Monday, May 7, 2012

Menentukan Arah Kiblat

Qiblat berasal dari bahasa arab (القبلة) yang ertinya arah. Yang dimaksud dengan qiblat adalah arah mata angin yang menuju ke Ka'bah di Makkah Al-Mukarraomah

Bukan senang nak menentukan arah kiblat. bukan main tanda suka-suka je. Ia memerlukan pakar dan peralatan yang betul. So saya nak share sikit info. Ini adalah sebahagian cara yang dilakukan di Surau Taman Cheras Intan.
Ini adalah alat yang digunakan untuk menetukan arah kiblat. Kompas magnetik bertripod. Kompas magnetik yang memiliki ketelitian cukup tinggi.
   
Saudara Syam dari pegawai dari pejabat Mufti Negeri Selangor sedang menetapkan bacaan ke arah kiblat. Sambil diperhatikan oleh AJK Surau dan JNB Cheras Intan.

Saudara Awang - Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Surau Cheras Intan memeriksa ketepatan arah kiblat

 En Rohaizat Timbalan Bendahari JMB memeriksa ketepatan arah sambil En Syam menandakan arah tersebut di dinding.

 Pembaris dan kayu itu menandakan garis lurus bangunan manakala garisan hitam itu menunjukkan arah kiblat.

Ketahuilah kalau kiblat terpesong 1 darjah, 125km tersasar dari Kaabah. Jauh tu...

"Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penyelidikan Jakim, Che Alias Che Ismail, berkata penentuan arah kiblat yang tepat amat penting terutama dalam pembinaan masjid atau surau bagi memastikan ia tidak tersasar. Beliau menegaskan, ketepatan arah kiblat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana biarpun cuma satu darjah terpesong ia bersamaan kira-kira 125 kilometer tersasar dari arah Kaabah.
Dua alat digunakan untuk menentukan arah kiblat iaitu kompas Ushikata dan Teodolite tetapi ia juga berpandukan kepada keadaan tertentu seperti diletakkan di tanah rata untuk mendapatkan ukuran tepat.
“Peralatan itu selalunya digunakan untuk menentu arah kiblat untuk tujuan pembinaan masjid atau surau. Bagi orang perseorangan atau ingin menentukan arah kiblat di rumah, cara tradisional masih boleh digunakan. Setiap tahun, ada dua keadaan yang boleh digunakan umat Islam menentukan arah kiblat iaitu ketika matahari berada betul-betul di atas Kaabah. Ia berlaku pada 28 Mei jam 5.16 petang dan sekali lagi pada 17 Julai jam 5.28 petang.”
“Caranya dengan meletakkan tiang atau sesuatu yang lurus di tanah lapang pada waktu berkenaan dan perhatikan bayang objek itu. Oleh kerana di Malaysia ia berlaku pada waktu petang, arah kiblat diukur dari hujung bayang hingga ke pangkal tiang ,” katanya.
Penentuan arah kiblat boleh dicari dari pelbagai sudut dalam kehidupan serba canggih ini dan ia bergantung kepada ‘mahu atau tidak’ berusaha mencari ketepatan yang menjadi syarat sah solat, seterusnya membentuk peribadi menjadi Muslim sejati."

No comments:

Post a Comment