Wednesday, March 25, 2015

Pengumuman Kad Bertuah 'Make A CNY Wish' | Legoland Malaysia

"Make A CNY Wish" - Alangkah bestnya kalau ada orang offer aku nak apa-apa saja? Apa-apa je aku nak! Takat offer nak makan tu taknak lah. Nak Ferrrari ker, rumah banglo ker, duit ke.. Tamak tamak.. Nampak tak ketamakan tu. Bukan tamak nama pun wish kan. Suka hati lah nak wish apa kan. Haa, mari tengok sini, bagaimana orang yang berhati mulia jugak yang dapat jadi pengunjung Bertuah "Make A CNY Wish" . Nak tau apa wish dia... sat ya...
Okeh baru-baru ni, Legoland Malaysia Resort buat event "Make A CNY Wish" sempena Tahun Baru Cina 2015 mencari seorang pemenang yang bertuah dan ditunaikan permintaannya. [baca flashback] Semua pengunjung yang datang ke Legoland berpeluang mendapat kad wish dan gantung kat pokok terpilih di dalam Theme Park Legoland. Tulis la apa-apa wish kat Kad tu. Pastu gantung. "I wish, i wish..
Haa ni antara kad-kad wishes yang pengunjung telah gantungkan. Sebanyak 5000 keping kad telah digantungkan oleh pengunjung. Banyak tu!! Kena cari 1 lucky winner. Satu daripada 5000 pengunjung yang bertuah... Fuhh terasa nerbesnya kalau kad aku ada dikalangan 5000 kad ni.
........dan KAD yang bertuah itu milik........

Ms Wong Yoke Lian
Ms Wong Yoke Lian
Ms Wong Yoke Lian 
dari Kuala Lumpur telah berjaya menjadi pengunjung yang bertuah "Make A CNY Wish"... Tahniah-tahniah Ms Wong Yoke Lian. Mari kita tengok apa yang Ms Wong wish....

 "to bring 40 children under the patronage of Diabetes Malaysia (Johor) to have a day out at the Resort"



Translate - Membawa 40 kanak-kanak di bawah naungan Diabetes Malaysia (Johor) berjalan-jalan ke Legoland dengan tajaan sepenuhnya.

Dengan itu diadakan majlis Penyerahan tajaan sepenuhnya | Tiket beserta Voucer makanan kepada Mr. Tan Poi Chuang,  wakil dari Pusat Diabetes Malaysia, Cawangan Tanjung Puteri. Beliau juga merupakan pengerusi pusat berkenaan. Dengan penyerahan ini maka tertunailah hasrat dari Ms Wong Yoke Lian mendapatkan sponsorship untuk anak-anak ini ke Legoland Malaysia Resort. Mulia sungguh permintaan Ms. Wong. Moga anak-anak ini gembira dan enjoy trip nanti.... 

More and more event coming your way.. Please visit www.legoland.com.my for upcoming event. Stay tuned!!! 

Lagi menarik di Legoland. Legoland Malaysia catat Malaysia Book of Records [Baca sini]

2 comments:

  1. Kann... yg berhati mulia gak terpilih... harap wish selfish mcm kita ni mmg susah la nak dpt... hahaha

    ReplyDelete