Sunday, December 9, 2012

AirAsia sedia tawar tiket murah ke Bangkok

Tawaran hebat buat penyokong Harimau Malaya. Dengar khabar Airasia buat tiket murah pergi balik menyaksikan perlawanan timbal balik antara Malaysia dengan Thailand yang bakal diadakan di Stadium Supachalasai, Bangkok pada 13 Disember 2012. Sumber dari Utusan Malaysia Online.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes telah menyatakan persetujuan berhubung perkara tersebut. 
"Penawaran itu bergantung kepada kekosongan penerbangan. Kita masih tidak tahu berapa ramai penyokong yang benar-benar ingin ke sana (Bangkok). Saya sudah berbincang dengan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk mendapatkan jumlah mereka yang mahu ke sana."


Kepada sesiapa yang berminat tu silalah bertindak cepat, berhubung dengan pegawai yang berkenaan.
Harimau perlukan anda disana... Aummm...

7 comments: