Tuesday, July 22, 2014

JOM IFTAR @ TMCC Menara TM | EDEN CATERING

 Alhamdulillah, rezeki Bulan Ramadhan, dapat berbuka puasa bersama Rakan-rakan Blogger, 
Kelab Blogger Ben Ashaari di Jom Iftar TM Convention Centre @ TMCC Merana TM. Dapat 2,3 jemputan gak sebelum ni tapi most single invitation so terpaksa tolak. Jemputan kali ni boleh bawa family maka dengan lajunyer aku ON. Tambah pula kena hari sabtu memang the cunnest la.

Oh ya.. kalau nak tau,
Bufet Ramadhan ni merupakan gabungan Eden Catering dengan TM Convention Centre bagi menjayakan Jom Iftar @ TMCC, Menara TM. Khabarnya setiap minggu sajian ditukar bagi menjanjikan kelainan kepada para pengunjung. Menarik??
Okeh aku beralih kepada menu pulak. Sampai sini dah terhidu bau harum dah. Sabo je la.. Menu utama kat sini Kambing Biri-biri bakar. Perghh mantapp.. Harum semerbak baunya, tengah berbaris dah terliur dah. Nasib baik tak batal puasa aku.
Kambing biri-biri bakar.. Nyumm
Ala-ala Western - Ayam Grill, sosej dan french fries..
Char Kuey Teow memang terbaek. Dua kali aku tambah .. sShhhh.... memang taste aku. Tak jumpa lagi kat kedai luar. (teringat masa kecik-kecik ayah aku slalu tapau dari hotel tempat dia kerja dulu- taste hampir sama.)

 Middle East Cuisine pun ada- Mandhi Rice Chicken
Cream of Chicken Soup dengan Bun, jugak bubur lambok..
Italiano Cuisine- Spagetti Oglio

Masakan ala-ala kampung jugak terdapat kat sini.. Layan....
Rugi kalau tak try, kat tengah-tengah bandar ada masakan kampung memang rare..

Pelbagai jenis kuih muih yang ada kat sini, warna warni gitu.. Sedapp...
 Ubi kayu pun ada, ternostalgia rasanya.. mengimbas kenangan dulu-dulu slalu makan ubi rebus.

Tak cukup meja, ada warong-warong pulak kat sini. Mee rebus, ABC, Chicken Shawarma dan lain-lain. Memang menepati citarasa aku...
Air minuman usah kata, macam-macam ada, oren, blackcurrent, sirap, teh, coffee, teh tarik, nescafe tarik suma ada.. tak nak minum air manis, air kosong ada.. hehe..

Haa tengok lauk aku ambik, boh je nak rasa semuanya.. Aliah makan ikan masak cili bertambah-tambah nasi. Opss... hehe
Sebenarnya ada banyak lagi, ada aiskrim, goreng pisang, cucur tepung dan lain-lain lagi. Belum sempat aku jamah, perut dah tak boleh masuk. Overload sudah, tu pun dalam ambik sikit-skit. Anyway tak rugi datang iftar kat sini. Berbaloi baloi.. 

Lihatlah...... 
muka kekenyangan semuanya. Hehehe... Dah kenyang group photo la pulak.. Sungguh meriah Kelab Blogger Ben Ashaari ni. Dah macam adik beradik rasanya.
Bak kata Abah Careno "Wefie".. wefie pun wefie la,  Boni seperti ketakutan melihat monopod, jauh dibelakang bersembunyi.. kekekeke...
Haa yang ni kat luar dewan, Wefie sesaja, pantang ada pot baeknya... 
Kelab Blogger Ben Ashaari memang terbaek..
My family. 
Ambik gambar kenangan di sini.  Terima kasih Eden Catering yang sudi menjemput kami berbuka puasa di sini. Semoga Eden Catering terus suksess..  

Kepada yang berminat untuk berbuka puasa kat sini boleh contact nombor tertera kat bawah ni untuk tempahan. Digalakkan untuk tempahan awal takut-takut dah penuh. Bufet dibuka jam 6.30 petang sehingga 10.00 malam

 
Apa yang paling utama bila berbuka puasa kat luar ni pastinya tempat solat . Jangan risau di 
Jom Iftar @ TMCC ni surau dekat sangat, luar dewan dah jumpa surau.

5 comments:

  1. Alahai gambar abang daus lagi buat yaya lapar balik laaa! Hihi. Comel sangat gambar dengan family tu! :)

    ReplyDelete
  2. Menyesalnya ada perut tank kecik , makan sikit dah kenyang.. tak merasa koay teow!

    ReplyDelete
  3. terkilan jugak tak dapat joint tu hari dgn geng KBBA...insyaAllah di lain lain event pcl cuba luangkan masa..

    p/s Daus..url blog pcl xde ke dlm blog list ?

    ReplyDelete
  4. Whether is be canap├ęs after work, barbecue in the local park, a corporate platters delivery on Melbourne Cup day or a sit down, three course wedding in a marquee, there is no substitute for a professional catering company.buffet catering company in burnley

    ReplyDelete