Sunday, October 11, 2015

Pasembur Padang Kota Penang

3. Pesembur Padang Kota | Hussain Penang Famous Pasembur

Antara tempat yang harus dikunjungi bila datang ke Penang. Padang kota, Penang! Tempat riadah dan tempat berjalan-jalan makan angin. Menikmati udara laut sambil tengok Star Cruise haha. Bukan makan angin je yang best, aku datang ke sini pasal nak pekena pasembur. Tudia mai penang kena pasemboq bak ang.. Tempat makan best kat penang. Bukan ada pasembur je, char koay teow, cucur udang, mee udang, sotong kangkong, kerang bakar, kerang rebus dan lain-lain. 

Alkisah sebelum pergi order pasembur. Orang kata kalau pekedai tengok orang luar (luar penang) datang, depa boh harga kaw-kaw! Betui ka?? Aku memang selalu dengar tu CUAK gak tapi teringin punya pasal so nak ambik gak sikit-sikit. TAPI aku kena berhati-hati pilih. Bukan main ambik ambik je, Udang ke ketam ke... Kat tepi dinding ada senarai harga. So takde la risau sangat. Kalau tak yakin aku tanya tauke kedai tu. 
Tudia macam-macam ada bak ang. Pasembur Penang! Pilih mai pilih...
Haa ni la pilihan aku. 2 cucur udang kat bawah tu. Ni pun aku dah cuak nak ambik. Tapi base on harga yang aku kira-kira mungkin kena rm20++. So kalau lebih memang mahal la. So bagi la kat mamak tu settlekan pasembur ni.
Woowww.... Beginalah hasilnya.. Pinggan besar ni, bukan yang kecik tu. Selonggok pasembur ni. Harga brapa ni? Rm20.00 je!! murah la.. Sib baik murah, aku makan dengan tenang. Haha.. Pasaipa ada yang boleh kena beratuih tu? Aku syak dia tibai udang, ketam, sotong kot. Tapi kalau berduit tu apa salahnya. Memang sedap pun kalau ada udang, ketam, sotong suma tu. 
Alhamdulillah.. Dapat merasa. Makan untuk 3 orang kenyang !! So beginilah cerita Pasembur Padang Kota aku. 4 hari 3 malam outstation kat Penang sempat lagi merasa makanan-makanan ni. Kenapa tak makan kat hotel?? Kat hotel ni makanannya biasa je, lagipun kat mana-mana hotel lebih kurang je menu. Tapi makan kat luar ni kena kuar bajet sikit. Yang penting dapat merasa. Nostalgia bagi aku sebab aku dulu pernah dok penang. 7 tahun kot di penang. #throwback

Last but not least... Next Original Kayu Nasi Kandar Penang. Nasi kandar Line Clear tak sempat, nasi kandar Beratur tak sempat. Tapi Pelita Nasi Kandar & Nasi Kandar Makbul bayan baru sempat lepak je. 

Antara tempat makan best kat penang aku sempat singgah : 
1. Penang Sany Char Koay Teow
2. Nasi 7 Benua @ Koo Boo Cafe

No comments:

Post a Comment