Friday, July 31, 2015

Kenapa Suntikan BCG wajib ?

Sehari selepas kelahiran, 31 julai 2015, nurse bagi suntikan BCG kat baby Aisy.. Suntikan wajib vaksin imunisasi. Nurse injek kat sebelah bahu kiri baby Aisy.. Tengok jarum tu aku plak cuak. Haha.. baby Aisy ni bukan tau ape, kena suntik nangis kejap je, lepas injek tak nangis dah. Kuat yer anak babah ni.
***Tick tu tanda dah bagi suntikan. 

Kenapa perlu suntikan BCG?

BCG | Bacille Calmette Guerin adalah vaksin untuk melawan penyakit batuk kering. Vaksin BCG ini menggunakan bakteria Mycobacterium bovis yang telah dilemahkan. Bakteria yang telah dilemahkan ini akan merangsang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi.

Vaksin BCG ini dilaporkan berkesan sehingga 80% untuk mencegah penyakit TB terutamanya TB selaput otak (TB Meningitis) atau TB sistemik ( Miliary TB).

Ooo yeker.. bahaya betul penyakit ni kan. Memang elok la dapat suntikan BCG ni. 

Okeh dah selesai injek. Baby Aisy diserah kat mama dia dah buat kali pertama untuk dijaga. Masa ni masih kat wad lagi la. Gagah jugak la mama jaga baby Aisy walaupun bekas operation cesarean tu masih sakit.

No comments:

Post a Comment