3s yang baru aku UNBOXing beberapa hari lepas. Oppo A3s ni baru keluar lebih kurang pertengahan 2018. Kalau ikutkan masih baru lagi la walaupun dah beberapa bulan di pasaran. Aku sebenarnya nak suprisekan Aliah. Jadi alang-alang dah dapat phone baik aku unboxing skali, dapat la 2 video skali untuk content youtube Daus Redscarz.

Antara spesifikasi Smartphone OPPO A3s yang aku punya ni, 

6.2" Super Full Screen, 
Dual Camera Rear 
Rear Sensor 13-megapixel + 2-megapixel
Front Sensor 8-megapixel
Aperture
Front:f/2.2
Rear: f/2.2 + f/2.4


2GB RAM Qualcomm Snapdragon 450, 
16GB Storage, 
Battery 4230mAh. 

Jom tonton video unboxing Oppo A3s Smartphone bersama Daus Redscarz Channel.

Okeh juga tonton video suprisekan Aliah. Hadiah untuk Aliah Oppo A3s.

Okeh, kenapa aku kat mampu milik, harga sekitar RM599 dah boleh dapat smartphone yang canggih. Ketahanan bateri 4320maH tu.. Skrin besar pulak tu. Nak main game best, nak tengok youtube pun best. Sebenarnya Oppo A3s ada versi yang 32GB, 3GB Ram. Yang ni harga mahal sikit dalam RM799 kalau tak silap. 

Apapun korang tonton la video kami di Youtube Channel atau klik link di sini. DAUS REDSCARZ CHANNEL dan jangan lupa SUBSCRIBE channel kami untuk video-video menarik akan datang. 

Saturday, December 29, 2018

GSC memperkenalkan 4DX Cinema yang pertama di KLANG VALLEY

Salam guys, siapa sini kaki wayang ?? Ada ? Guys, hari ni aku nak share kat korang semua the latest technology, evolusi menonton wayang di pawagam. Korang yang kaki wayang dan bukan kaki wayang lepas ni pasti teruja dengan evolusi baru ni. Bermula dari Silent Film ke Digital Movie kemudian 3D Movie kini terbaru iaitu 4DX Movie. 


Apa itu 4DX ? 4DX bakal memberi pengalaman baru kepada penonton merasai aksi-aksi gegaran dan getaran dengan menggabungkan beberapa effect semasa menonton movie. Terdapat 20 effect berbeza, paling utama, tempat duduk berteknologi tinggi yang mampu bergerak-gerak seolah-olah kita naik roller coaster. Beberapa effect lain seperti, tiupan angin, water splash, rain drop, thunderstorm, lightning, snow, bubble, dan macam-macam lagi, seakan akan kita yang beraksi dalam movie tu. 



4DX Movie ini diperkenalkan oleh Golden Screen Cinemas (GSC) yang merupakan 4DX yang pertama di Klang Valley. Kedua di Malaysia, yang pertama di GSC Paradigm Mall JB, Johor Bahru. Aku antara orang pertama yang menonton movie di 4DX ni dan movie pertama ditayangkan ialah BUMBLEBEE. 

Jom tonton vlog, Apa itu 4DX dan pengalaman aku menyaksikan tayangan pertama 4DX Bumblebee di GSC 1 Utama. Daus Redscarz Channel

Pada 27 December 2018 berlangsung Launching 4DX di GSC 1 Utama. 

Koh Mei Lee, Chief Executive Officer, Golden Screen Cinemas says "After introducing 4DX nearly a year ago at GSC Paradigm JB, we are proud and excited to announce that we are finally bringing this game-changing cinema offering to movie-goers in the Klang Valley, who have been anticipating its availability. " 

Pengalaman aku sendiri yang menonton 4DX, memang puas hati. Gegaran dan getaran dalam movie dapat rasa. Aksi-aksi dalam Bumblebee movie memang banyak, semua effect dapat rasa. Kalau tengah aksi tu korang jangan pegang popcorn ok, kang bersembur kat penonton sebelah haha. Paling tak tahan, air pancut dari atas, boleh kebasahan oii.. Aku tak tau la kalau tengok 4DX Aquaman. Movie tu dalam air je kan. Silap silap macam kena pili bomba nanti haha (just kidding)

