Tuesday, December 17, 2013

Kopi Luwak Bali, Indonesia

OKA Agriculture Bali (Jurusan Tampak Siring - Kintamani, Bali)


 
Kopi Luwak datang dari Pulau Indonesia Jawa dan Sumatera ,kawasan yang terkenal dengan kopi yang sangat baik. Luwak bermaksud Musang dengan nama saintifiknya Paradoxurus. Kopi musang? Kenapa kopi musang? Seperti yang didengari ceritanya, musang ni adalah seekor mamalia yang sangat pemilih makanannya. Maka makanan yang dipilihnya adalah yang kualiti dan terbaik. Musang ni adalah penggemar buah kopi masak. Selepas memakan buah kopi ini, buah kopi ini akan melalui proses rawatan kimia dan fermentastasi (ini aku tak tau da apa maksudnya tapi proses ni berlaku dalam usus musang tu la) dan biji kopi yang selesai melalui sistem pencernaan, maka musang akan mengeluarkan bahan cernaanya(aku guna bahasa yang sedap sikit. Korang faham la maksudnyakan..) Biji kopi tersebut masih keras walaupun telah dicernakan. Maka dikumpulkan biji-biji dikutip dari hutan, dan dibersihkan, kemudian dipanggang seperti mana-mana kopi yang lain. Jadilah kopi musang atau kopi luwak.

Sumber Google ini telah ditranslate oleh aku sendiri. Kalau salah dan silap mohon ke website Kopiluwak baca sendiri yaa..
Untuk pengetahuan anda secawan kopi luwak ni berharga Rp.50,000 bersamaan dengan RM17++
Kat sini jugak terdapat macam-macam jenis kopi. Bukan kopi luwak je. Ada Kopi Bali, Kopi Koko, Kopi Rempah dan lain-lain seperti Kopi Halia, Kopi Ginseng..
 
Pada penggemar kopi boleh la try ya. Kami cuma melawat ke pondok pemprosesan kopi ni sahaja melihat bagaimana ia diproses. Di khabarkan pemprosenan kopi luwak ni hanya ada di sekitar Pulau Indonesia Jawa dan Sumatera. Ia tidak dieksport ke luar negara. Ia merupakan hasil peribumi yang terpelihara. 

Serba sedikit untuk rujukan anda:
50 gram kopi luwak Rp.150,000
100 gram kopi luwak Rp.300,000

Kopi kopi lain berharga sekitar Rp70,000-Rp.80,000

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Ada kopi lain selain Kopi Luwak, yang saya yakin tidak ada yang tahu, hal itu disebut kopi kotoran manusia. Seorang pria membuat kopi dari kotoran sendiri dan menjualnya kepada seorang wanita. Saya telah membaca di suatu tempat.

    ReplyDelete