Thursday, November 6, 2025

DIY cat topi sendiri dengan FABRIC DYE PAINT

Menghidupkan kembali topi yang dah pudar dan kusam. Aku buat pekasam kat rumah. Disebabkan topi tu tak koyak dan tak rosak tu aku simpan je. Korang tengok sendiri bawah ni. 

TOPI PUMA
TOPI ADIDAS

Aku rasa kalau korang punya topi mesti dah campak dah. Lebih-lebih lagi macam topi Puma tu. 

Baru ni terdetik nak repair topi ni sebab paten topi susah aku nak cari terutama PUMA tu. Kepala aku tak brapa ngam dengan pelbagai topi yang ada kat pasaran tu. Jadi aku search la cara-cara nak repair topi ni. Maka terjumpa la iklan fabric dye paint ni, boleh cat semula barang-barang fabric yang dah lusuh, kusam ke pudar ni. Terus masuk Shopee. Harga pun murah amat, terus aku order. Kalau tak jadi pun takde kisah sangat pasal topi dah tak pakai. Nah tengok hasilnya... 

Sebelum tu tunjuk dulu bukti aku cat sendiri kang cakap topi berlainan pulak. Tengok shorts kat youtube aku ni. 


Hasilnya.... 


Memang padu mat hasil dia, 80-90% nampak baru. Puas hati, jadi aku memang rekemen korang try






No comments:

Post a Comment