Korang sila terjah 4DX cinema ni, memang padu, memang puas hati. Tak boleh digambarkan dengan kata-kata bak kata pengacara majlis. Kena rasa sendiri beb baru feel. Sekarang ni ada kat GSC Paradigm Mall JB & terbaru GSC 1 Utama saja. Apapun, menyusul tahun 2019 nanti dua buah lagi akan dibuka, GSC IOI City Mall, Putrajaya & GSC Southkey, Johor Bahru. Orang Putrajaya mesti syokk ni.. 
 

Sedikit info tentang 4DX
4DX pertama di dunia dilancarkan di Seoul, Korea pada 2009

4DX Features

Motion seat
Heave (Up & Down)
Roll (Left & Right)
Pitch ( Foward & Back)
Sway + Twist (Move Side to Side)
Tickler
Vibration

Face Air
Water 
Scent
Bubble
Fog
Wind
Rain
Strobe
Snow
Rainstorm
Warm Air

Okeh guys itu saja sharing dari aku kali ni. Hope ada peluang lagi untuk sharing or review movies pada akan datang. Korang jangan lupa SUBSCRIBE channel youtube aku, video tentang vlog, parenting, family games, unboxing, food tasting & banyak lagi. Jumpa lagi. 


Monday, June 11, 2018

ASMR Keripik Pedas Maicih terkenal di Indonesia

Keripik Singkong Pedas MAICIH dari INDONESIA. Fuhh kerepek ubi kayu hangat di Indonesia. Ada pelbagai tahap kepedasan. Yang aku tau 03, 05 dan 10.. Ok level 03 yang sedang-sedang pedas, level 05 pedas dan level 10 paling pedas. Baru ni aku beli kat open booth sempena pra syawal. Aku pantang tengok benda-benda yang ada tahap kepedasan ni. Mesti nak try. Keripik Maicih ni tak pernah nampak dalam pasaran Malaysia. Itu juga antara sebab aku beli. Sebab makanan dari Indonesia. 

Okeh, yang ada stok level 03 dan level 05. Level 10 takde stok. Jadi aku buat video tasting level 03 dan 05 saja. Jom tonton video bawah ni.. pedas ke tak ?




Kat mana nak cari keripik ni ? Kat mana nak beli keripik Maicih ni ? Aku pun tak tau, sebab hari tu aku beli kat booth. Booth pun dah takde. Tapi kalau nak info, korang boleh tengok kat IG & Twitter : @infomaicih 

Okeh, jangan lupa subscribe DAUS REDSCARZ Channel dan share video kalau korang suka. Terima kasih banyak-banyak ya... 

Tuesday, May 29, 2018

Samyang Ramen Mala 4X Spicy Korea ada logo Halal

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba. Samyang Mala | dikenali juga Ramen Korea 4X Spicy. Dah lama aku tunggu kemunculannya. Kenapa dengan Samyang Mala ni ? 
Padahal dah ada lama kat pasaran. Sebenarnya aku tunggu yang ada logo Halal tu. Bukan apa, dah ramai yang tanya bila nak buat Samyang Ramen Mala Challenge. Dengan ada logo halal ni baru la makan dengan yakin. Nah tengok komen-komen mereka dalam youtube Daus Redscarz Channel. 6 bulan lepas lagi dorang suruh review or buat challenge. 
Harap dorang bertabah tunggu Samyang Mala Challenge dari Daus Redscarz. Aku pun tunggu gak sampai ada logo halal ni. Kalau tak kuar memang aku tak buat. 

Selain tu ramai yang tanya dalam youtube "halal ke ramen samyang ni ?" Okeh, baru ni kat pameran MIHAS 2018 (Malaysia International Halal Showcase) Ramen Samyang turut dipamerkan. JAKIM mengesahkan yang ramen-ramen samyang ni halal. Kalau ikutkan pengesahan JAKIM ni dari tahun 2016 lagi kata halal. Tapi masih ramai yang tanya halal ke tak. Mungkin sebab logo halal tu dari Halal Korea. Memang halal korea tu sah. 

Okeh aku pun ambil maklum gak sebelum buat sesuatu tu. Risau kena kecam. Jom tengok video Challenge Samyang Ramen Mala 4x Spicy ni. 
Memang berasap oiii Samyang Mala ni. Memang patut dorang kata 4x lebih pedas. Yang Original, 2x spicy semua aku dah makan. Yang ni lagi pedas. Agak-agak aku boleh abiskan tak ? Haha korang layan video tu ok. 

Banyak lagi video challenge dari Daus Redscarz Channel korang boleh klik sini. Jangan lupa SUBSCRIBE ok. Kalau sudi Sharelah video tu.. 




Kat mana nak beli Samyang Ramen Mala 4X Spicy Ramen ada logo Halal ? Buat masa ni kalau nak cari ramen mala ni ada jual online. Kalau nak cari kat kedai memang susah sikit. Kalau ada kompom yang takde logo halal tu lagi. 

Soalan-soalan lazim Samyang Ramen ni.
Kat mana nak beli Samyang Ramen ni ?
Halal ke samyang ramen ni ?
Ramen mala ada logo halal ?

Semua dah ada jawapan kat atas ni. 

Thursday, December 28, 2017

Bean Boozled Challenge di Daus Redscarz Channel

Hello guys, apa khabar ? Hari ni aku nak share video youtube kami iaitu video Bean Boozled Challenge. Okeh first of all, kalau korang nak tau bean boozled ni adalah candy atau gula-gula yang direka dengan pelbagai perasa. Semestinya ada yang sedap dan ada yang tak sedap. Dan yang tak sedap tu memang kaw-kaw tak sedap !!
Google image
Ada Dead fish, can dog food, booger, rotten egg dan lain-lain lagi.. Perghhh memang rasa nak termuntah kalau terkena..

Nah video Bean Boozled Challenge kami.. layan..

Jangan lupa subscribe Daus Redscarz Channel, LIKE, Korang boleh komen dan kalau sudi SHARE la video kami.. Terima kasih.. 




Friday, September 29, 2017

Viral Aisy Faheem umur 2 tahun hafal nama Dinosaurs

Viral Aisy Fahem yang umur baru 2 tahun dah boleh hafal nama-nama Dinosaur. Baru ni saja test Aisy Faheem teka nama-nama dinosaur ni sebab dia minat sangat Dinosaurs ni. Fuhh, sekali rakam je dia boleh bagi tau nama-nama dinosaur ni. 

Sebenarnya bukan semua dinosaur dia hafal tapi dalam 6 ekor gak tu. 6 tu pun dah kira hebat. Nama-nama dinosaur ni dah la panjang-panjang, pastu tergeliat lidah nak sebut. Haha korang tengok la video ni..


Jangan lupa SUBSCRIBE youtube channel kami di DAUS REDSCARZ CHANNEL. Kalau menarik kasi LIKE & SHARE..

Friday, September 15, 2017

Crocodile Dentist Challenge Malaysia Akif Vs Aliah

Pernah dengar permainan Crocodile Dentist tak ? Kalau translate ni macam doktor gigi buaya  !! Haa biar betul permainan ni. Tukang cabut gigi buaya eh ? Tak la, ni permainan je dengan toy dia. 

Main crocodile dentist ni senang je.. Buka mulut buaya tu, pastu tekan gigi dia. Sapa salah tekan kena gigit.. Ouchhh... Kalau nak main ni kena ada partner baru best. Pastu kena create rules masing-masing untuk sapa yang kena gigit. Baru la rasa gementar nak tekan gigi tu.. 
Kali ni Akif dan Aliah akan buat Crocodile Dentist Challenge dengan beberapa rules yang simple. Challenge kali ni aku bagi denda yang simple, mungkin akan datang buat lagi mencabar baru la best.. 
Boleh saksikan full video Crocodile Dentist Challenge Malaysia Akif Vs Aliah di Youtube
Okeh jangan lupa SUBSCRIBE, COMMENT dan tinggalkan LIKE pada video. Terima kasih.. Banyak lagi video akan datang..