Tuesday, December 19, 2017

Bio-Oil® kini tampil berwajah baru !

Produk merawat kesan parut paling terkenal Bio-Oil® kini berwajah baru. Fuhh dah lama betul Bio-Oil® ni dalam pasaran. Sejak kehadirannya selama sedekad kat Malaysia ni, minyak pelbagai guna ajaib ini mendedahkan wajah yang lebih segar, kontemporari dalam pembaharuan terkini. 

Okeh untuk pengetahuan korang, mulai Disember ni, packaging atau pembungkusan kotak Bio-Oil® ni telah bertukar wajah. Korang jangan terkejut plak nanti kalau tengok packaging nampak macam lain je. Haa, itu original tau, bukan fake ! Apapun aku yakin korang masih kenal lagi dengan produk Bio-Oil® ni kerana masih lagi mengekalkan ciri-ciri keunikan warna putih dan oren Bio-Oil®. Apa yang pasti kotak pembungkusan dilengkapi dengan dengan maklumat ringkas mengenai manfaatnya. 
Pakaging atau pembungkusan baru Bio-Oil® 
Haa ni la pakaging Bio-Oil® yang baru ! Sebagai satu produk yang dikenali ramai dan mendapat sambutan hangat dengan testimoni menakjubkan, Bio-Oil® tetap mengekalkan konsep dan strategi pembungkusan unik dengan mengamalkan rupa wajah yang segar dan bersih.  

Keberkesanan dan kelebihan Bio-Oil®

Korang terus yakin dengan formulasi Bio-Oil® seperti mana yang dipercayai mereka selama bertahun kerana pembaharuan wajah Bio-Oil® hanya tertakluk kepada pembungkusan sahaja. Rumusan-rumusan dan formulasi Bio-Oil® masih tetap sama. Ingat ! Pakaging je baru, isi dalam sama saja. Bio-Oil® ni mempunyai campuran vitamin A & E dan minyak tumbuhan semulajadi seperti lavender, kalendula, rosemary dan kamomil, bersama dengan ramuan unggul PurCellin Oil™ yang membolehkan ramuan aktif diserap ke dalam kulit dengan sempurna tanpa meninggalkan kesan berminyak. Ia diuji secara klinikal dan terbukti berkesan untuk mengurangkan penampilan kesan parut, regangan kulit dan tona kulit tidak sekata di bahagian muka serta badan. 
Selain itu, Bio-Oil® juga sangat berkesan dalam menangani pelbagai masalah kulit seperti penuaan dan kulit kering. Keberkesanan Bio-Oil® bukan hanya sekadar untuk masalah kulit tetapi telah diuji dan terbukti sesuai digunakan untuk kulit sensitif, hypoallergenik (tidak menyebabkan alahan) dan tidak-aknegenik (tidak menyebabkan jerawat). Ia juga selamat digunakan oleh wanita hamil yang menghadapi masalah kulit semasa kehamilan seperti kesan regangan kulit, pigmentasi dan lain-lain lagi. 

Produk Bio-Oil® merupakan produk  No. 1 untuk merawat kesan parut dan regangan kulit di lebih 24 buah negara termasuk Malaysia (Nielsen, 2016), UK, Australia dan New Zealand. Rumusan yang telah memenangi anugerah ini dihasilkan dan diedarkan ke seluruh dunia oleh Union-Swiss yang berpengkalan di Cape Town, Afrika Selatan. 
"Pendedahan wajah baru ini amat penting bagi Bio-Oil® untuk terus kekal relevan di pasaran dan kami sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik kepada pengguna setia kami. Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang telah diberi dalam sedekad yang lalu dan memberi jaminan bahawa Bio-Oil® akan terus menerajui industri ini seperti tahun-tahun yang lalu, "kata Low Hooi Wan, Pengurus Unit Perniagaan Bio-Oil®.
Bio-Oil® kini boleh didapati di semua farmasi berdekatan dan kedai penjagaan diri di seluruh negara dalam saiz 60ml (RM 34.95), 125ml (RM 58.25) dan 200ml (RM 79.45).

Okeh korang boleh tengok perbezaan pada pakaging baru dengan pakaging yang sebelum ni. 


Produk Bio-Oil® sesuai digunakan seisi keluarga. Untuk maklumat lanjut, sila layari bio-oil.com

Produk Bio-Oil® telah diperkenalkan oleh Nuvanta Sdn Bhd. Syarikat yang telah ditubuhkan pada tahun 2005 dengan perniagaan utama iaitu mengimport dan memasarkan produk kesihatan semula jadi dan produk penjagaan diri. Jenama utama adalah: - Bio-Oil®, Natural Factors, Nuvaceuticals and Safwa Health.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Nuvanta Sdn. Bhd. Public Relations – EverQuest Sdn. Bhd
Low Hooi Wan – Pengurus Unit Perniagaan Jay Mee Chuah, Marketing Director
Email: wan@nuvanta.com Email: jaymee@everquest.com.my
Tel: +603 5636 3758 Tel: +6012 201 2088

Jo Vin, Marketing Manager
Email: jovin@everquest.com.my
Tel: +6012 505 6535

5 comments: