Friday, December 29, 2017

MBI Melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat Melalui Program Kasih Ilmu Anak Selangor

Alhamdulillah, rezeki dapat 2 pasang uniform sekolah baru untuk Akif dan Aliah. Jenama FR Junior tu. Dapatlah buat tambah-tambah baju uniform sekolah yang ada. Dua pasang uniform sekolah ni hasil sumbangan dari  Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI)
Cadangan sumbangan dibuat selari dengan peranan MBI untuk melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) demi memartabatkan lagi nama MBI untuk diketengahkan sebagai entiti yang menyalurkan sumbangan kepada masyarakat melalui saluran-saluran yang diiktiraf selaras dengan objektif MBI untuk menyokong inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bangsa Memakmur Negeri.
Dalam merealisasikan usaha ini, MBI telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan sumbangan bantuan persekolahan kepada golongan sasaran sejajar dengan objektif utama MBI untuk membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban yang ditanggung berikutan kenaikan taraf hidup selain daripada bantuan yang diberi oleh Kerajaan Negeri. 
Objektif program ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam menyediakan bantuan keperluan persekolahan anak-anak dan mensasarkan seramai 55,000 orang penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. 

Antara program-program yang telah dianjurkan :

1. Program Hope For The Future di Sunway Lagoon
2. Program di Tadika Cahaya Takwa
3. Program di Sungai Buaya Rawang
Program Hope For The Future di Sunway Lagoon
Melalui pelaksanaan program ini, ianya dilihat dapat memberi impak positif terhadap kesejahteraan rakyat dalam membantu keluarga berpendapatan rendah membeli keperluan persekolahan. Ini secara tidak langsung mendokong agenda Kerajaan Negeri dalam meringankan beban rakyat susulan kenaikan kos sara hidup. 

Pemberian bantuan ini juga bertujuan untuk memudahkan penerima menerima bantuan tersebut apabila sumbangan yang disediakan disalur terus kepada penerima.
Program di Tadika Cahaya Takwa
Program ini juga bertujuan untuk menunjukkan keperihatinan MBI terhadap keperitan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dalam menampung keperluan anak-anak memulakan sesi persekolahan disamping perbelanjaan-perbelanjaan lain. 
Semoga program-program sebegini akan terus dilanjutkan pada masa-masa akan datang, terus menerus membantu mereka yang berpendapatan rendah dan kurang mampu. 

Untuk rujukan dan maklumat aktiviti lanjut, korang boleh ke laman sosial kat bawah ni. 

INSTAGRAM : CSRMBISELANGOR 
INSTAGRAM : ITSFR 

#csrmbiselangor #fastabiqulkkhairat #MembangunBangsa #MemakmurNegeri #GiveBack #FRjunior #KasihIlmuAnakSelangor

1 comment:

  1. Haryana Open School 11th Syllabus 2023 is expected to be released shortly. This is the most recent information on the Haryana Board Of School Education. Haryana OS Inter Latest Syllabus 2023 has been announced by the Haryana OS. Haryana Open School 11th Syllabus 2023 Haryana OS 11th Syllabus 2023 will be updated shortly. After the declaration, you can download the HSBE Open School Latest Syllabus 2023 at any time. Haryana Open School inter Latest Syllabus 2023 is available in a variety of formats.

    ReplyDelete