Showing posts with label fitness. Show all posts
Showing posts with label fitness. Show all posts

Wednesday, September 14, 2016

Pull-up workout untuk Beginner | MADWARRIOR

Pull-Up Workout

Workout yang aku baru start ambik serius selain dari Push-UpSit-Up dan Cardio. Baru beberapa hari je aku mula serius tentang pull-up ni. Tapi sekadar beginner saja. Masih tercari-cari cara pull-up yang betul untuk beginner. Maklum la, berat sangat badan ni. Tak larat nak angkat badan wehhh.. Bila dah tau pasal kelebihan pull-up ni perghh lagi teruja pulak nak buat. 

So ni antara tips yang aku dapat untuk pull-ups workout for beginner. 
Source from Google, Pinterest.
Aku pernah bertanya kat seorang member yang main bar hari tu. Dia kata kalau tak boleh pull-up, buat push up dulu. Bila push up dah mantap boleh buat step 1 dan 2 kat atas, lepas tu turun push up. Ulang-ulang benda sama. Pelan-pelan nanti boleh naik sikit-sikit. 

Sama-sama kita cuba, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Haha teringin gak nak gayut-gayut macam dorang ni.. Aku masih tak mampu bergayut dengan lama. Aku masih susah nak angkat badan. Lagi satu dia bagitau buat Body Row kat atas tu, tu pun basic gak tu. Kaki kena lurus ke depan. Jangan bengkok, nanti tak rasa. Haa yang ni aku boleh la buat sikit-sikit.

Ni aku share sikit video yang aku boleh buat. tapi ni bukan pull-up. Ni bergayut haha.. Pull up @ Chin up aku tak mampu buat lagi. Huhu..

Lagi sebulan Mad Warrior Revolution 2016.
#TheMakingOfMadWarrior

Friday, September 2, 2016

Antara workout dan dietary dalam 3 minggu pertama | MADWARRIOR

Antara-antara workout awal yang aku buat dalam 3 minggu pertama. Benda yang paling aku tak suka iaitu lari @ jogging. Fuhh nak start lari ni aku sangat lemah. Nafas tak brapa nak tahan. Haha.. Kena paksa jugak la. Lari pelan-pelan dulu. Dapat 2km pun dah cukup untuk permulaan. Aku keep continue kejap 2km kejap 3km dan ada yang mampu sampai 5km..

WORKOUT

Bila pergi gym atau workout aku akan buat rutin-rutin dibawah ni.
Jogging 2km, 3km, 5km
Push up (between 30x-65x)
Sit up (between 30x-45x)
Burpees (25x)
Jumping jack (50x-150x)
Plank (20 saat, 30 saat, 40 saat)

Jom usha gambar bawah ni. Semua sumber atau details boleh baca dalam instagram aku. REDSCARZ IG..




DIETARY
Dietary aku pulak. Kurangkan makan nasi dan banyakkan makan protein. Makan ringan-ringan.. Kalau boleh aku ambil kalori yang kurang. Untuk seorang lelaki yang tengah berdiet mengambil sekurang-kurangnya 2000 kalori. Lagi kurang lagi cepat la turun. Kalau buat weight loss. Pengambilan kalori aku setakat ni tak lebih dari 1000 kalori sehari. Itu secara kiraan kasar. Kalau aku ambil nasi, aku akan makan suku atau separuh saja bergantung kepada workout. Kalau ada workout boleh ambil separuh nasi untuk bagi tenaga. Pastu bakar balik. Antara sumber-sumber protein aku ialah ayam, daging, ikan. 

Breakfast
Oat
Breat Toast
Scramble Egg
Sanwiches
Egg
Half Cooked egg

Lunch & Dinner
Roasted Chicken without rice,
Omelette
Blackpepper chicken 
Mix Vege
Mix Vege Omelette
Sup Ayam
Mihun Sup Daging
Capati without kuah
Tandoori Ayam

Drink (No sugar)
Juices
Warm water 
Plain water
Chia Seed
Green Tea

Tinggal 44 hari je lagi MAD WARRIOR REVOLUTIONS fuhhh sempat ke tak aku fit. Next ada workout baru. Tunggu !!

