Saturday, May 2, 2020

Setiap perbezaan pendapat tiada jalan pengakhiran ! Nukilan Ujang MN

Sebelum mula PKP

ramai suruh:

"lockdown cepat..!"
(tanpa ada yang sedar akan ada yang terkesan dari segi ekonomi individu, industri dan gomen)

Tapi tindakan bijak gomen laksanakan PKP.

Bila mula PKP

Ada yang :
"aduh cuti tanpa gaji, aduh gaji separuh"
"aduh kena buang kerja"
"bestnya cuti gaji Jalan, bestnya"
"bestnya ada moratorium" (rumah or kereta tak terlelong)

(ada yang dah rasa terkesan, tertekan)

Gomen bagi bantuan BPN, moratorium dll.

Bila next PKP

"aduh saving habis dah, aduh gaji separuh, aduh income takde"
"aduh tak boleh berniaga"
"bestnya cuti gaji Jalan, bestnya"
"BNM buat uturn..baik takyah bg moratorium" (yang mampu byr mcm biasa tak fikir fasiliti ni mampu bantu utk golongan takde income dari rumah or kereta mereka terlelong) *silap BNM ia jd konflik

Geng swasta dan usahawan besar mula jentik pekerja gomen dan memerli pekerja gomen gaji penuh!!

(yang gaji Jalan masih kekal ok, yang terkurung dan terjejas dah menung)
(ada yang langgar niaga nyorok2 untuk dapatkan pendapatan)

Bila PKPB

 geng bestnya gaji jalan
"gomen pentingkan ekonomi dari nyawa Teruskan pkp.." (tanpa fikir ekonomi tu sbnr utk individu yg terjejas juga bkn utk gomen sahaja)

Geng takda anak kecil
"ala anak tu byr je la org jaga"
"hal urus anak tu pikir la sendiri tu pun pening"

Geng ekonomi terkesan
"syukur bulan ni ada gaji"
" nasib baik tak jadi kena buang keje"
" dapat Aku bayar hutang org"

**********************************

Punya la susah gomen nak buat keputusan untuk puaskan hati semua rakyat... 😅 Keputusan tu maybe dorang(gomen) dah tengok dan bincang semasaknya.

Secara peribadi aku pun lagi suka PKP berterusan(sebab masih risau) sebab gaji Aku tak terjejas waktu PKP.. Tapi nak menidakkan kelonggaran yang diberi tu tak sampai hati tengok ada kenalan dan kawan yang terjejas...

Sayang ekonomi dari nyawa?

Cuba korang tanya kawan korang yang tak bergaji sebab tak pergi kerja
"kau nak kerja ke? sayang duit ke sayang nyawa"

Kawan tu sure nak kerja sbb nak income.. Dan dia tau ada risk, tapi low risk...yang penting jaga saranan gomen waktu PKP tu.

Tapi sure akan ada yang degil tak jaga..!!!! Setuju akan ada yang tak jaga.. Korang yang dah terlatih dan terbiasa amalan tu Teruskan la.., pehtu amalkan la lagi konsep keluar bila perlu tu.. Jangan sakit hati sangat tengok gelagat orang.. Ada la sebab tertentu dia keluar tu.

Nak tunggu kes total 0 baru stop PKP..? tolong jangan sembang la kalau next negara kita akan ada kasta miskin dan kaya tu jurang yang banyak..! Jadi macam India ke Indon yang kaya kaya gila, yang miskin miskin gila.. Golongan sederhana jadi kerja 24jam!!

*****************************

Kalau next pengumuman gomen buat Uturn..!! Why not.. jangan diperli or perkotak katikkan.. Maksudnya gomen dengar keluhan korang juga.

Kenapa tak buat dari awal..?? Dan terkena baru pikir ke..??

Nampak persoalan demi persoalan takkan habis hahahahhaa. Sampai satu tahap memang setiap perbezaan pendapat tiada Jalan pengakhiran.. Macam status Aku ni..

So Aku stop jer la menaip... 😂😂😂😂

No comments:

Post a Comment