Friday, August 7, 2015

Jaundice Baby Aisy naik lagi

Hari ke-3 baby Aisy ke klinik cucuk jaundice (kuning). Aku terpaksa sambung cuti memandangkan cuti tanpa rekod 7 hari dah tamat. Nak buat cam mana, sebab tu cuti tahunan ni kena jimat-jimat nak guna. Kita tak tau masa kecemasan ni. Kita tak minta tapi tu yang selalu berlaku. 

Hari ke-3 cucuk 
13mg/dl
Nampaknya bacaan jaundice baby Aisy memcecah angka 13mg/dl. Aku dan wife memang agak cuak. Yelah sebelum ni anak pertama dengan kedua tak pernah kena. Tetiba yang ke-3 ni kena pulak. Takde pengalaman lagi handle jaundice ni. Kena ikut nasihat doktor jela. Kerap bagi susu. Itu je la ubatnya. Tengok doktor rileks je. Doktor appoint lagi next day untuk cucuk. 

Hari ke-4 cucuk
12.9mg/dl
Hari ni datang lagi. Hari ke 4 berturut-turut baby Aisy kena cucuk ambik sample darah. Lepas cucuk ke makmal dulu tengok bacaan. Hari ni turun 0.01mg/dl . Huhu sedih. Setiap bacaan dan brapa umur baby pun diambil kira. Lain-lain pengiraan. Pelik gak macam mana calculation dorang. Memandangkan hari ni jumaat dan bacaan jaundice Baby Aisy pun agak statik, doktor suruh datang check up hari isnin. Lega sekejap, kalau kena pergi payah gak, sebab kena pergi hospital. Klinik kesihatan tutup sabtu ahad. Masa ni doktor tu explain serba sedikit pasal jaundice (kuning) ni dan langkah-langkah peringkat awal untuk mengurangkan jaundice. Baru aku faham kenapa kena kerap bagi susu. Next entri aku cerita kenapa. 

2 comments: