Monday, August 3, 2015

Checklist Penting: Daftar Kelahiran di JPN | Muhammad Aisy Faheem

Sementara masih cuti ni aku kena settlekan cepat urusan penting seperti daftar kelahiran. Bila dah kerja nanti susah sikit nak keluar pejabat. 3 hb ogos aku gunakan kesempatan yang ada untuk pergi mendaftar kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dokumen yang diperlukan tak rumit, semua dah ada cuma buat salinan saja. Sebelum keluar dari hospital, nurse akan bagi borang daftar kelahiran JPN yang telah ditulis maklumat penyambut kelahiran dan maklumat baby. (nama dikosongkan) 
Jabatan Pendaftaran Negara | UTC Bandar Tun Razak
Contoh borang daftar kelahiran. 
Yang wajib diisi,
*Maklumat Kanak-kanak
*Maklumat Penyambut Kelahiran (yang ni sepatutnya dah diisi. Sila semak)
*Maklumat ibu
*Maklumat bapa
atau 
*Maklumat Pemaklum (jika pemaklum bukan ibu bapa)
*Pengesahan ibu bapa/pemaklum (tandatangan di hadapan pendaftar)


Checklist sebelum ke JPN. Risau-risau tertinggal dokumen, penat nak berulang alik.

*Borang Daftar kelahiran, beserta surat pengesahan kelahiran 
*Kad Pengenalan Ibu Bapa (Asal dan Salinan)
*Surat Dokumen Perkahwinan (Asal dan Salinan)
*Buku pink (Asal dan Salinan- Depan, pemeriksaan kandungan semasa 5.18 mula-mula dan yang last sekali.) Yang ni kena check balik buku pink tu. 
Aku prefer buat kat UTC Bandar Tun Razak, Cheras. Kat sini tak ramai orang, lagipun dekat dengan tempat tinggal. Tak sampai setengah jam dah siap. Dah disahkan nama baby kami Muhammad Aisy Faheem. Semoga baby Aisy sihat dan menjadi anak yang soleh. Amin.

Peringatan!
Pendafaran biasa (1-14 hari selepas kelahiran - percuma)
Pendaftaran lambat (15-42 hari selepas kelahiran - denda Rm5.00)
Pendaftaran lewat ( selepas 42 hari kelahiran, Rm10.00 proses, permohonan carian Rm5.00, kompaun tidak melebihi RM50.00)

2 comments: