Showing posts with label lexis. Show all posts
Showing posts with label lexis. Show all posts

Wednesday, September 16, 2015

Lexis Port Dickson | antara hotel mewah di Port Dickson

Ini kali kedua aku menginap di Lexis Port Dickson ni. Dulu aku stay kat bawah tu | Chalet atas air. Kali ni aku stay kat tower pulak. Nak rasa gak pengalaman lain-lain. Aku stay tingkat 10 dan menghadap laut | Lexis Seaview. So ini lah pemandangan dari balkoni aku. Kalau melihat matahari terbenam dari sini memang terbaek. Kali ni aku datang tak sempat mengadap matahari terbenam sebab ada urusan lain.
Chalet atas air Lexis Port Dickson
Pemandangan sungguh indah di Lexis Port Dickson
Fuh santai lepak-lepak depan balkoni sambil menikmati udara laut. Angin sepoi-sepoi je. Kalau tengahari agak panas la, kalau petang dan awal pagi memang cun. Okeh meh nak tunjuk sikit bilik aku stay... 
Tudiaaa bilik!!!! Cantik bangat bilik ni. Rasa macam tak nak keluar je dari bilik ni. Hehe, katil ada 2 sebenarnya, kat belakang aku ni ada satu lagi katil. Besar sangat bilik ni, kalau bawa family memang puas hati.
 
Ruang sinki dan bilik mandi diasingkan. Bilik mandi dan tandas juga diasingkan. 
Depan bilik mandi ada bath tub lagi. Memang ohsemm la, kalau anak-anak tengok pasti teruja nak berendam dalam ni... Setakat ni aku baru pergi Lexis PD ni je, belum lagi jejak kaki ke Grand Lexis Port Dickson atau Lexis Hibiscus Port Dickson. So tak tau apa perbezaan antara mereka-mereka ni.

Boleh baca pengalaman pertama aku kat Lexis PD
Chalet Atas Air Lexis Port Dickson
Chalet Lexis Port Dickson

Ke semua gambar diambil menggunakan kamera SJCAM 5000

Saturday, February 28, 2015

Chalet atas air memang terbaik | Lexis Port Dickson

LEXIS Port Dickson | Smart Living Above Sea katanya.. Antara hotel yang berbintang-bintang (4 Bintang) kat Port Dickson ni. Fuhh tak sangka dapat stay kat sini. Lexis PD ni terletak di Daerah Port Dickson. Kalau nak ke sini kena exit ikut Lukut lagi dekat. Dari Kuala Lumpur ke sini naik kereta tak sampai 2 jam. Itu kalau tak jem la. Kalau jem tu lain cerita pulak. Haha..
Lobi Hotel

Shuttle Cart 
Untuk apa shuttle cart ni? Haa nanti tengok kenapa! Lexis hotel ni memang wajib ada pengangkutan shuttle ni. 
Map Lexis Port Dickson
Haa ni la sebabnya.. Boleh tahan jauh jugak location chalet ni. Tapi lagi jauh lagi best sebab nampak lagi clear pemandangan laut. Hehe.. Aku dok kat Chalet Antarctica no 099. Hujung sekali.. Memang terbaek!!! 
Pemandangan dari Parking kereta Lexis. 
Ni pengalaman pertama aku stay kat chalet atas air ni | Atas laut kot. Serius aku teruja. Kalau sapa minat memancing memang pot baik ni. Ada ikan takde ikan ni belakang kira. Santai-santai kan.. Dari dalam chalet pun boleh kuar pancing, tahan sangkar ketam tu ker. Memang seronok..
Sunset kat Lexis Port Dickson
Kat hujung ni ada Gazebo, tempat duduk-duduk ambik angin, tempat photoshoot, tempat mancing dan ikut suka hati la nak buat ape. Haha. Nanti aku citer dalam chalet tempat aku stay ni. Tak sempat nak tulis. Ngantuk!! 

Antara fasiliti yang ada kat Lexis Port Dickson, Pool, GYM, bola tampar pantai, memanah, bola sepak pantai, berbasikal, KTV, sauna..