Wednesday, June 18, 2014

Mee Udang Nilai | MMA SANTAI CORNER NILAI

Balik dari Tugasan SOC | Port Dickson aku singgah Nilai pulak lepak kejap cari barang. Nak survey langsir la, survey karpet la.. Sementara menunggu wife mencari barang, tiba-tiba teringat pulak geng-geng Blogger
Kelab Blogger Ben Ashaari pergi outing makan-makan kat Nilai baru-baru ni. Mee Udang sedap dan terbaek kata mereka. Bila dah teringat tu kena lah pergi try kan.. Dah alang-alang lokasi pun tak jauh dah. Settle je cari barang terus shoot ke lokasi (mengunakan panduan map smartphone) Maka bertemu jugak dengan lokasi ni. Berdebar rasanya... 
Inilah tempatnya.. MMA SANTAI CORNER (betul-betul depan Roundbout) kalau nak waze ker, map ker taip je "MMA Santai Corner", Nilai. Pasti jumpa.. Mee Udang Nilai pun boleh jumpa kot...
Dalam Santai Corner ni ada banyak gerai, macam-macam ada. So nama kedai dia, 
 D'Laila Mee Udang | Mee Ketam
Tudiiiiiiiiaaaaaaa Mee Udang..
Bersusun udang. Semangkuk RM10 ada 10 ekor udang (Saiz L), saiz sederhana besar. Perghh berbaloi-baloi makan. Memang sedap, terbaek dari ladang. Hahaha.. Presentation sebiji dalam gambar menu. Selalunya mana pernah jumpa hidangan yang sama macam dalam gambar menu. 
Yang ni Mee Udang + Kupang pun sedapp.. Yang pasti kuah pekat, melekat dan sedap.. Kalau dekat dengan KL aku dah mengulang dah mee udang ni.
Seperti biasa sambil makan ambik gambar. Ni pun dah separuh makan ambik photo lagi. Sebab yang awal-awal blur. Agak segan orang ramai tengok. Wakkakaka.. Mental kan..
Tengok ni mental tak mental cam gini. Licin wooo... Rosak diet aku chengini. Nasib baik tak makan selalu. Serius rumusan aku, Mee udang terbaek aku pernah makan. Kalah mee udang premis XXX tu. Disarankan untuk mencuba mee udang ni. Kalau yang kaki shopping kat Nilai tu jangan lupa singgah yer. Waktu operasi aku tak sure pulak. Nanti aku update balik. Nanti nak try mee ketam pulak. Yummyyy...

10 comments:

  1. nampak macam ade tulis mee ketam..sedapnyeee..

    ReplyDelete
  2. Aku tak sempat nak merasa lg... dlm pantang lg... grrrr

    ReplyDelete
  3. adoiii! terliur sungguh tgk mee udang yg maha kaya udang tu, hikhik~

    ReplyDelete
  4. Harga memang murah , serius cakap.

    ReplyDelete
  5. terbaik...kalau dekat dah lama singgah....

    ReplyDelete
  6. amboi..sedapnyaaa... saya hantu udang.. huhu.. *dah masukkan redscarz dalam list yaya juga. tq :)

    ReplyDelete