Monday, December 24, 2012

D' Sungai Lepoh Chalet, Pangsun


Minggu lepas kami buat family camping kat Sungai Lepoh, Kg. Kuala Pangsun, Hulu Langat, Selangor. 2 hari 1 malam. Bukan semua berkhemah pun, ada chalet untuk disewa kat situ. Memang betul-betul bersebelahan dengan sungai. Satu chalet berharga Rm70. Kami sewa dua chalet sebab ada 4 famili, tapi kecik je pun, besar bilik rumah je satu tu. Pastu pasang 1 khemah muat la 5,6 orang budak-budak dalam tu. Ada banyak lagi chalet kat situ, tapi harga lain-lain bergantung kepada fasiliti. Aktiviti kami start petang tu, bermandi manda, malamnya pula kami ber'berbeque'.. sambil menikmati keindahan alam yang terang benderang di waktu malam. Bunyi sungai memecah batu, katak bersahutan, burung skali skala mengeluarkan bunyi, cengkerik bernyanyi-nyanyi, angin sepoi-sepoi... sejuk seyhh.. jom lihat prebiu gambar.. tak banyak sangat..

Ni lah chaletnya, 1 chalet 1 biliknya, ada queen bed, extra single tilam, siap ada kipas dinding. Yang best lagi tempat berbeque dah ada. Tunggu pasang api je. Apapun malam tu ambik masa dekat setengah jam nak hidupkan api. Kayu basah daa.... (gambar baerbeque takde huhu)
Amboii my kids and the sepupu sepapat... Enjoy mandi sungai.
Makan time.... sejuk sejuk gini apa lauk pun bedal.
Menu alam bersama saya, Adam... (tv al-hijrah)... keh3.. aktiviti sampingan. Terkenang zaman kecik-kecik dulu. Memancing, menangkuk ikan.. Rindu kenanga dulu-dulu huhu..

2 hari 1 malam di sini memang best. Kalau aktiviti banyak lagi best kot. Nanti la plan tempat lain la pulak. Korang nak torai silakan. Chow lu.. ...

**mood berbelogging tergendala ekoran tak sihat dan mood tidak menentu. Sekarang dah sihat balik. Alhamdulillah..

Credit pic to my adik ipar.. Shahanim.. Terima kasih.

9 comments: