Tuesday, June 21, 2011

Manchester United Home Kit 2010-2011 :: iTALK punya pasal !!!

Sempena Himpunan Sejuta Belia, Grand Match View Final Uefa Champion League telah diadakan di dataran Perbadanan Putrajaya pada 29 Mei 2011.. menyaksikan perlawanan di antara FC Barcalona Vs Manchester United... Perlawanan ini juga disaksikan juga oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak.. yang berkesudahan MU tewas kepada Barca yang sememangnya tidak dinafikan kehebatan pasukan the catalans dengan jaringan 3-1.

Walauapapun, terima kasih juga kepada Telekom Malaysia, kerana menyemarak dan memeriahkan event pada malam itu. Salah satunya event yang dinanti-nanti oleh pengunjung serta penonton ialah Lucky Draw.. Hadiah lumayan menanti pemenang-pemenang yang bertuah pada malam itu iaitu, Hadiah Utama- 2 tiket ke Old Trafford, 7 helai Jersi yang di tandatangani oleh player-player MU yang bernilai RM2500.00 sehelai.

Syarat-syaratnya, anda cuma perlu membeli italk RM30 sekaligus layak untuk menyertai lucky draw ini.
tiba kepada cabutan yang pertama... jc bernilai RM2500..jatuh kepada...
Muhammad Firdaus W.. (aku ker?) ha'a lah nama aku. sama mcm dalam IC aku..
tidak ku sangka-sangka...itu lah kali pertama aku rasa bertuah sangat semenjak menyertai cabutan bertuah.
inilah bungkusan yang aku terima.. signed jersey..

Signed by:
1. Chris Smalling
2. Tomasz Kusczak
3. Rio Ferdinand
4. Darren Fletcher
5. Javier Hernández, Chicharito
6. Nemanja Vidic
7. Michael Owen
8. Nani
9. Wes Brown
10. Park Ji-Sung
11. Jonny Evans

Ini ada certificate, bukti kepada signed jersey tadi.. ooo patut la mahal. dapat gambar player + siap ngan signatures lagi.. sekaligus menjadikan collection yang ke -6

Macam mana aku nak sedih.. Aku HAPPY giler sebenarnya.. walaupun hakikatnya MU kalah..

No comments:

Post a Comment