#themakingofmadwarrior

Wednesday, August 31, 2016

Hanya 2 bulan persediaan untuk Madwarrior Revolution

Bila dah register takkan nak berdiam diri. Aku dah la takde pengalaman masuk aktiviti-aktiviti lasak gini. Risau la stamina tak kuat. Jadi aku start buat countdown konon untuk plan workout aku. Countdown bermula 10 Ogos 2016 kira-kira (67 hari) bersamaan dengan 2 bulan 1 minggu. Entah cukup ke tak ? Tolak dengan masa kerja, family time dan lain-lain. 



Tengok la yang aku tanda ada km-km tu ada workout la. Kalau tak workout aku continue dengan diet. 

Berat aku sebelum start workout ni 86kg. Lepas raya berat naik mendadak. Memandangkan Madwarrior ni aku syak akan guna banyak upper body so aku kena cuba kurangkan berat badan aku. Kalau tak macam mana nak bergayut. Berat sangat. 

Aku akan kongsi rutin-rutin workout dan diet aku nanti.. 

#themakingofmadwarrior

Monday, August 29, 2016

Aku terjebak dengan Mad Warrior Revolution 2016

Kembali bersawang blog aku ni. Maklum la mood ke laut sekarang ni. Padahal banyak je benda nak cerita cuma malas tu terlebih sikit. Ni aku cuba kembali aktifkan blog aku. 
Kali ni aku kembali lagi dengan cerita fitness dan workout aku. Mungkin ada yang dah jemu baca tapi itulah aku. Workout workout workout pastu stop... then workout balik. Haha bermusim la kiranya. Musim ke brapa aku pun tak ingat. Tapi kali ni mungkin aku buat lebih sikit. Kenapa ? 

Kali ni ada matlamat ! Nak tau tak ?  Aku dah register masuk Mad Warrior Revolution. Apa Mad Warrior ni ? Gempak pulak bunyi. Mad Warrior ni ala-ala Spartan. Korang tengok la sendiri website ni. www.madwarrior.com Bila ? 16 Oktober 2016 di Morib Gold Coast. Lagi sebulan lebih je kot. Adehhhh... 

Macam tak caya aku register Mad Warrior ni. Tak pernah join running or trail tiba-tiba register. Bila masa dan bagaimana aku start terjebak pun aku tak ingat. Ada sapa-sapa join, roger-roger la. Takde geng ni.. 

Apapun... Let the workout begin.. 
#themakingofmadwarrior

Saturday, June 25, 2016

Cabaran 30 Hari #RedscarzIsBack | Fit Before Raya Part 3

Tinggal 5 hari saja lagi untuk tamat cabaran 30 hari #RedscarzIsBack | Fit Before Raya. Fuhh sangat menduga sekali sebab buat time puasa. Tak sempat workout, hanya bergantung kepada rutin pemakanan. Apapun ni adalah salah satu teknik turunkan berat badan tanpa bersenam atau workout. Tips penting ialah kurangkan kuantiti asal pemakanan yang selalu ambil. Contohnya kalau sebelum ni makan 2 pinggan, kurangkan ke 1 pinggan ker, kalau makan 1 pinggan, kurangkan separuh ker.. Ada hasilnya nanti. 

Okeh jom tengok result aku semalam. 

Tarikh mula : 1/6//2016
Tarikh Update : 24/6/2016
Berat Asal : 90kg
Berat semasa : 83kg
Target : 80kg
 (Tangkap gambar sebelum berbuka aci tak) Haha...
Ukuran lilitan pinggang : 41 1/2 inch
Ukuran semasa : 38 3/4 inch
Target : 37 inch
Berat tinggal 3 kg to go, saiz pinggang tinggal 1 3/4 inch lagi to go... Adeh macam tak tercapai je misi turunkan 10kg dalam masa 30 hari. Ok lah itu saja update untuk kali ni. Tunggu next update 30/6/2016 nanti.. Final result untuk cabaran 30 hari #RedscarzIsBack | Fit Before Raya ! 

