Monday, September 5, 2016

Cara-cara buat Jeruk Ensabi Dayak yang mudah dan senang !

Ada yang panggil ENSABI SARAWAK, ada yang panggil SAWI DAYAK, ada yang panggil ENSABI DAYAK dan ada yang panggil SABIH DAYAK. Mana-mana panggilan semua tu tetap merujuk kepada sayur bawah ni. Dijadikan cerita sayur ni memang terkenal dibuat jeruk. Jeruk Ensabi namanya. Jadi meh aku nak kongsi cara-cara nak buat jeruk ensabi ni. Ada banyak cara berlainan sebenarnya tapi aku ikut cara yang paling mudah dan senang yang aku tau.

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. Ensabi Dayak
2. Garam kasar
3. Segenggam nasi

Mula-mula kita bersihkan dulu ensabi ni. Aku beli kat PASAR BORNEO SERI KEMBANGAN tempoh hari. 3 ikat RM10. Dah lama punya cerita aku pergi pasar borneo ni.. Baru berkesempatan nak update blog. 
Bersih buang daun yang rosak dan buang potong akar. 
Siap potong dan basuh.
Seterusnya kita jemur kat matahari selama mana yang boleh untuk sehari tu. Kalau matahari terik lagi bagus, cepat proses pelayuan daun-daun ensabi ni. Lihat gambar atas ni. Ini tak cukup layu lagi sebenarnya. 
So kalau tak cukup layu, kita tuang air panas sikit dan buang air tu. Kalau boleh jangan rendam lama-lama nanti hilang rasa dia. Tuang gitu-gitu je pastu buang air. 
Masukkan garam kasar dan nasi. Secukup rasa. Agak-agak bersesuaian dengan kuantiti ensabi tu. 
Lepas tu kita gaul-gaulkan bagi sebati... 


Lepas gaul-gaul kita masukkan dalam bekas bertutup. 3 ikat aku beli jadi banyak ni je? Huhu sikit sangat. Tapi takpe, untuk basahkan tekak jadi la.. Okeh, dah masuk dalam bekas ni kena tunggu la 4,5 hari kemudian baru la boleh dimasak. Nama pun jerukkan. Kena la peram lama sikit. Lagi lama lagi nikmat... 

5 hari kemudian.........

Ni la hasilnya.. Jeruk Ensabi Goreng dengan Ikan bilis dan cili padi. Perghhh rasa memang menggamit jiwa. Terkenang kisah-kisah silam zaman kecik-kecik. Aku rasa hampir 15 tahun tak makan jeruk ensabi goreng ni.. Nikmatnya makan dengan nasi panas-panas. 


Jeruk Ensabi Goreng Ikan Bilis

Selamat mencuba, mungkin langkah-langkah penyediaan aku berbeza dengan yang lain. Tapi jangan risau, rasanya 95% sama. 

1 comment: