Showing posts with label race. Show all posts
Showing posts with label race. Show all posts

Wednesday, September 14, 2016

Pull-up workout untuk Beginner | MADWARRIOR

Pull-Up Workout

Workout yang aku baru start ambik serius selain dari Push-UpSit-Up dan Cardio. Baru beberapa hari je aku mula serius tentang pull-up ni. Tapi sekadar beginner saja. Masih tercari-cari cara pull-up yang betul untuk beginner. Maklum la, berat sangat badan ni. Tak larat nak angkat badan wehhh.. Bila dah tau pasal kelebihan pull-up ni perghh lagi teruja pulak nak buat. 

So ni antara tips yang aku dapat untuk pull-ups workout for beginner. 
Source from Google, Pinterest.
Aku pernah bertanya kat seorang member yang main bar hari tu. Dia kata kalau tak boleh pull-up, buat push up dulu. Bila push up dah mantap boleh buat step 1 dan 2 kat atas, lepas tu turun push up. Ulang-ulang benda sama. Pelan-pelan nanti boleh naik sikit-sikit. 

Sama-sama kita cuba, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Haha teringin gak nak gayut-gayut macam dorang ni.. Aku masih tak mampu bergayut dengan lama. Aku masih susah nak angkat badan. Lagi satu dia bagitau buat Body Row kat atas tu, tu pun basic gak tu. Kaki kena lurus ke depan. Jangan bengkok, nanti tak rasa. Haa yang ni aku boleh la buat sikit-sikit.

Ni aku share sikit video yang aku boleh buat. tapi ni bukan pull-up. Ni bergayut haha.. Pull up @ Chin up aku tak mampu buat lagi. Huhu..

Lagi sebulan Mad Warrior Revolution 2016.
#TheMakingOfMadWarrior

Friday, September 2, 2016

Antara workout dan dietary dalam 3 minggu pertama | MADWARRIOR

Antara-antara workout awal yang aku buat dalam 3 minggu pertama. Benda yang paling aku tak suka iaitu lari @ jogging. Fuhh nak start lari ni aku sangat lemah. Nafas tak brapa nak tahan. Haha.. Kena paksa jugak la. Lari pelan-pelan dulu. Dapat 2km pun dah cukup untuk permulaan. Aku keep continue kejap 2km kejap 3km dan ada yang mampu sampai 5km..

WORKOUT

Bila pergi gym atau workout aku akan buat rutin-rutin dibawah ni.
Jogging 2km, 3km, 5km
Push up (between 30x-65x)
Sit up (between 30x-45x)
Burpees (25x)
Jumping jack (50x-150x)
Plank (20 saat, 30 saat, 40 saat)

Jom usha gambar bawah ni. Semua sumber atau details boleh baca dalam instagram aku. REDSCARZ IG..




DIETARY
Dietary aku pulak. Kurangkan makan nasi dan banyakkan makan protein. Makan ringan-ringan.. Kalau boleh aku ambil kalori yang kurang. Untuk seorang lelaki yang tengah berdiet mengambil sekurang-kurangnya 2000 kalori. Lagi kurang lagi cepat la turun. Kalau buat weight loss. Pengambilan kalori aku setakat ni tak lebih dari 1000 kalori sehari. Itu secara kiraan kasar. Kalau aku ambil nasi, aku akan makan suku atau separuh saja bergantung kepada workout. Kalau ada workout boleh ambil separuh nasi untuk bagi tenaga. Pastu bakar balik. Antara sumber-sumber protein aku ialah ayam, daging, ikan. 

Breakfast
Oat
Breat Toast
Scramble Egg
Sanwiches
Egg
Half Cooked egg

Lunch & Dinner
Roasted Chicken without rice,
Omelette
Blackpepper chicken 
Mix Vege
Mix Vege Omelette
Sup Ayam
Mihun Sup Daging
Capati without kuah
Tandoori Ayam

Drink (No sugar)
Juices
Warm water 
Plain water
Chia Seed
Green Tea

Tinggal 44 hari je lagi MAD WARRIOR REVOLUTIONS fuhhh sempat ke tak aku fit. Next ada workout baru. Tunggu !!

#themakingofmadwarrior

Wednesday, August 31, 2016

Hanya 2 bulan persediaan untuk Madwarrior Revolution

Bila dah register takkan nak berdiam diri. Aku dah la takde pengalaman masuk aktiviti-aktiviti lasak gini. Risau la stamina tak kuat. Jadi aku start buat countdown konon untuk plan workout aku. Countdown bermula 10 Ogos 2016 kira-kira (67 hari) bersamaan dengan 2 bulan 1 minggu. Entah cukup ke tak ? Tolak dengan masa kerja, family time dan lain-lain. 



Tengok la yang aku tanda ada km-km tu ada workout la. Kalau tak workout aku continue dengan diet. 

Berat aku sebelum start workout ni 86kg. Lepas raya berat naik mendadak. Memandangkan Madwarrior ni aku syak akan guna banyak upper body so aku kena cuba kurangkan berat badan aku. Kalau tak macam mana nak bergayut. Berat sangat. 

Aku akan kongsi rutin-rutin workout dan diet aku nanti.. 

#themakingofmadwarrior

Monday, August 29, 2016

Aku terjebak dengan Mad Warrior Revolution 2016

Kembali bersawang blog aku ni. Maklum la mood ke laut sekarang ni. Padahal banyak je benda nak cerita cuma malas tu terlebih sikit. Ni aku cuba kembali aktifkan blog aku. 
Kali ni aku kembali lagi dengan cerita fitness dan workout aku. Mungkin ada yang dah jemu baca tapi itulah aku. Workout workout workout pastu stop... then workout balik. Haha bermusim la kiranya. Musim ke brapa aku pun tak ingat. Tapi kali ni mungkin aku buat lebih sikit. Kenapa ? 

Kali ni ada matlamat ! Nak tau tak ?  Aku dah register masuk Mad Warrior Revolution. Apa Mad Warrior ni ? Gempak pulak bunyi. Mad Warrior ni ala-ala Spartan. Korang tengok la sendiri website ni. www.madwarrior.com Bila ? 16 Oktober 2016 di Morib Gold Coast. Lagi sebulan lebih je kot. Adehhhh... 

Macam tak caya aku register Mad Warrior ni. Tak pernah join running or trail tiba-tiba register. Bila masa dan bagaimana aku start terjebak pun aku tak ingat. Ada sapa-sapa join, roger-roger la. Takde geng ni.. 

Apapun... Let the workout begin.. 
#themakingofmadwarrior