Boleh baca entri sebelum...
Part 1
Part 2

Monday, June 20, 2016

Cabaran 30 hari #RedscarzIsBack | Fit Before Raya ! Part 2

Berkurun dalam draft tak update-update. Bizi bona lately.. Hadoii la.. Lambat pun takpe la janji ada rekod. So ni la rekod Cabaran 30 hari #RedscarzIsBack setakat 13/6/2016. 

Tarikh mula : 1/6//2016
Tarikh Update : 13/6/2016
Berat Asal : 90kg
Berat semasa : 84kg
Target : 80kg

Ukuran lilitan pinggang : 41 1/2 inch
Ukuran semasa : tak ukur
Target : 37 inch
Alhamdulillah dua minggu pertama berat aku berjaya susut 6kg. Sekarang berat aku dah 84kg. Boleh kata back to normal size aku. Penurunan mendadak mungkin sebab masuk bulan puasa. Boleh kata diet aku ni bergantung kepada pengawalan pemakanan. Berbuka nasi separuh makan lauk lebih. Kalau nak kata workout ke exercise ke memang terhad. Dalam tempoh 2 minggu ni baru 2 kali je turun gym. Haha 
20 minit berbasikal
Jalan kaki laju-laju 3km

Tinggal 10 hari je lagi nak tamat cabaran 30 hari #RedscarzisBack | Fit before raya nampak sukar sekali nak capai. Tengok result timbang baru-baru ni tak turun-turun lagi. Mungkin dah sampai part lemak tepu kot. Tu yang susah nak turun.. Apapun tunggu result next nanti.. 



#RedscarzIsBack

Tuesday, June 14, 2016

Bermula cabaran 30 hari #RedscarzIsBack | Fit Before Raya !

Musim diet kembali lagi ? Ntah kali ke berapa dah ni. Aku pun tak pasti. Kejap turun kejap naik ! Nak maintain tu payah tu. Ni aku dah berhenti lama. Paling lama pernah aku berhenti. Selalunya setahun sekali aku diet. Asal kantoi je mesti lepas raya. Huhu.. Ni aku nak start balik ! Last 1 jun 2016 berat aku cecah 90kg yang sebelum ni aku maintain 85/86 kg. Tak lebih tak kurang. Ni dah sampai 90kg teruk sangat dah tu. Sampai aku sendiri sesak nafas dan batuk-batuk ! Sakit weh sengsara rasanya. Nak tidur malam rasa macam sempit je pernafasan. Kena diet dah ni. Baju kemeja kerja saiz L pun dah padat !

Memandangkan dah masuk bulan puasa lagi senang la aku nak timing makan. Sehari makan 2x je dah CUT satu meal. Secara teorinya dah kurang kat situ sebab tolak makan tengahari. Bermulalah misi baru aku REDSCARZISBACK ! 


Tarikh mula : 1/6//2016

Berat Asal : 90kg
Target : 80kg

Ukuran lilitan pinggang : 41 1/2 inch
Target : 37 inch
Cabaran untuk 30 hari. Mampukah aku menurunkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa 30 hari. Mampukah aku mencapai target aku ! Tunggu entri-entri susulan update terkini ! 



#RedscarzIsBack

Thursday, March 13, 2014

AKU & GYM | #misi75kg SEBELUM JUN 2014

GYM dah buka!! Huh Tiba-tiba aku rasa satu macam aura. Masanya telah tiba untuk hapuskan lemak-lemak berlebihan ni.. Dah lama sangat menjadi parasit kat badan ni. Mission untuk merealisasikan Wishlist yang PERTAMA. Barang gym pun nampak dah banyak tambahan..



MISSION : ON
START: 17 MAC 2014
END: 31 MAY 2014 

Details akan di publish next entry..

