Showing posts with label vivatel kuala lumpur. Show all posts
Showing posts with label vivatel kuala lumpur. Show all posts

Wednesday, August 16, 2017

Promosi Fabulous Merdeka Lunch sempena Merdeka Feast 2017 di Vivatel Kuala Lumpur

Ada sapa-sapa teringin nak lunch kat hotel ? Lunch murah-murah kat hotel ? Kot la dah tepu idea nak cari pot makan kat mana. Haha, tu sememangnya stendet. Meh nak bagi tau, sempena bulan Kemerdekaan ni, Vivatel Kuala Lumpur adakan promosi Fabulous Merdeka Lunch. Hanya RM38 seorang, korang boleh LUNCH (semi-buffet) kat hotel bertaraf 4 bintang tu..
Semalam aku berpeluang gather-gather dengan member merasa sendiri makan kat sini. Perghh senang cerita aku memang puas hati. Kenyang dan memang berbaloi.. Korang tau tak dengan harga serendah RM38 korang boleh pilih nak makan ikan siakap (seekor) atau ayam kampung (setengah ekor).. Ikan siakap pun besar-besar bak ang lebih kurang 500g gak sekor. 
Main Course
Ikan Siakap dan Ayam Kampung
Ikan siakap dan ayam kampung ni antara main course promosi ni. Korang pilih sendiri nak ayam ke ikan ke nanti chef akan gorengkan. Live Cooking.. Makan panas-panas... 
Ikan Siakap 
Ayam Kampung 
Kuah kari dan Masak lemak
Korang boleh makan dengan nasi dan disediakan kuah kari dan masak lomak. Terangkat ko... Member semalam siap bertambah-tambah nasi. 
Appetizer & Salad
Salad
Kalau nak salad pun ada siap dengan homemade dressing lagi. 
Ulam-ulam & acar jelatah
Makan ayam kampung, pekena dengan ulam-ulam memang pakej la. Marbellesss !!

Noodle & Pasta Station
Kalau tak nak makan nasi takpa, ada Noodles station dengan Pasta Station. 
Noodle Station
Setiap hari menu akan berubah, mee rebus, mee sup, mee kari dan lain-lain... 
Pasta Station
Nak pasta pun ada, pilihan di tangan korang nak makan apa, nak campur apa. Just pick up bagi je kat Chef. Perghh nak carbonara ke, nak tomato ? Pilih je...
Haaa ni yang aku pilih, Chef tolong masakkan. Carbonara aummm !!
Soup of The Day
Soup of the day
Prefered Western Cream Soup. 
Tudia segak-segak Chef ni.. Semalam menu mee rebus ! Sedap kuah dia... 
Haa ni haa LIVE COOKING ! Chef goreng depan-depan korang je. Tak hilang ayam ke ikan tu nanti.. Hahah gurau je. 
Nahhh belanja satu gambar... Aku pilih ikan siakap. Aumm besar tak ikan ni.. Bukan anak ikan ni.. Kikiki... Jap-jap ada lagi.. Ada dessert lagi... 
Dessert
Dessert
Memang worth it la kalau nak dikirakan. Ni kalau makan kat luar, ikan siakap sekor dah brapa ringgit dah. Belum benda lain-lain lagi.. Haa tunggu apa lagi, jom serbu...

Tempoh Promosi

Fabulous Merdeka Lunch
Semi Buffet  | Weekdays (Isnin - Jumaat ) 
1 - 30 Ogos 2017 | 12.00 petang - 3.00 petang
Dilanjutkan sehingga 16 September 2017 !!
RM38 nett per person

Vivatel Kuala Lumpur juga buat promosi pada Hari Merdeka nanti.

Merdeka Day Hi-Tea
Buffet | Khamis
31 Ogos 2017 | 12.30 petang - 4.00 petang
RM58 nett per person
RM48 (Warga emas dan kanak-kanak berumur 6-12 tahun)


Untuk maklumat lanjut atau tempahan korang boleh hubungi no di bawah..

