Monday, September 24, 2012

Keputusan Liverpool vs Manchester United

Robin Van Persie (pic bawah) memastikan 3 mata penuh buat Manchester United dalam aksi yang dramatik pertemuan Liverpool vs Manchester United. Cukup panas, memang panas, terasa bahangnya. Rasanya fan Liverpool tak senang duduk. Setelah pemain mereka, J.Shelvey dibuang padang minit ke-39. Apapun kedudukan masih terikat 0-0 pada separuh masa pertama. Liverpool berjaya mendahului United dengan 1-0 minit ke-46 hasil jaringan Steven Gerrard. Bagaimanapun United tidak menunggu lama, 5 minit kemudian Rafael da Silva menyamakan kedudukan 1-1. Minit ke-81 United dihadiahkan sepakan penalti setelah Valencia dijatuhkan di dalam kotak penalti. Robin Van Persie menyempurnakan sepakan penalti dan memastikan gol kemenangan buat United.
Selepas 5 perlawanan United berada ditangga kedua selepas Chelsea. Manakala Liverpool di ke tiga. Eh tiga dari bawah. Maaf. Berita gembira jugak buat fan United, Manchester City terikat 1-1 dengan Arsenal menjadikan dua-dua kelab ni drop point. Glory Glory Man United.

4 comments: