Wednesday, February 18, 2015

Aliah belajar main kasut roda | Rollerblade

Ni gara-gara ternampak ICE SKATING kat IOI Mall Putrajaya la ni. Aliah beriya nak main ice skating. Huh ingat nak terus main macam tu je? Nak main ice skating kena ada basic dulu. Tak boleh redah gitu je. Kang jatuh sana jatuh sini. Sakit ooo jatuh atas ais. Sapa yang susah? Babah jugak... hehe .. Orang ramai pulak tu, kang terlanggar orang lagi payah.

Ha, dengar kata mereka-mereka kat luar sana, kalau nak main Ice Skating kena belajar main Rollerblade dulu. Dah pandai main Rollerblade baru try main Ice Skating. So nak bagi practice, kena beli Rollerblade dulu la jawabnye.Tapi kan dah jadi macam trend sekarang la main Rollerblade ni. Kat taman ni je dah 4,5 orang main rollerblade. Pastu bila cari kat kedai ke shopping komplek banyak dah abis. Hmm..
Dah 2,3 minggu dok sebut Rollerblade, akhirnya dapat gak sepasang untuk Aliah. Cakap nak bagi hadiah masa birthday nanti, lambat lagi birthday Aliah. Beli la sepasang untuk Aliah. Kalau ini yang dia minat nak buat cam mana. 
Aliah tak sabar nak mengetest rollerblade. Siap-siap dah. Boleh ke tak agaknya nak main Rollerblade ni.
Wahh.. baru sekejap dah pandai imbang badan. Step-step kayuhan belum dapat lagi. Nak tanya babah, babah pun tak reti main. Koh3...
Kemain possing. Nak kata hebat ler tu. Haha.. Belajar pelan-pelan ye Aliah. Lama-lama nanti terrer la main RollerBlade. Dah terrer nanti baru kita gi main Ice Skating kat IOI Mall tu yer.

5 comments:

  1. best ye..teringat dulu babah nana beli untuk kami adik beradik..

    ReplyDelete
  2. hahaha..sy pun main rollerskate jugak.. :D

    ReplyDelete
  3. Salam pkenalan bro.. singgah sni n terus folow...

    Budak2,badan ringan mst cepat dpt...lainlah cm babah bdn dh berat xleh blah dah...har3...

    ReplyDelete