Phone: (603) 9205 8888
Email: retro@vivatel.com.my
http://www.vivatel.com.my/

Wednesday, June 8, 2016

Vivatel Boutique Hotel Di Kuala Lumpur

Alhamdulillah rezeki dapat bawa anak-anak pergi bercuti ! Cuti sekolah 2 minggu tak bawa pergi mana pun lagi. Bukan main lagi ayat 'pergi bercuti' sekali dalam KL @ Kuala Lumpur je. Hahaha. Jadi la dari tak pergi mana kan.  

Dah beberapa hari minggu pertama cuti baru teringat dapat gift voucher (2 hari 1 malam) dari Vivatel Kuala Lumpur, apalagi terus aku call untuk book bilik. Yang paling aku teruja, bila dapat book bilik walaupun tengah cuti sekolah. Weekend pulak tu. Seronok giler, tak yah aku ambik cuti. Lokasi hotel dengan rumah hanya 15 minit je. Haha laluan aku pergi kerja. Hari-hari tengok hotel ni. Stay je belum. 
The Special Gift | Vivatel Boutique Hotel Di Kuala Lumpur 
Di kesempatan ini aku ambil la peluang bawa anak-anak ke sini. Yang penting dapat dok hotel dan hotel ada swimming pool. Itu dah cukup. Pergi jauh-jauh pun lebih kurang je. Lagipun tak plan bercuti ke mana-mana.
Kat Vivatel Boutique Kuala Lumpur ni di setiap tingkat ada theme @ tema yang berbeza-beza. Theme Water, Fire, Metal, Earth. Wow aku dapat tema bilik apa agak-agaknya ? Jangan bilik api sudah la.. Takut.. haha. 
Theme Earth
Fuhh bilik lawa, kemas dan menarik | tema bumi @ Earth
Bilik lawa menaikkan mood stay kat sini. Oh ya, kalau bawa anak-anak kena pesan jangan main pintu sebarangan kang terbuka pintu dinding boleh nampak bilik air hehehe.. Tengok gambar atas ni, cermin yang ada tuala lipat tu boleh buka. Jaga-jaga kalau tengah mandi ke tengah melabur ke, sekali pintu terbuka.. Mau terkejut beruk hahaha.. Bilik ni sesuai untuk couple ni. Romantik siot ! 

Swimming Pool
Part yang paling seronok untuk budak-budak dan bapak budak. Swimming Pool. Huh kalau nak mengadap pool 24 jam pun takpe. Selalu aku pergi hotel, pool tutup jam 7.00 malam tapi kat Vivatel tutup jam 8.00 malam. Wow extra sejam. Masih sempat lagi Maghrib..
Ada dua partition, 1 pool kanak-kanak dan 1 lagi pool dewasa. Yang pool kanak-kanak ni paras dalam atas lutut aku. Yang dewasa 1.4 meter. Okeh untuk pakaian mandi kena pakai swim attire lah kan. Kalau takde guna jersey boleh diterima. Pakai baju tshirt macam aku ni kantoi. Tak boleh. Masa ni aku redah je, ingatkan boleh. Bila guard datang terus tegur tak boleh pakai baju ni. Dah kena buka baju (tertayang kesadoan aku) hehehe.. "sokkey, it's my fault"..
Mandi puas-puas.. Haha masa ni takde sapa lagi mandi.. Seronok tengok bebudak ni mandi kolam. Petang mandi kolam, esok repeat lagi.. 

Masa kat pool tu, wife ada sembang dengan salah seorang mak budak yang stay kat hotel tu, dia pun cakap di stay kat KL gak. Saja stay kat hotel sini. Pergi jauh-jauh pun sama je. Letih drive lagi ada.. Kan.. Budak-budak ni dapat mandi pool pun dah memadai. 
Vivatel Boutique Hotel Di Kuala Lumpur
Extra featuring, nasib-nasib je ni.. Kebetulan hari tu bilik aku mengadap matahari terbit a.k.a sunrise ! Terbaekklahh bangun subuh-subuh boleh tengok sunrise. Rasa macam bukan dok kat KL je. Hahaha... Apapun pengalaman menarik walaupun hotel tak jauh dari rumah, rasa tetap macam dok hotel. Lagi satu Vivatel dengan Vivahome Shopping Mall setempat. Turun Lobby je terus boleh pergi mall. Layan gak Vivahome Shopping Mall ni. Ada MBO Cinema !

Vivatel Kuala Lumpur di http://www.vivatel.com.my/ 

Friday, April 29, 2016

Weekend Hi-Tea @ Retro Cafe Vivatel Kuala Lumpur

Tiba je cuti hujung minggu...................

"Teringin nak makan kat luar ? "
"Jemu la makan masakan sendiri ? "
" Nak makan kat luar tapi tak nak makan fastfood ? "
Nak cari tempat bergather-gather dengan keluarga atau kawan-kawan, tempat yang selesa dan berbaloi ?

Haha, inilah masalah yang sering berulang bila tiba cuti hujung minggu kan. Macam-macam pe'el haha. Ok kalau macam tu, aku nak syorkan kelainan untuk korang. 

Sebenarnya aku tertarik dengan promosi "Weekend Hi-Tea" di Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur. Macam-macam ada ! dan serius tempat ni sangat sesuai kalau nak gather-gather atau lepak pada hujung minggu. Makan kat hotel gitu. Bermula jam 12.30 petang - 4.00 petang setiap sabtu dan ahad.

Kenapa aku pilih kat sini ? 
Retro Cafe | Vivatel Kuala Lumpur
Tempat sangat selesa, kemas dan cantik. In Shaa Allah mood tenang aja.. 
Kalau citer bab makan-makan ni pasti ramai yang tertanya-tanya bab halal ke tak. Okey, kat sini Halal. Ini bukti Retro Cafe Vivatel ni ada sijil pengesahan Halal bersama Chef Ashar. Spoting orangnya.. Dan semua menu-menu ni disediakan oleh Chef Ashar. Wow hebat-hebat !

Jom kita usha menu apa yang ada untuk Hi-Tea di Retro Cafe, Vivatel.

Nak nasi lemak pandan ada, nasi ulam ada, nasi goreng pun ada ! 
Kuah-kuah sambal, kari ayam, kuah dalca..
Ulam-ulaman

Sudut Fried Quail / Chicken
Antara keistimewaan dan yang menarik kat sini ada burung puyuh, ikan siakap, ikan keli, ayam dan sosej yang telah diperap dengan rempah-rempa. Korang pilih la nak makan apa then bagi je kat pembantu chef tu tolong gorengkan. Fuhh, marbeless.. Meriah sangat makanan kat sini. 

Sudut Gerai-gerai | Booth section
Special Mee kari Urat Keting
Vietnamese Noodle Soup
Pasembor

Pizza and Bread
Pizza
Breads
Pizza dengan roti ni korang pilih sendiri nak letak ape. Perghh bake your own pizza la kiranya. Best konsep ni, korang nak makan apa, letak la, takde la membazir nanti. Kalau buat siap-siap ada yang tak makan ni la, ada yang tak makan sayur la.. Pastu korang boleh letak sos pilihan sendiri..  

Banyak lagi....
Steaming Dim Sum
Fried Wantan
Nyum3x.. Perghh sangat menggugat jiwa dan raga.. 
Crab cake, Karipap Ayam..

Pencuci mulut |Dessert 
ABC Ice Kacang
Fried Fruits
Buah-buahan
Layan smooties.. Fuhh terbaek !! 

Serius cakap makanan dan minuman yang disediakan sedap-sedap, banyak pulak tu. Aku puas hati ! Biasanya Hi-tea ni tak banyak sangat pilihan tapi kat Retro Cafe ni, aku sampai tak tau nak pilih apa. Haha.. Enjoying the moment.

Harga 1 pax RM48.00, sekarang tengah ada promosi menarik, kalau datang ramai-ramai. Datang 6 pax, bayar untuk 5 pax je. Kira macam beli 5 pax percuma 1 pax. Untung la, jadi lagi murah.

Untuk maklumat lanjut boleh check  bawah ni..


Untuk tempahan boleh hubungi : 03 9205 8888

Selamat berhujung minggu. Makan puas-puas ! Tiada lagi konflik hujung minggu korang. Haha..