Showing posts with label lexis port dickson. Show all posts
Showing posts with label lexis port dickson. Show all posts

Wednesday, September 16, 2015

Lexis Port Dickson | antara hotel mewah di Port Dickson

Ini kali kedua aku menginap di Lexis Port Dickson ni. Dulu aku stay kat bawah tu | Chalet atas air. Kali ni aku stay kat tower pulak. Nak rasa gak pengalaman lain-lain. Aku stay tingkat 10 dan menghadap laut | Lexis Seaview. So ini lah pemandangan dari balkoni aku. Kalau melihat matahari terbenam dari sini memang terbaek. Kali ni aku datang tak sempat mengadap matahari terbenam sebab ada urusan lain.
Chalet atas air Lexis Port Dickson
Pemandangan sungguh indah di Lexis Port Dickson
Fuh santai lepak-lepak depan balkoni sambil menikmati udara laut. Angin sepoi-sepoi je. Kalau tengahari agak panas la, kalau petang dan awal pagi memang cun. Okeh meh nak tunjuk sikit bilik aku stay... 
Tudiaaa bilik!!!! Cantik bangat bilik ni. Rasa macam tak nak keluar je dari bilik ni. Hehe, katil ada 2 sebenarnya, kat belakang aku ni ada satu lagi katil. Besar sangat bilik ni, kalau bawa family memang puas hati.
 
Ruang sinki dan bilik mandi diasingkan. Bilik mandi dan tandas juga diasingkan. 
Depan bilik mandi ada bath tub lagi. Memang ohsemm la, kalau anak-anak tengok pasti teruja nak berendam dalam ni... Setakat ni aku baru pergi Lexis PD ni je, belum lagi jejak kaki ke Grand Lexis Port Dickson atau Lexis Hibiscus Port Dickson. So tak tau apa perbezaan antara mereka-mereka ni.

Boleh baca pengalaman pertama aku kat Lexis PD
Chalet Atas Air Lexis Port Dickson
Chalet Lexis Port Dickson

Ke semua gambar diambil menggunakan kamera SJCAM 5000

Monday, March 16, 2015

Romantika Cinta | Chalet Lexis Port Dickson

Terlupa pulak nak share gambar dalam bilik Lexis Port Dickson ni. Adeh, terpending pulak. Kesinambungan dari entri Chalet atas air | Lexis Port Dickson[klik]. Tiada berkesempatan nak update blog. Adoyai... semakin banyak pulak kerja hakiki... Apa pun meh jamu mata dengan gambar yang aku ambik.
Haa mula-mula tunjuk la view chalet atas air ni. Kalau terjun dalam laut ni pun takpe, cetek je rupanya. Nampak macam dalam je. Tapi tak sio teman nak torjun. Takutt.. Hehe...

Masuk-masuk bilik tu diaaa... 
Perghh.. Aku nampak ni dulu, keterujaan pulak tengok dalam chalet ni. Nampak romantik kot. Ini kalau pergi honeymoon best ni.
 
Bilik air, ada bath tub tu, boleh masuk berdua dalam tu.. Ini kalau bawa anak-anak mesti suka. Tak kuar bilik pun takpe. Haha.
Haa, korang nampak apa yang bersinar segiempat tu... itu lantai cermin??? Wow..boleh nampak air laut kat bawah chalet. Haha gayat tak? Pijak tak pecah pun tapi kalau jalan atas cermin tu rasa gayat jugak la kalau yang tak biasa. Silap-silap ada sampan lalu bawah tu. Haha.. Hati-hati nanti kena skodeng.. :p
Bilik air nampak biasa je tapi korang nak tau tak bumbung bilik air ni boleh buka. Tak jumpa gambar la pulak. Nanti aku jumpa aku edit balik. Kalau mandi malam-malam boleh nampak bintang, bulan, planet-planet mengelilingi orbit, komet, kapal terbang (jgn percaya ini semua karut) haha.. Nampak awan je la..
Ni tempat beradu aku. Ada hiasan kat atas siling tu nampak romantis.
Yang tali kat dinding ni la untuk buka atap bilik air tu. Apasal letak blah tempat tidur. Letak la dalam bilik air jugak. Tau la motifnya. Ini kalau tengok tanpa baca note kat dinding tu aku tak tau apa function tali tu. Aku mula-mula ingat nak ejas kelambu kat siling tu. Huh punya malas nak baca kan.
Ruang tv dan Almari pakaian. Yang ni standard semua tempat sama je. Peti ais dok bawah tv, peti besi dok dalam almari.


Dan yang paling best sekali is.. 
Ruang balkoni chalet ni.. Bilik nombor 99 ni mengadap ke lautan. Cuak pun ada, teruja pun ada.. Leh lepaking menghirup udara laut. Pepagi sedap la. Tengahari bahang. Kalau nak memancing kat sini memang pot baik. Sambil-sambil mancing lepak dengan 2,3 geng samblil makan kopok kat luar ni.
Last but not least, tengok gambar bawah ni. Sebelum malam berkunjung tiba...
Best je kan, pemandangan laut. Boleh nampak kat laut ada pelantar tempat kapal-kapal singgah. Kerlipan lampu-lampu di lautan. Kapal-kapal silih berganti. Huh, bermadah-madah pulak tulisan aku ni. Patut takleh siap entri... Kbai.

Saturday, February 28, 2015

Chalet atas air memang terbaik | Lexis Port Dickson

LEXIS Port Dickson | Smart Living Above Sea katanya.. Antara hotel yang berbintang-bintang (4 Bintang) kat Port Dickson ni. Fuhh tak sangka dapat stay kat sini. Lexis PD ni terletak di Daerah Port Dickson. Kalau nak ke sini kena exit ikut Lukut lagi dekat. Dari Kuala Lumpur ke sini naik kereta tak sampai 2 jam. Itu kalau tak jem la. Kalau jem tu lain cerita pulak. Haha..
Lobi Hotel

Shuttle Cart 
Untuk apa shuttle cart ni? Haa nanti tengok kenapa! Lexis hotel ni memang wajib ada pengangkutan shuttle ni. 
Map Lexis Port Dickson
Haa ni la sebabnya.. Boleh tahan jauh jugak location chalet ni. Tapi lagi jauh lagi best sebab nampak lagi clear pemandangan laut. Hehe.. Aku dok kat Chalet Antarctica no 099. Hujung sekali.. Memang terbaek!!! 
Pemandangan dari Parking kereta Lexis. 
Ni pengalaman pertama aku stay kat chalet atas air ni | Atas laut kot. Serius aku teruja. Kalau sapa minat memancing memang pot baik ni. Ada ikan takde ikan ni belakang kira. Santai-santai kan.. Dari dalam chalet pun boleh kuar pancing, tahan sangkar ketam tu ker. Memang seronok..
Sunset kat Lexis Port Dickson
Kat hujung ni ada Gazebo, tempat duduk-duduk ambik angin, tempat photoshoot, tempat mancing dan ikut suka hati la nak buat ape. Haha. Nanti aku citer dalam chalet tempat aku stay ni. Tak sempat nak tulis. Ngantuk!! 

Antara fasiliti yang ada kat Lexis Port Dickson, Pool, GYM, bola tampar pantai, memanah, bola sepak pantai, berbasikal, KTV, sauna..