Friday, September 21, 2012

Panas-Panas!! Game panas..

Hujung minggu ni pasti minggu panas buat peminat bolasepak, mana taknya game panas-panas, buku bertemu ruas, kuku bertemu jari, eh, ada ker? Bukan takat peminat club masing-masing yang tunggu game ni. Bahkan lalang-lalang turut tumbuh merata-rata. Dorang ni tunggu nak membahan je. Dan yang pasti lebih tegang game Liverpool vs Manchester United. Aku sebagai peminat setia Manchester United tetap mengharapkan kemenangan. Kalau Liverpool menang korang tau je alasan fan dorang nanti  "tak menang cup pun takpe janji menang dengan MU". Korang tak percaya tengok la nanti. Kalau kalah pulak "dah agak dah, performance tak bagus." ada jugak yang cakap "menang bonus, kalah biasa je." So jadualnya
Liverpool menerima kunjungan Manchester United di Anfield. Ahad, 8.30 malam waktu tempatan
Sementara itu Manchester City terima kunjungan Arsenal di Eitihad Stadium. Ahad, 11.00 malam waktu tempatan.

Tak lupa jugak REMINDER buat pengurus-pengurus fantasi premier ni, sila manage team anda. Transfer deadline sabtu, 6.30 petang waktu tempatan. Jadualnya seperti dibawah ni. Handle with care.. :) okbye.
Fantasy Premier League 2012/2013
Gameweek 5

*notakaki =lalang-lalang ialah orang yang tak support mana-mana team tapi suka provok. time tu je pun nak timbul. kutuk mengutuk, hasad dengki.

12 comments: