Petang semalam terlupa nak kuar duit. Takde la terfikir apa-apa pun. Buat derk je.
Alkisahnya pagi tadi semua pakat terbangun lambat. Kekalutan berlaku disitu. Aliah nk gi skolah, Akif Danish nk gi skolah, aku nk gi kerja..
20 minit kemudian.........
Otw gi hantar Aliah gi skolah..
Aliah: Babah, duit blanje Aliah?
Babah: A'ah la lupa. Jap ek...
(sambil tangan seluk saku ambik dompet) Alamak ada Rm4 ringgit je?
Duit blanja aliah rm2. So pagi tadi tak bawa air tambah lagi rm1. Total rm3.. Nasib baik cukup. Berbaki la Rm1. Tu la yang aku bekal bawa gi ofis.
Alhamdulillah selamat sampai ofis. Nasib baik tak jadi apa-apa. Nak pi cari mesin ATM takde la pulak yang dekat-dekat. Selamat la hari ni ada seminar, makan free hari ni. Ngehh3x....
Thursday, January 23, 2014
Wednesday, January 22, 2014
WW | Sekitar Railway Tourism
Mus May
Najwa Latif
Ronnie HyperAct
And
Yb Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd Aziz
Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia
Railway Tourism | Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014
Negara kita memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan masakan, tengok bangsa cukup la, kat Malaysia saja dah ada berpuluh suku kaum. Macam-macam tradisi dan budaya kan. Okey, apa yang aku nak story ni pasal makanan dan masakan. Baru-baru ni Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri B Tan Sri Abd Aziz telah melancarkan Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014, Perak. Kat lenggong ni saja dah ada pelbagai jenis masakan. Kome aje.. Yang turut berada di Pesta ni Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir serta Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.
Sidang media serta pelancaran "Buku Masakan Tradisional Lenggong"
Kelihatan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah ditemuramah di radio tempatan Perak.Fm (Untuk Kome Aje) Kome aje tau.. Kamek tidak..Haa, tengok ko Jah, macam macam lauk gitu. Pening nak bedal mana satu. Memang terbaik, ikan pekasam, daging salai masak lemak, siput sedut, daging masak umbut pisang, ada sambal tempoyak, ulam-ulaman, ada kerabu, nak sebut pun tak ingat banyak sangat.
Lemang juga tidak dilupakan, tak yah tunggu raya kalau nak merasa. Datang je ke lenggong pasti ada.
Stesen buah, perghhhh licin, langsat, durian, rambutan, cempedak dan lain lain. Durian tu kupas sebiji tak sampai seminit settle. wakakaka..
Antara urusetia yang terlibat menghidang makanan kat sini. Serba merah gitu.
Pengujung tidak putus-putus datang menikmati masakan dan hidangan di Pesta Makanan Tradisional Lenggong.
"LENGGONG - Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah bercadang untuk menetapkan satu tarikh khusus penganjuran Pesta Makanan Tradisional Lenggong pada setiap tahun bagi memudahkan pelancong dari dalam dan luar negara mengunjungi pesta itu.
Shamsul Anuar berkata, pihaknya juga akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat agensi pelancongan bagi menggalakkan lagi jumlah kehadiran orang ramai ke pesta berkenaan."
-petikan dari akbar KOSMO 10.1.2014
Jika cadangan ini diluluskan maka setiap tahun akan diadakan Pesta Makanan Tradisional di Lenggong. Makan free kome yer. Secara tidak langsung menjadi pusat tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Malah Pesta ni bakal memantapkan lagi Pakej Perlancongan menggunakan Keretapi oleh Railway Tourism Assosiation Malaysia (RTAM). Menarik menarik.. Jom melancong...........
kredit pic.. www.Yanty.com
Subscribe to:
Posts (Atom)











