Showing posts with label madwarriorrevolution2016. Show all posts
Showing posts with label madwarriorrevolution2016. Show all posts

Monday, October 24, 2016

Reebok All Terrain Thunder 2.0 Review

Kira-kira sebulan sebelum Obstacles Course Challenge | Mad Warrior Revolution 2016 aku baru teringat aku takde kasut untuk aktiviti lasak. Ada kasut sukan tapi kasut biasa-biasa je risau tak sesuai atau licin. Aku mula berangan tengok kasut-kasut untuk aktiviti lasak ni. Kiranya trail shoes la. Aku google, macam-macam aku jumpa dan harga makaihhh RM300-RM400 ke atas semua !! Giler mahal. Huh tak boleh jadi gini. Dalam banyak-banyak kasut ni, aku berkenan dengan brand REEBOK. Tapi yang aku berkenan tu dalam RM300++. Nak kena usha kat kedai la, kot-kot ada yang murah.

Sejak lepas tu aku servey kat Sport Direct, Al-Ikhsan la bagai cari kasut Reebok ni. Tapi pelik takde jual brand Reebok. Nape eh ! Last-last aku pergi servey kat Royale Sport kat Leisuremall Cheras. Sebab pernah beli kasut Reebok kat situ. Tapi tak jumpa pun yang aku berkenan tu. Saja nak tengok je. Nak beli Rm300 tu tak mampu aku. Aku usha je la mana yang ada kat situ. Tengah-tengah belek tengok ada longgokan kasut. Ada SALE la ! Nak dipendekkan cerita aku berkenan kat satu kasut ni. Harga asal RM399 tinggal RM150++ je. Wow boleh beli ni. Tinggal satu tu je plak tu, ngam-ngam saiz aku. Rezeki aku la ni.. Maka beli la kasut ni. 


Reebok All Terrain Thunder 2.0 Review

Reebok All Terrain Thunder 2.0 Review
MODEL M45647
Reebok All Terrain Thunder 2.0 Review
MODEL M45647
All Terrain Series | Dirtshield MODEL M45647
Lock and Load MODEL M45647
Tali yang lebih tu masuk dalam lidah kasut tu. Lepas tu lock. Okeh benda baru bagi aku. Selalu ikat kat luar je. Ini letak kat dalam tu elak dari terjuntai atau tali lepas ikatan.
H2O Drain
Ada sistem draining. Air boleh masuk keluar dari dalam kasut. Jadi air tidak bertakung, kaki pun tak mengecut. MODEL M45647
12.9 Degree DYNAMIC BIOMECHANICS 
Technology for traction and underfoot pistons technology provides cushioning and responsive ride, has patterned grooves - sumber google ( aku tak faham, sila google translate)

Testimonial aku sendiri

Mula-mula pakai memang rasa keras sikit. Memandangkan kasut ni All Terrain so aku rasmi kat gym dulu. Buat kardio treadmill. Nak kata tak selesa tu ada gak, sebab biasa pakai kasut running. Then aku try bawa outdoor, jogging trek Lake Valley. Not bad la. So-so je. Sebab nak bagi biasakan kaki dengan kasut ni sebelum event. Tu yang kena pulun gak.

MAD WARRIOR REVOLUTION 2016
Hari di nanti telah tiba. Tak sabar aku nak test kasut ni ! Nak make sure penggunaan semaksimum yang boleh. 

Results
Perghhhhh !! Ternyata kasut ni tak mengecewakan aku. Aku bagi 4.5 bintang!! Fuhh memang berbaloi pakai kasut ni. Redah pasir pantai, trek jalan tar, masuk hutan, paya bakau semua bagai. Kasut ni tetap rasa ringan je. Padahal pasir-pasir paya melekat ni. Draining sistem memang A. 
Nah tengok ni ! 
Obstacles ?? Puas hati ! Panjat dinding dalam keadaan basah, kasut ni masih boleh grip. Tak licin.. Power-power ! Tengok gambar atas ni. Penuh pasir dan lumpur !  


Begitulah serba sedikit testimonial aku. Kalau yang tengah mencari tu boleh la aku suggest yang ni. Kalau yang berkemampuan tu, banyak lagi pilihan lain. 
Reebok All Terrain Thunder 2.0 
Red Rush/Black/Solar Yellow 
Harga latest kat Reebok sekarang ni. Convert dengan duit Ringgit Malaysia jadi RM300++ .. Rezeki la dapat beli dengan harga rm150 aritu.. 

Thursday, October 20, 2016

MAD WARRIOR REVOLUTION 2016 Photo of the day !

Kisah-kisah di sepanjang Obstacles Course Challenge Malaysia | MAD WARRIOR REVOLUTION 2016 pada 16 Oktober 2016 di Morib Gold Coast International Resort, Banting Selangor ! 
Terlebih dulu aku kreditkan dulu gambar-gambar ni kepada MAD WARRIORFACEBOOK MAD WARRIOR atas sharing gambar-gambar yang mengagumkan ini. Dan jugak kredit kepada Freelance Photographer RANY TAN atas gambar yang disharing oleh beliau. Kalau sapa-sapa berminat untuk ambil beliau sebagai event photographer boleh check FACEBOOK RANY TAN. Sungguh komited orangnya.. 

Aku share sikit je. Nak tengok lebih lagi pergi ke link aku bagi kat atas...

PHOTO FROM MAD WARRIOR FACEBOOK
Registration Area
Start / Finish Line

 
 





FROM RANY TAN PHOTO


Fuhh menarik tak? Terbeakkkk!! Nak lagi.............. Ada tak teringin nak join !! Kalau nak join usha-usha la website MAD WARRIOR.. Bye... rest time is over ! Back to gym.... 

Tuesday, October 18, 2016

Nyaris tarik diri gara-gara Ankle Sprain | MADWARRIOR

Dua minggu sebelum Obstacles Course Challenge | Mad Warriror Revolution 2016 aku terkena ankle sprain blah kaki kanan. Aku tak pasti la nama saintifik tu betul ke tak. Tapi bila google memang sakit kat area tu. 
Ankle Sprain - Source from google image
Aku tak tau apa puncanya, sebab aku takde slip atau terple'ot pun masa training. Aku rehat kejap 2,3 hari lepas tu rasa ok sikit. Bila aku buat cardio kat treadmill tak sakit pun. 2 hari sebelum event aku jogging kat trek Lake Valley, tak sampai 2km sakit datang balik. Adehh tak boleh jadi ni.. Pelik aku, kat treadmill ok kat luar tak ok. 

Sehari sebelum event aku gagah pergi urut kaki. Terasa sakit yang amat kat ankle aku tapi lepas dia urut tu lama-lama macam ok sikit. Balik tu kejap-kejap aku sapu minyak panas. Malam tu sebelum tido sapu minyak lagi pastu pakai stoking. Risau masuk angin. 


Event day ! 

Mad Warriror Revolution 2016  
Pagi tu aku rasa ankle macam ok sikit, ada terasa la sikit-sikit, tapi boleh berjalan. Sebelum start tu aku sapu minyak panas, aku balut dengan bandage, aku sarung pulak stoking dan pakai ankle gad baru pakai kasut. 3 lapis aku sarung nak bagi tak rasa sakit. Semangat lain macam. Takkan nak tarik diri kot ! Rugi la kalau tarik diri. Selagi mampu aku nak cuba gak. Serius memang aku teruja dan aku excited sangat ! 
Stok untuk ankle dan knee support aku..
Wave turn !
Mad Warriror Revolution 2016
Nasib baik lari atas pasir tak terasa sangat, tapi tak sangka pulak trek lepas tu masuk jalan tar, fuhh lari terhincut-hincut aku. Pedih ! Jauh plak trek jalan tar tu. Kejap lari kejap jalan. Kalau berjalan lagi terasa sakit. Kalau lari penat pulak. Haha macam-macam perasaan kena tanggung. Dah masuk 7km, kaki dah nak krem la pulak. Terpaksa berjalan sebelum dia tarik. Nampak brother chinese tu pegang spray, terus aku minta sikit kat dia. Dapat aku spray 2 blah belakang betis aku, jadila.. Lagi 1km je lagi. Kena bertahan..  
Pasir + lumpur + air laut, segala bagai.. Nampak tebal semacam ankle kanan aku. 
Mad Warriror Revolution 2016
Alhamdulillah, akhirnya aku sampai juga ke garisan penamat. Fuhh sangat menduga. Aku rasa dua kali bebanan. Obstacles + Ankle Sprain. Apapun aku berjaya buktikan kekuatan sebenar terletak pada mental yang kuat. Kalau injet macam ni boleh lari dengan obstables bagai, maksudnya aku boleh buat lagi jauh la.. Kompiden je. Haha.. Jangan marah, tengah semangat tinggi. Haha beginner je pun.. Kena training harder lagi lepas ni.