Thursday, September 27, 2012

Berat Aku Naik 2kg

Berat aku naik pulak dah. Dah 82kg dah. Hampeh betul la, ni betul-betul menesting mental aku ni. Jemu plak aku fikir bila nak start balik. Gym ni pun bila nak complete ntah. Sempat aku gi usha progress gym 2 hari lepas. Suram je tanpa kardio set. Basikal takde, treadmill takde, macam mana nak kuar peluh banyak-banyak. Aku bukan suka jogging kat luar ni. Tahun 2012 nak abis dah wishlist aku 75Kg belum tercapai lagi.
Beginilah keadaannya. Bersih dah sudah, equipment baru tak masuk lagi. Huh.. kalau nak workout boleh dah. Kalau nak seribu daya. Mental lemah aku ni. Nak gak tunggu treadmill.
Dumbell set pun dah kurang. Dengar kata banyak hilang. Adeh manusia ni betul-betul la. Dah la gym free use, ko gi curi pulak barang. Sedih, kalau time ramai-ramai datang kena tunggu turn plak nak pakai. Hmm takpe lah esok aku gi teambuilding, harap-harap boleh bakar kalori lebih. Tungguuu....

Ada je kena tag pasal alpha lipid + sdII. tapi aku nak try without supplement.

Tuesday, September 18, 2012

Terpaksa aku tangguh lagi

Dah dua bulan aku tak workout, bulan Ramadan dan bulan Syawal. Ingatkan lepas Ramadan tu terus sambung workout alih-alih terlajak. Segala bagai ada buat jamuan raya. Aku dah try kawal makan dah, tapi rasa macam ada skit naik. Elok je bulan Ramadan hari tu dah turun, ish takleh jadi ni. Kalau tak sia-sia usaha aku sebelum ni.
So, katanya hari ni start balik, dah semangat dah nak gi gym ofis lunch hours. Baju, seluar, kasut semuanya siap.  Maka dengan confidentnyer aku gi jmpa pakgad nak ambik kunci. Sekali pak gad cakap Gym tutup ada renovation. Adeh, potong betul la. Alamatnya aku kena tangguh lagi la jawabnya. Nak buat kat rumah payah pulak rasanya.
Pastu aku sembang-sembang ngan pakgad tu dia cakap lepas renovate ni akan masuk equipment2 baru, segala-galanya baru kot. Wahh pasni boleh beraksi dengan lebih semangat la.. Yahoo.. tp bila nak siap? Seminggu? 2 Minggu? Ke sebulan? Tentative..


Nota kaki :: Padan la pun nak tukar baru, dah bertahun-tahun kot.

Wednesday, August 29, 2012

Tuesday, August 14, 2012

Berat Aku Turun Lagi..

Sepanjang bulan Ramadan ni aku tak turun GYM, senaman pun kurang, rasanya baru 2 kali kot turun berbadminton. Aku yakin walaupun tidak workout bulan Ramadan ni, berat aku akan turun jugak. Semua pun pakat turun berat badan gak kan.. kalau ada yang naik tu memang tak tau la kan. Jeng jeng jeng.... inilah result hari ni.
Ini adalah statistik penurunan yg aku rekodkan.

Date            Weight(kg)  Loss(kg)
18.4.2012        89.9   
25.4.2012        88.7            1.2
02.5.2012        87.1            1.6
07.5.2012        86.4            0.7
14.5.2012        85.8            0.6
18.5.2012        85.0            0.8
24.5.2012        84.1            0.9
31.5.2012        83.1            1.0
15.7.2012        82.1            1.0
27.7.2012        80.9            1.2 
14.8.2012        78.3            2.6

Last aku timbang berat pada 27.7.2012 (80.9kg) - hari ni 14.8.2012 (78.3kg) turun lagi 2.6kg
PreviousEntry gain total loss up to 11.6kg
Raya dah makin dekat ni. Berjaya atau tidak aku mentenkan berat badan aku nanti. Atau sebaliknya.. Kita tunggu dan lihat update nanti. InsyaAllah pada 27.8.2018 (reminder pls)

