Showing posts with label badminton. Show all posts
Showing posts with label badminton. Show all posts

Sunday, October 8, 2017

Badminton Asia melantik E-PLUS sebagai Rakan Strategik

Pada 03 Oktober 2017 lepas, Badminton Asia telah menandatangani perjanjian dengan agensi pengurusan acara, E-Plus Global Sdn Bhd (E-Plus), melantik syarikat itu sebagai rakan strategiknya. 
Anton Aditya Subowo, President of Badminton Asia exchanging the contract with Andrew Ching, CEO of E-Plus Global Sdn Bhd.
Majlis penandatanganan antara Anton Aditya Subowo, Presiden Badminton Asia, dan Andrew Ching, Ketua Pegawai Eksekutif E-Plus, menandakan satu kejayaan baru bagi kedua-dua pihak untuk meningkatkan jangkauan sukan serantau.

Badminton Asia, merupakan badan sukan badminton di Asia di bawah pimpinan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), adalah badan pertandingan badminton semua di Asia. E-Plus adalah agensi pengurusan acara (events management) yang terkenal kerana kemampuannya mempromosikan dan menganjurkan acara sukan antarabangsa di seluruh rantau ini.


"Kerjasama kami dengan E-Plus adalah berdasarkan kepercayaan bersama kami dalam membangunkan idea-idea dan program-program untuk memenuhi keperluan semua peringkat. Ini juga merupakan sebahagian daripada matlamat kami untuk membantu Persekutuan Negara dalam mengembangkan bakat untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan datang. E-Plus dilengkapi pengalaman luas dalam mempromosi, menganjurkan dan membangunkan acara-acara sukan, dan saya yakin pelantikan ini akan meningkatkan lagi nilai Konfederasi di Asia, "kata Anton.

Pelbagai program yang bermula dari peringkat akar umbi di sekolah-sekolah dan akademi ke peringkat junior dan kanan serantau serta pertandingan veteran dan elit akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Program peningkatan menyeluruh ini akan memberi tumpuan kepada pembangunan badminton pada platform yang lebih luas.
(L-R) Brett Wightman, Principal of Populous; Koo Kien Keat, High Performance Director of Badminton Asia, Datuk Yee Tuck Sing, Group CEO of Seri Mutiara Development Sdn Bhd; Datuk Benny Hoe, Group MD of Seri Mutiara Development Sdn Bhd; Anton Aditya Subowo, President of Badminton Asia; Dato’ Sri Norza Zakaria, President of Badminton Association Malaysia; Greg Kim Hong-Ki, Secretary General of Badminton Asia; Andrew Ching, CEO of E-Plus Global Sdn Bhd; and Kenny Goh, COO of Badminton Asia.
Andrew menyatakan kegembiraannya dalam perkongsian strategik ini. "Saya dibesarkan dalam keluarga yang fanatik kepada badminton. Peluang membina komuniti di rantau ini, terutamanya dengan ranking dunia teratas yang didominasi oleh majoriti negara Asia, akan meningkatkan sukan itu secara eksponen. Kami berharap lebih banyak peminat dan penggemar akan terus menyokong program kami dan terus menjadikan Asia hub untuk mengamalkan badminton di semua peringkat. "
Beliau juga menyatakan bahawa sukan popular di Asia ini boleh dipermodalkan oleh syarikat dan jenama untuk meningkatkan pendedahan dan kesedaran. "Peminat Badminton di seluruh dunia akan melihat mereka dalam kejohanan ini. Syarikat-syarikat dan jenama-jenama yang berminat untuk meneroka peluang-peluang untuk dikaitkan dengan sukan dan kegiatannya boleh menghubungi kami di enquiry@eplusglobal.com. "

Ditubuhkan pada tahun 2004, E-Plus sangat berkelayakan tinggi dalam mempromosikan, menganjurkan dan membangunkan acara-acara sukan di Asia yang disetujui oleh Persekutuan Antarabangsa. Syarikat ini memegang hak untuk pelbagai portfolio genre sukan termasuk Duathlons, Marathon, berenang, trail run, bola tampar, sukan bermotor dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Badminton Asia di laman web www.badmintonasia.org atau E-Plus di www.eplusglobal.com

Aku tak lepaskan peluang selfie dengan Mr. Koo Kien Keat, bekas pemain bergu lelaki Malaysia kini dilantik menjadi High Performance Director of Badminton Asia. Tahniah Mr. Koo.. Sudah pasti kita Badminton Asia dan E-Plus akan merancang sesuatu yang lebih menarik dalam sukan Badminton pada masa akan datang. 


Friday, March 18, 2016

8th MBA International Badminton Championship 2016 | Michael's Badminton Academy Port Dickson

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya.." Itulah yang sesuai untuk aku gambarkan pengalaman menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa MBA 2016 Kali ke-8 di Port Dickson baru-baru ni. Terlalu jauh jurang antara kami dengan peserta-peserta yang menyertai kejohanan ni. Macam tak percaya je aku dan Aliah boleh join pertandingan badminton ni. Kejohanan badminton peringkat antarabangsa kot. Wakil Malaysia ! Haha.. 3 hari 2 malam berkampung di Port Dickson | Waterfront Boutique Hotel. 
8th MBA International Badminton Championship 2016 berlangsung pada 11-13 Mac 2016 di Michael's Badminton Academy, Port Dickson telah menarik lebih dari 450 pemain tempatan dan luar negara menyertai kejohanan ini. Selain Malaysia, negara yang turut menyertai kejohanan badminton ini ialah dari Indonesia, China, Vietnam, Taiwan, Singapore, Chinese Taipei dan USA. 
Michael's Badminton Academy (MBA) Port Dickson
Merupakan cawangan ke 3 MBA yang telah dibuka. Dewan Badminton MBA Port Dickson ni terletak di Lot 4034, Jalan Kuala Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. 2 lagi di MBA Taman Megah dan MBA Bandar Puteri Puchong. Dan fakta menarik tentang MBA ni, MBA Bandar Puteri Puchong merupakan Pusat Badminton Akademi terbesar di Malaysia dan telah mencatat nama dalam Malaysia Book of Records 2004. Sementara itu, MBA Taman Megah mencatat nama sebagai Pusat Akademi Badminton milik swasta yang terbesar pada tahun 2002. 
Sempat berphoto dengan anak kepada pemilik MBA, KS Lee (baju putih)


Belum start game aku dah nerves dah. Apapun sebelum cabaran dimulakan, pertama sekali, hadir majlis perasmian dulu. Sama-sama kita dengar sepatah dua kata-kata semangat dari Founder MBA, Michael Lee. Kasi aura dulu.
Founder MBA, Michael Lee
Ini lah founder MBA, yang telah menerajui MBA hampir 15 tahun.
Ucapan oleh YDP Majlis Perbandaran Port Dickson, Dato' Abd Khalid Bin Mat
Majlis pembukaan dan pelancaran ni telah dirasmikan oleh YDP Majlis Perbandaran Port Dickson, Dato' Abd Khalid Bin Mat. Kejohanan badminton kali-8 berlangsung serentak dengan hari pelancaran pembukaan Michael's Badminton Academy (MBA) Port Dickson. Tahniah-tahniah ! Majlis begitu meriah diiringi dengan persembahan tarian singa. 
Tandatangan oleh YDP Majlis Perbandaran Port Dickson, Dato' Abd Khalid Bin Mat
Turut hadir dalam majlis perasmian MBA Port Dickson ialah Encik Ng Chin Chai, Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Encik Wu Jun Yan, Presiden Persekutuan Badminton Cina Dunia.
Penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan buat pemain-pemain veteran yang mengambil bahagian pada kejohanan badminton ni. Ini adalah satu contoh yang buat aku teruja. Datang jauh dari Taiwan semata-mata untuk menyertai kejohanan badminton ni. Nak tau umur mereka berapa? Semua dah lebih 80 tahun. Wow ! Tabik springglah.... Tak kira brapa usia, yang penting masih supportive. 

Sebanyak 25 kategori berbeza dipertandingkan pada kejohanan ini. Kejohanan ini merangkumi semua kategori dalam kejohanan rasmi dan juga menawarkan kategori tambahan yang popular di kalangan keluarga seperti 3v3 (tiga kali ganda daripada hanya beregu) dan beregu keluarga (salah seorang ibu bapa dan seorang kanak-kanak). 

Dan aku salah satu yang masuk kategori Ibu bapa dan seorang kanak-kanak U12. Serius, aku suka pertandingan sebegini. Bukan apa, salah satu matlamat utama MBA ialah memupuk nilai kekeluargaan. 


Terus terang aku cakap first time aku tengok pertandingan beregu family sebegini. Meriah sangat. Pengalaman, kemahiran dan pendedahan awal untuk kanak-kanak. Pasti satu hari nanti ramai yang mampu menjadi pemain profesional. 


12/3/2016 2.30 pm 

Category Parent & Child U12
Sudah tiba giliran kami masuk gelanggang. Mula-mula nerves tu so-so je, tapi bila dah nampak opponent tu terus lagi kecut. Yelah, lawan kami cina, orang Malaysia gak. Bapa dengan anak lelaki. Anak dia tu pun nampak tinggi dan pandai main. Aah sudah, masa umpire kasi stroke moral terus down sikit tengok budak tu pandai main. Apapun, aku tak letak harapan tinggi pun. Aliah jangan buat mistake sudah, serv kasi masuk cukup. 
Gambar masa warming up !
Keputusan Kategori Parent & Child U12
Not bad lah, peserta no 8. Final score 40-15. Dapat gak kami kumpul 15 mata. Bertungkus lumus aku, terbang sana, terbang sini, serius peluh jantan semua abis keluar. Tapi apakan daya, pihak lawan terlalu kebal untuk ditawan. Kena praktis lagi ni. Aliah kena perbaiki lagi Serv supaya tak bagi bola tanggung. Praktis sambut bulu tangkis. Apapun tahniah untuk aliah, confiden level tinggi. Brani ikut aku join tournament. Dan aku yakin ini pengalaman yang tidak akan dilupakan. :)

CONGRATULATION to WINNERS 
of
8th MBA International Badminton Championship 2016
Sekalung tahniah buat pemain-pemain yang berjaya menjuarai kategori masing-masing. Korang memang hebatlah. Secara keseluruhan Malaysia mengungguli kejohanan dengan 11 pingat emas, diikuti Indonesia 5 pingat emas manakala Singapura, Taiwan dan China masing-masing dapat 3 pingat emas. Kalau berpeluang lagi mungkin tahun depan nak join lagi lah... 

Gambar sekitar kejohanan berlangsung....

Akhir kata dari aku, Michael's Badminton Academy (MBA) bukan saja menganjurkan kejohanan-kejohanan besar malah menyediakan fasiliti yang lengkap dan terbaik untuk membentuk bakat-bakat cilik ( kanak-kanak ) untuk menjadi pemain profesional. Kepada mereka yang punyai anak-anak yang berbakat tu, hantar join akademi. Khabarnya MBA telah melahirkan ramai jaguh badminton. Dan yang paling aku kagum, MBA memberi latihan percuma kepada mereka yang kurang berkemampuan (program kebajikan). Semoga usaha murni MBA terus memberi kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang. 

Untuk maklumat lanjut boleh terjah info-info dibawah ni. 


Email : info@mba101badminton.com
Tel  : (+603) 7803 4166
Fax : (+603) 7803 4186

Friday, March 11, 2016

Jadual perlawanan MBA International Badminton Championship 2016

Jadual perlawanan badminton  "The 8th MBA International Badminton Championship 2016" dah kuar. Aku masuk kategori - Parent & Child (U12) Perghh nebes siot ! Ingatkan lawan biasa-biasa je, international kot ni. Team dari Singapore pun ada. 
Giliran aku pukul 2.30 petang. All the best la buat aku dan Aliah. Haha... Serve kasi masuk sudah ! Chayokkkkk...