Thursday, August 25, 2022

Klook melancarkan Kempen "Best of Malaysia, According to You"

KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2022 — Klook, platform e-dagang kegiatan dan aktiviti pelancongan terkemuka, hari ini mengumumkan kempen “Malaysia Terbaik, Untuk Kamu ” yang memberi kuasa kepada rakyat Malaysia untuk menetapkan perjanjian perjalanan domestik seterusnya melalui pengundian awam mingguan. Selain menikmati potongan sehingga 50% dari aktiviti kegemaran pelancongan tempatan, pengguna baharu Klook juga boleh menggunakan kod promo MALAYSIA10 bagi menikmati potongan 10% untuk semua aktiviti di Malaysia, termasuk penginapan hotel, penyewaan kereta, dan pengalaman gastronomi & makan bermula dari sekarang sehingga 18 September 2022.


Sebagai platform pelancongan dan riadah, kami ingin mengembalikan kegembiraan kepada rakyat Malaysia dan membiarkan mereka menentukan sendiri tawaran perjalanan yang mereka inginkan semasa perayaan Merdeka tahun ini,” kata Rachel Tan, Pengurus Besar Klook Malaysia. “Perubahan fokus terhadap perjalanan domestik terbukti berjaya, dan melalui kempen ini, kami juga bertujuan untuk mengiktiraf pengusaha pelancongan yang turut menjadi nadi bagi mendorong pemulihan sektor pelancongan.”


Kategori anugerah yang terbuka untuk pengundian awam termasuk Destinasi Percutian Terbaik, Aktiviti Hujung Minggu Terbaik, Hotel Terbaik, dan Taman Tema Terbaik. Mulai 22 Ogos 2022, rakyat Malaysia boleh membuat undian pada setiap hari Isnin hingga Khamis di aplikasi Klook atau melalui laman web kempen, dan nantikan pengumuman pemenang pada setiap hari Jumaat jam 12 tengah hari. Pemenang setiap kategori akan mempunyai ‘kuasa’ bagi membuka tawaran promosi eksklusif bagi diskaun diskaun kilat hingga 50% yang boleh dituntut oleh rakyat Malaysia!


Maklumat Kempen:

· Tempoh Kempen: 22 Ogos – 18 Sep 2022

· Tempoh Pengundian: Setiap Isnin hingga Khamis

· Pengumuman pemenang setiap hari Jumaat pada jam 12 tengahari

· Pemenang Untuk Semua: Diskaun tawaran kilat eksklusif ( DISKAUN hingga 50% ) akan dikeluarkan kepada pemenang kategori


Kategori Anugerah:

· 22 – 25 Ogos: Destinasi Percutian Terbaik. Pemenang akan diumumkan pada 26 Ogos dengan Tawaran Kilat tersedia dari 26 – 28 Ogos.

· 29 Ogos – 1 Sep: Aktiviti Hujung Minggu Terbaik. Pemenang akan diumumkan pada 2 Sep dengan Tawaran Kilat tersedia dari 2 – 4 Sep.

· 5 – 8 Sep: Hotel Terbaik. Pemenang akan diumumkan pada 9 Sept dengan Tawaran Kilat tersedia dari 9 – 11 Sep.

· 12 – 15 Sep: Taman Tema Terbaik. Pemenang akan diumumkan pada 15 Sep dengan Tawaran Kilat tersedia dari 16 – 18 Sep.



Pengundi hanya perlu mengunjungi Klook.com atau membuka aplikasi Klook untuk mengundi. Ingatlah untuk selalu #Klookdulu semasa merancang perjalanan anda pada Hari Merdeka dan Malaysia ini!

Lawati laman web rasmi Klook – Klook.com dan terus berhubung bersama komuniti Klook melalui facebook.com/KlookMY dan @KlookMY di Instagram bagi mengembara dunia kegembiraan anda, bila-bila masa, di mana sahaja.

No comments:

Post a Comment