Monday, August 6, 2012

Peralatan Asas Aku Untuk Workout

Kalau lah aku ada rumah besar yang banyak bilik, aku buat satu bilik gym. Tapi tidak berkemampuan lagi. Tapi tak mampu buat cara tak mampu lah kan. Tapi ia tak membantutkan niat aku. So aku beli sikit-sikit peralatan workout ni. Ni antaranya:

1.Dumbbell(yang pendek) & 2.Barbell (yang panjang) - 
Untuk tangan dan dada secara umumnya.
3.Yoga Mat - Penting untuk keselesaan workout di rumah.

4.Push Up Bar
Untuk tekan tubi bak kata orang dulu-dulu, bar ni untuk bagi tekanan yang kuat memberi kesan yang cepat.
5.Roller
Digunakan untuk abs. Kuatkan otot perut. Sangat bagus.
 6.bar kecik warna biru
7. hand grip - boleh bawa ke mana-mana.
8.Skipping rope - yang ni takleh la main dalam rumah. Try la skipping 2,3 minit non-stop kalau tahan tu power tu.
Tak semestinya kena ada peralatan-peralatan ni baru boleh workout, banyak cara workout tanpa peralatan.Cuma anda kena rajin sikit search. Pastu sila google dulu cara penggunaan alat-alat ini, kerana teknik penggunaan yang salah akan menyebabkan silap urat, sakit tulang belakang ataupun kemalangan.

Peralatan ini semua mudah didapati di pasaraya Tesco, Giant mahupun Carefour. Harga berpatutan, sila buat survey dulu sebelum membeli kerana berlainan harga.

Wednesday, August 1, 2012

Sebelum dan Selepas

Nak tanya tips sila komen. Dalam masa 3 bulan saja. Hehe poyo giler letak gambar ni. Cam promote diri je. Aku dah kawin dan ada 2 orang anak la. Tapi lantaklah kan berat aku dah turun. Tanda kehepian aku, sapa lagi nak puji kalau bkn diri sendiri.. Buat masa ni terdorong nak diet sebab faktor kesihatan. Nak tengok statistik penurunan berat aku klik kat sini.  

Nak tips lagi? Komen or follow aku. Akan aku update lg.. Daaa..

Monday, July 30, 2012

Men's Fitness Magazines Pendorong Aku

Aku teringin badan sebegini. Agak melampau gak angan-angan aku ni. Tapi tiada yang mustahil. Mau tak mau je. Kena ada motivasi, mental strength,  penjagaan makanan dan workouts yang terancang. Apapun aku baca je lah majalah ni sambil-sambil tengok tips yang diberikan. Motivate la sikit kan. Nak JADI mcm dalam majalah ni tak leh jamin la sbb pemakanan kita kat malaysia ni terlalu menggugat, pastu peralatan terhad. Dok harapkan Gym percuma je. Haha..
Julai 2012
May 2012
Februari 2012
101 Best Exercise - Tanpa profesioanal trainer boleh gak follow buku ni. Tapi kena tau jugak la basic-basicnya. Kalau tak kang lain otot yang terkeluar kang. hehe..
 Men's Fitness Magazine UK Edition. Murah sikit RM9.90 berbanding edisi yang lain.


Apapun setakat ni aku dah turun 9kg. Iaitu dari 89.9kg pada 18 April 2012 sehingga 27.7.2012 80.9kg

Ini adalah statistik penurunan yg aku rekodkan.

Date            Weight(kg)  Loss(kg)
18.4.2012        89.9   
25.4.2012        88.7            1.2
02.5.2012        87.1            1.6
07.5.2012        86.4            0.7
14.5.2012        85.8            0.6
18.5.2012        85.0            0.8
24.5.2012        84.1            0.9
31.5.2012        83.1            1.0
15.7.2012        82.1            1.0
27.7.2012        80.9            1.2

Anggaran dalam 3 bulan 1 Minggu = turun 9kg. Ok tak?