Wednesday, July 9, 2014

Enlighten Pirates Series | Sunken Boat

Akif oh Akif, pantang nampak sepupu dia ada mainan mesti dia pun nak jugak. Mulalah merengek-rengek selagi tak dapat. Nangis berguling-guling nak mainan tu. Kebetulan pulak malam tu nak balik kampung, singgah kejap shopping mall beli. Dah la kedai nak tutup dah pintu dah tutup separuh dah. Nasib baik orang jaga kedai tu bagi chance masuk kesian agaknya tengok Akif ni nangis. 

Haa, ni lah mainan yang dia nak tu.. Lego lanun katanya. 
Enlighten Pirates Series | Sunken Boat
Ada 238 pieces untuk disambungkan. Malam tu balik kampung Akif tidur dalam keter tak sempat nak pasang. Sampai kampung kul 1 pagi, dia terjaga terus suruh aku pasang time tu gak. Amboi Akif ni tak sabar betul dia. Pujuk punya pujuk dapat la hold sampai esok pagi.
Pepagi lepas sahur aku tak ngantuk lagi, ingatkan lepas subuh baru nak baring-baring. Sekali Akif bangun awal pulak. Takdok benda lain, cari aku suruh pasang lego dia. Huh.
Nahhh Sejam lebih aku pasang. Dengan mata kerut-kerut.. Jadi jugak kapal lanun ni.
Tengkorak [orang jahat katanya] tu kena tangkap...
Penjara kat belakang kapal..
Masukkan tengkorak dalam penjara.. wakakaka...
Tengok Akif, muka tak cukup tidur.. Tidur kul 3 pagi bangun kul 7 pagi.. Sanggup tu..
Akif sambung main dengan sepupu dia. Nama pun budak-budak banyak main dari tidur. Huhu aku gak yang ngantuk. ini mainan Akif bukan babah dia tau. Yang aku punya 

2 comments:

  1. wow! Cantik! Anak anak buah ena pun dah ada sorang satu Lego ni.. macam2... ada yang bentuk macam burung, ada yang bentuk macam manusia..

    ReplyDelete