Entri sebelum ni :Aku berjaya tawan Mad Warrior Revolution 2016

Monday, October 17, 2016

Aku berjaya tawan Mad Warrior Revolution 2016

MAD WARRIOR REVOLUTION 2016
Seawal jam 6 pagi aku dah terpacak kat Morib Gold Coast Resort ni. Biasalah kalau dok jauh dari lokasi memang kena gerak awal. Risau terlajak, sia-sia je. Plan awal nak stay je kat Gold Coast Resort ni tapi mahal la pulak. 
MAD WARRIOR REVOLUTION 2016
SOLO | LONE RANGER
Dah ajak kawan-kawan buat team tapi ramai tak nak join. So aku sorang je la. Aku tak pernah join running atau obstacle course sebelum ni. Jadi kena datang awal la, nak tengok flow macam mana. Terus ke kaunter pendaftaran. Dalam pukul 6 lebih tak ramai lagi yang sampai. Lagipun dapat notification event delay sejam dari jadual asal atas faktor cuaca. 

Wave pertama bermula jam 8.00 pagi, aku dapat wave jam 9.15 pagi. Lambat lagi kot. Haha siap berjalan-jalan lagi kat sana. Tengok gelagat-gelagat warriors.. 

Obstacles Course Challenge pertama aku !
Sesi pendaftaran, memang ramai sungguh. Tengok yang datang ni semua macam dah ada pengalaman. 
Warm up dulu.. Kasi panas badan. Aku yang seorang-seorang ni mati kutu gak. Tak tau nak buat apa. Nak menyembang pun takde geng. Ada la jumpa geng-geng baru tapi dorang wave tak sama dengan aku. 
Gambar sebelum challenge. Tengah tunggu turn 9.15 pagi. 

Okeh, ni antara list Obstacles Challenges | Mad Warrior Revolution 2016 yang kena tempuh sepanjang 8 Kilometer ni. 

  • merangkak bawah pagar berduri (10-15m)
Credit to Damdambikestudio's IG photo..
  • bergayut dari tali ke tali
  • jalan atas tali- perlu keseimbangan badan
  • panjat tangga turun tangga (gambar)
Gambar-gambar dari hastag instagram #Madwarrior #Madwarriorrevolution #Madwarriorrevolution2016
  • berpaut pada besi berpusing
  • panjat pallet lebih kurang 8-10kaki
  • melepasi bawah tembok (yang ni kalau nak lepas kena meniarap)
  • angkat beg pasir (aku rasa tak sampai 10kg)
  • melepasi longgokan tayar
  • gayut tali ke tali
  • merentasi paya bakau
Credit to Fayzrul's IG photo
  • paut pada dinding ala-ala wall climbing
  • panjat dinding lebih kurang 5 meter
  • angkat tayar (besar aku tak tau tapi mmg besar gila)
  • gayut lagi tali ke tali tepi dinding
  • merentas hutan paya bakau, lumpur hampir paras lutut ada yg lebih..
  • lagi bergayut tali ada pemegang bulat.
  • panjat dan berjalan atas jaring (gambar)
  • Last sekali panjat atas kontena 2 tingkat dan gelongsor ke dalam kolam ais batu..
Credit to Fayzrul's IG Photo
Mula-mula aku tengok dari atas macam takde apa je. Sekali dah masuk dalam ais tu dia, rasa tak boleh gerak. Penuh ais batu dalam tu. Sejuk gilaaa. nasib baik tak kejang aku dalam tu. 

Tak banyak gambar aku ambik pasal pakai glove, tangan dah penuh lumpur dan pasir. Harapkan gambar dari Instagram je la. 


Detik-detik kejayaan !
Perghhh ayat.. "Detik-detik kejayaan" haha.. Serius memang aku gembira, tak sangka aku boleh abiskan challenge ni. Fuhhh satu pengalaman luar biasa aku tempuh. Pertama kali dan medal yang pertama aku. Lone Ranger plak tu.

Mad Warrior Revolution 2016
"Yeaaahhh, i'm a Warrior"
Alhamdulillah selesai trail pertama aku. Lepas ni ada lagi ker trail ?? Tunggu !!!

"Always challenge yourself to know your limit !" - redscarz