Monday, June 4, 2012

Aku dan Madu

Tajuk yang menggerunkan dan menyaspenkan. Bukan madu empat tu.. madu lebah.
Dah lama saya pening nak cari madu lebah. Tak pasti yang asli atau campuran. Pergi hypermarket jumpa brand macam-macam, mana satu yang elok ke tak elok pun aku tak tau. Last-last tak beli. Malam tadi kebetulan pergi ke pasar malam taman suntex, cheras ternampak lak pak cik jual madu. Nampak dari jauh mula-mula ingatkan jual dalam botol je. Bila dah sampai dekat, skali tengok ada sarang lebah dengan lebah-lebah pun ada lagi. Pakcik tu proses terus kat situ siap ngan baldi madu penapis. Harap-harap yang ni asli. Botol kecil RM25, botol besar RM40.. eh, macam promosi plak.
Aku dengan cerewetnya tak nak yang dah dibotolkan tu, aku suruh pakcik tu ambik baru dari dalam baldi tu. Haha, pakcik tu terus ambik botol baru dan masukkan yang baru.
 Inilah madu tualang dari area Gombak katanya..
Sebaiknya gunakan sudu plastik, jgn gunakan sudu besi, kerana sudu besi akan mengurangkan khasiat madu ini. Selalunya orang makan madu ni dengan cara minum terus dengan sudu, tapi itu adalah cara yang tidak betul. Cara yang sebetulnya ialah dengan meminum madu bersama-sama dengan segelas air kosong yang suam-suam kuku.
Boleh juga dicampurkan dengan minuman lain seperti air limau / lemon, jus oren, teh dan juga kopi. Madu boleh menggantikan gula untuk kurangkan manis dalam minuman harian.

Malah, dalam al-Quran sendiri turut menyatakan kelebihan madu seperti firman Allah dalam surah Al-Nahl ayat 68 dan 69 yang bermaksud: Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.

KHASIAT MADU
  • Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
  • Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air.
  • Mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan.
  • Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.
  • Menguatkan badan wanita mengandung. Tidak seperti sesetengah ubat-ubatan yang tidak boleh diambil ketika mengandung, madu adalah makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung.
  • Sumber gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis. Penggunaan madu berterusan boleh mengawal kandungan gula dalam darah.
  • Mengembalikan tenaga selepas kedatangan haid atau selepas cirit-birit yang berterusan.
  • Memberi tenaga sepanjang hari dan mengurangkan pengambilan lemak 
  • Kaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah dihadam.
  • Memudahkan serapan kalsium dalam badan.
  • Pelawas semulajadi yang sesuai untuk apa jua keadaan
  • Menjadikan rambut and mata lebih sihat dan bersinar.
  • Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit apabila disapukan dan melindungi daripada jangkitan kuman.
  • Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda. Lupakan saja pil-pil kecantikan, kerana tabiat pengambilan madu boleh mencapai kesan kecantikan secara semula jadi tanpa memudaratkan badan.
banyak lagi rasanya.. petua petua kampung lagi..

Secara semula jadi, madu sangat berkhasiat dan mengandungi gula seperti fruktus dan glukos selain mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat.Ia juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3. Memang patut pun khasiat banyak.

So, jgn tunggu lama-lama, nanti lama-lama menyesal tak sudah.

No comments:

Post a Comment