Showing posts with label buffet hotel. Show all posts
Showing posts with label buffet hotel. Show all posts

Wednesday, August 16, 2017

Promosi Fabulous Merdeka Lunch sempena Merdeka Feast 2017 di Vivatel Kuala Lumpur

Ada sapa-sapa teringin nak lunch kat hotel ? Lunch murah-murah kat hotel ? Kot la dah tepu idea nak cari pot makan kat mana. Haha, tu sememangnya stendet. Meh nak bagi tau, sempena bulan Kemerdekaan ni, Vivatel Kuala Lumpur adakan promosi Fabulous Merdeka Lunch. Hanya RM38 seorang, korang boleh LUNCH (semi-buffet) kat hotel bertaraf 4 bintang tu..
Semalam aku berpeluang gather-gather dengan member merasa sendiri makan kat sini. Perghh senang cerita aku memang puas hati. Kenyang dan memang berbaloi.. Korang tau tak dengan harga serendah RM38 korang boleh pilih nak makan ikan siakap (seekor) atau ayam kampung (setengah ekor).. Ikan siakap pun besar-besar bak ang lebih kurang 500g gak sekor. 
Main Course
Ikan Siakap dan Ayam Kampung
Ikan siakap dan ayam kampung ni antara main course promosi ni. Korang pilih sendiri nak ayam ke ikan ke nanti chef akan gorengkan. Live Cooking.. Makan panas-panas... 
Ikan Siakap 
Ayam Kampung 
Kuah kari dan Masak lemak
Korang boleh makan dengan nasi dan disediakan kuah kari dan masak lomak. Terangkat ko... Member semalam siap bertambah-tambah nasi. 
Appetizer & Salad
Salad
Kalau nak salad pun ada siap dengan homemade dressing lagi. 
Ulam-ulam & acar jelatah
Makan ayam kampung, pekena dengan ulam-ulam memang pakej la. Marbellesss !!

Noodle & Pasta Station
Kalau tak nak makan nasi takpa, ada Noodles station dengan Pasta Station. 
Noodle Station
Setiap hari menu akan berubah, mee rebus, mee sup, mee kari dan lain-lain... 
Pasta Station
Nak pasta pun ada, pilihan di tangan korang nak makan apa, nak campur apa. Just pick up bagi je kat Chef. Perghh nak carbonara ke, nak tomato ? Pilih je...
Haaa ni yang aku pilih, Chef tolong masakkan. Carbonara aummm !!
Soup of The Day
Soup of the day
Prefered Western Cream Soup. 
Tudia segak-segak Chef ni.. Semalam menu mee rebus ! Sedap kuah dia... 
Haa ni haa LIVE COOKING ! Chef goreng depan-depan korang je. Tak hilang ayam ke ikan tu nanti.. Hahah gurau je. 
Nahhh belanja satu gambar... Aku pilih ikan siakap. Aumm besar tak ikan ni.. Bukan anak ikan ni.. Kikiki... Jap-jap ada lagi.. Ada dessert lagi... 
Dessert
Dessert
Memang worth it la kalau nak dikirakan. Ni kalau makan kat luar, ikan siakap sekor dah brapa ringgit dah. Belum benda lain-lain lagi.. Haa tunggu apa lagi, jom serbu...

Tempoh Promosi

Fabulous Merdeka Lunch
Semi Buffet  | Weekdays (Isnin - Jumaat ) 
1 - 30 Ogos 2017 | 12.00 petang - 3.00 petang
Dilanjutkan sehingga 16 September 2017 !!
RM38 nett per person

Vivatel Kuala Lumpur juga buat promosi pada Hari Merdeka nanti.

Merdeka Day Hi-Tea
Buffet | Khamis
31 Ogos 2017 | 12.30 petang - 4.00 petang
RM58 nett per person
RM48 (Warga emas dan kanak-kanak berumur 6-12 tahun)


Untuk maklumat lanjut atau tempahan korang boleh hubungi no di bawah..

Phone: (603) 9205 8888
Email: retro@vivatel.com.my
http://www.vivatel.com.my/

Wednesday, October 8, 2014

Buffet di Berjaya Times Square Hotel

29 & 30 September 2014, aku attend 2 hari Kursus kat Berjaya Times Square | Certified Training TCO!stream. Dengan successnya aku dapat attend, siap ada exam lagi. Yang exam tu aku tak sure lagi success ke tak. Apa yang aku nak share ni bukan pasal training aku tu tapi nak share apa yang aku makan kat sana. Hehe.. Dah training kat hotel, harapan nak makan mewah memang tinggi. So ni antara buffet yang aku makan. Korang tengok je la gambar bawah ni, ada yang ada caption ada yang takde caption, tak ingat pulak nama menu ni. Hehehe... ini 2 hari punya lunch tau, bukan sehari.
Seafood
Tandoori Snapper with potatoes


Kuey teow sup.. Terbaekk
Ayam percik dengan Potatoes..
Segala jenis kerabu, somtam, kerabu seafood, kerabu ayam..
Pemanis mulut..
Aiskrimmmmm..... nyummm..
Banyak lagi sebenarnya yang aku makan, lamb chop, stew, pizza dan lain-lain. Tak sempat nak ambik gambar. Tapi kali ni aku makan buffet tak ambik nasi. Kang ambik nasi tak leh merasa makanan lain. Makan nasi cepat kenyang. Boleh tahan lazat dan sedap makanan kat Berjaya Times Square Hotel ni. Alhamdulillah dapat makan free. Time kursus dapat la makan free.  Agak-agaknya berapa la harga per head ni. Okey la.. makan je kojenya.. Bam bam sudah..